62.

Drama Completed 12530

Setelah pertemuan dia dengan keluarga dia, Hazel habiskan masa dengan mereka buat beberapa hari di situ. Bawa mereka jalan-jalan sekitar tempat itu, ambil gambar dan makan bersama-sama dengan makanan yang dimasak oleh Hazel sendiri.

Namun tak lama.

Disebabkan Austin, Laura dan Angelina sendiri ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, mereka pulang ke tempat mereka beberapa hari kemudian.

Takut jugak Hazel masa tu.

Dia takut mereka takkan kembali lagi.

Tapi dia gagahkan jugak hati dia untuk berfikir positif.

Syukur semuanya selesai dengan baik.

Tapi...si psiko ni tak settle-settle lagi.

Naik mental dia dibuatnya.

"Bagi je la phone tu!"desak Jax.

Hazel sorok dekat seberang meja dengan telefon bimbit dia. "No!Kau nak buat apa?"

Hazel nak tutup restoran masa tu, tapi Jax langsung tak mudahkan kerja dia untuk mengemas. Lelaki tu tak habis-habis mintak phone.

"Aku nak nombor kau la...apa lagi."Jax kejar Hazel yang sedang mengelilingi meja-meja di situ untuk larikan diri.

"Nanti aku bagi la...tak payah la sampai nak ambik phone aku bagai."Hazel lari dari situ sewaktu Jax menghampiri dia.

"Hazel...baik kau bagi aku masa aku mintak elok-elok!"Jax lompat naik atas meja sebelum tiba di seberang meja dimana Hazel berdiri tadi.

Menjerit takut Hazel dibuatnya.

Dia cuba lari, tapi Jax lagi cepat.

Jax sepak kerusi kayu dekat situ cubaan untuk menghalang laluan Hazel. Kerusi itu kemudiannya meluncur tepat depan Hazel sewaktu dia sedang lari. Tak sempat nak elak, Hazel langgar kerusi tu lalu terhumban ke depan sebelum jatuh ke lantai.

"Ah-auw!"aduh Hazel dengan memejam mata.

Dengan cepat Jax ke tempat Hazel sedang terbaring telentang dekat lantai sebelum tunduk mengutip phone Hazel dari tangan wanita itu.

Heh!

Jax tarik sengih bangga.

"Well that easy.."hela Jax kerana lelah berkejaran dengan Hazel tengah malam macam tu.

Sementara Hazel sedang sober kan diri dari sakit kerana terjatuh tadi,Jax dail nombor dia dalam phone Hazel untuk dapatkan nombor Hazel setelah dihubungkan ke nombor tersebut.

Sekali bila dia taip nombornya, tertera satu nama contact dengan nombor yang sama pada skrin tersebut. Terus berkerut kening Jax lepas baca.

"My Adoreable Sweetheart?"Jax tunduk memandang Hazel dekat bawah lantai tu.

Terbuka terus mata Hazel lepas dengar. Sh*t!

"Bagi aku!"Hazel bangun dari lantai tu cepat-cepat sebelum terpa ke Jax.

Jax angkat tangan yang memegang telefon ke atas. "Beritahu aku...selama ni kau save nombor aku atas nama 'My Adoreable Sweetheart' ni tapi tak pernah call aku?"soal dia sewaktu memerhati Hazel terjengket-jengket nak dapatkan phone.

"Urghh...bagi aku balik phone tu sekarang!" Hazel pegang lengan Jax hendak diturunkan tapi tak boleh! Lelaki tu keraskan lengannya.

Jax peluk pinggang Hazel dengan tangan sebelah lagi.

Tindakan itu buatkan Hazel terdiam. Sambil pandang mata Jax, tangan dia perlahan-lahan turun sebelum hinggap di dada bidang itu.

Lama Jax pandang Hazel sampaikan Hazel sendiri blushing sebab tertangkap gara-gara nama contact tu!

"So...aku ni adoreable dan sweetheart untuk kau la selama ni?"tanya Jax sambil lentokkan kepala sewaktu memandang Hazel. Sengih nakal terukir di bibirnya.

Hazel telan air liur gemuruh dia sewaktu merenung mata Jax. Nak alihkan tapi tak boleh, seakan ada glue yang lekatkan mata dia ke dua mata itu. "Ma-mana ada."nafi dia.

Sambil tersenyum meleret, Jax sengetkan kepala dia lalu didekatkan ke bibir Hazel. "Lepas ni kau jangan mimpi dapat lari dari aku Hazel June."

Hazel membutangkan mata dengan nafas tertahan saat pandang wajah di hadapan mukanya.

-TAMAT-

.

Share this novel

Seri
2024-01-18 23:02:17 

Best.. tq tinta


NovelPlus Premium

The best ads free experience