Flashbacks
"Mama tolong la...Hazel tak nak!"
"Jangan nak mengada-ngada...!"
"Hazel tak nak pergi...macam mana kalau ayah cari kita.."
"Hei! Ayah kau lama dah tinggalkan kita...kalau dia nak dah lama dia cari kamu la...bukan biarkan kamu susahkan hidup mama macam ni. Sudah kemas. Ayah tiri kamu akan sampai tak lama lagi. Dan berhenti menangis. Buat malu la!"
"Tak nak...ayah cari kita nanti..."
"Hish kau ni kan...nak kena ke dengan aku betul ke..stress la. Ayah miskin kau tu takkan dapat bagi kita apa-apa la. Diam. Austin lekas. Apa yang lama sangat dekat atas tu!"
End of flashbacks
Perlahan-lahan dia buka mata, tak seperti yang dia rasa sebelumnya, kali ni lebih ringan dan kepala serta badan dia tidak sakit-sakit lagi.
Kroh!
Kroh!
Srr!
Kroh!
Suara berdengkur buatkan Hazel gerakkan kepala dia ke sisi lepas dengar suara itu begitu hampir dengan dia. Pandang saja ke sisi, dia bersemuka dengan wajah comel tidur Jax. Tangan dekat bawah pipi buatkan pipi itu terjojol keluar macam lapisan fat belly, mulut terbuka sedikit, anak rambut jatuh menutupi kening dan mata.
Tersenyum nipis Hazel melihatkan Jax.
Mesti sakit tidur macam tu semalaman.
Kroh!
Kroh!
S-srr!
Tersekat sekejap dengkuran itu sebelum lelaki tu terkutik lalu mengangkat kepala sambil mengerang mengantuk seperti budak kecik bangun.
"Urgh..."ngerang Jax dengan mata tepejam sebelum raup wajah dengan sebelah tangan lantas meguap.
Hazel perhatikan saja tingkah Jax sepanjang masa itu dengan minat. Macam mana la lelaki dewasa depan dia ni boleh bersikap seperti lelaki gentleman. psiko, kebudak-budakan dalam masa yang sama.
Dan bila Jax sedar dari mamai dia, lelaki tu bertentang mata dengan Hazel.
"Huh?"kening lelaki tu terangkat tinggi serta merta. Dia buat muka pouty lalu menggosok mata untuk pastikan dia tidak bermimpi.
Hazel kembalikan wajah dia kepada wajah serius dan hilangkan senyuman dia cepat-cepat dari bibir.
"Kau dah bangun!"sebut Jax dengan wajah ceria."Pening lagi?Sakit dekat mana-mana?Kau nak minum?Nak aku panggil doktor?Ke tandas?Ke kau lapar?Aku tak sempat nak beli apa-apa lepas kau di bawak ke sini. Kau nak apa-apa?"tanya Jax bertubi-tubi dengan suara bangun tidurnya.
"Ada.."angguk Hazel dengan perlahan.
Jax bangun dari duduk dia di kerusi itu. Bersedia hendak keluar. "Hah..apa dia yang kau nakkan?"
Hazel angkat tangan lalu mencubit bibir Jax. "Mulut tu..tutup. Pagi-pagi lagi dah membebel. Tak penat ke?"soal Hazel dengan nada jengkel.
Jax pegang tangan Hazel yang mencubit bibir dia lalu tersenyum lega. "Ini baru la Hazel aku...kasar...tak ada lembutnya...:"komen Jax tanpa melepaskan tangan Hazel.
Terus Hazel rentap tangan dia. "Blah la kau..."
"Hei...aku tolong kau okay. Berterima kasih sikit..."Jax menjeling menyampah ke Hazel.
Hazel hanya memandang terima kasih ke Jax. Nak ucap terang-terang dia malu. Hairan dia...kenapa ya bila dia perlukan seseorang atau bantuan, Jax yang akan muncul. Sedangkan lelaki ni la yang paling teruk kena dengan dia.
"Kau menungkan apa?Buruk sangat ke muka bangun tidur aku ni?"tanya Jax sambil pegang pipi dan rambut yang serabut seperti sarang burung sambil buat muka.
Terketawa jugak Hazel kerana tak tahan dengan tingkah Jax.
Jax terkedu sekejap lepas dengar suara kecil Hazel ketawa. "Asal kau ketawa...lawak sangat ke muka aku?"tanya dia sambil lalukan tangan pada rambutnya.
"Handsome...."sebut Hazel untuk senangkan hati Jax dan juga tanda terima kasih dia pada lelaki tu sebab bantu selamatkan nyawa dia.
Tersengih kambing menayangkan barisan gigi putih dia. "Serius?"dia pegang pipinya dengan sebelah tangan, "Aku tak pakai apa-apa malam tadi...mesti kusamkan?"soaln Jax lagi dengan muka dramatikya.
Hazel ketawa kecil. Tak tahan betul la!
Share this novel