25.

Drama Completed 12530

Seminggu kemudian....

Hari-hari seterusnya berjalan seperti biasa. Kes makanan tumpah tu tak lagi jadi bualan orang. Hazel dengan kerja memasak dia seperti biasa. Ace tak habis-habis nak suruh Austin buat itu dan ini sebolehnya mahu jarakkan Hazel dengan Austin. Sementara Jax menjadi jiran yang 'baik' tak henti-henti tunggu Hazel balik dari kerja dengan alasan itu dan ini. Yang mana buatkan Hazel terpaksa campak selipar dan kasut ke lelaki tu supaya berhenti ganggu dia. Hunter sudah tidak datang ke hotel sejak kejadian tu. Yang mana jadi kelegaan Hazel.

"Nak saya hantarkan awak balik?"tawar Ace pada Hazel yang sedang mengelap dapur dengan kain kering. Tak nak tinggalkan sebarang minyak atau sisa sabun yamg dia gunakan tadi.

"No thanks."jawab Hazel tanpa memandang Ace.

"Mari la...nanti sampai lewat ke rumah awak balik kalau sendirian."aju Ace lagi.

Sejak dua menjak ni Ace semakin lama semakin suka mendesak. Makin rimas Hazel di buatnya. Memangnya nak apa lelaki ni dari dia.

Terus dicampak kain lap yang dipegang ke counter top dapur masak tu dengan Hazel sebelum dia pandang marah ke Ace.

"Kau nak apa dari aku sebenarnya?"soal dia sambil mencekak sebelah pinggang dan satu lagi tangan di topang pada meja tu hadap Ace.

Mujurla masa tu ramai dah balik. Tinggal Hazel, Austin, Ace dan seorang pembantu dapur wanita berusia 30 tahun dekat situ. Tapi dua orang yang lain seorang di dalam stor penyimpanan, seorang lagi buang sampah.

Terpempan sekejap Ace bila pandang wajah marah Hazel. Tak tahan jantung dia bila tengok Hazel setiap kali wanita ni marah. Nampak hot! "Relaks la..jangan marah. Saya just risau kan awak itu je."

"Well risaukan orang lain...sebab kau tak ada alasan untuk risaukan aku. I know how to take care myself."Hazel lemparkan tangan dia ke sisi semasa bercakap.

"Fine...kalau awak nak tahu apa saya nak? Saya beritahu."kata Ace sambil cekak pingang kedua-dua belah.

Hazel beri renungan mencerun ke Ace. Menanti apa yang bakal lelaki tu katakan.

"Saya nak tahu...apa hubungan awak dengan Austin?"tanya Ace dengan muka berlagak serius.

Terus jatuh bahu Hazel lepas dengar. Ingatkan apa. Itu je?

"Memangnya apa urusannya dengan kau untuk tahu apa hubungan aku dengan Austin." soal Hazel dengan nada sassy menjengkelkan sambil jungkit kening kanannya.

Ace maju ke hadapan untuk dekat dengan Hazel. Dan bila dia hampir, Ace bongkok sedikit kedepan untuk sama paraskan level mata dia dengan Hazel.

"Let just say that I have eye on you.."Ace tarik senyuman boyish dia pada Hazel sambil merenung mata tu.

Tak nak mengalah, Hazel dekatkan wajah dia ke Ace. "Well f*ck you then because I don't give any damn about you."ujar dia sambil gerakkan mata dia naik turun dengan menyampah. "So mind your own business."

Terus tersengih Ace bila dengar. Sikit pun tak terasa malah semakin tercabar. Susahnya nak dapatkan hati cik adik seorang ni. Mana la kunci yang mengunci pintu hati Hazel ni?Nak je dia cari supaya dapat buatkan Hazel suka pada dia.

"Nak buat macam mana ya...saya bukan lelaki yang senang-senang mengundur bila bertarung. And belive me honey...I'll make you fall in love on me."cabar Ace.

"What the hell!"marah suara Austin tiba-tiba. Terkejut dia bila nampak Ace dekat dengan Hazel sampaikan hidung mereka berdua hampir hendak bersentuhan.

Dia baru saja pulang dari buang sampah dan recycle itu terus di sapa pemandangan ini.

Dengan serentak Ace dan Hazel jarakkan diri dan berdiri tegak sejurus itu.

Tanpa berkata apa-apa Ace terus berpaling dari situ. Sebelum dia keluar dari pintu dapur tu sempat dia jeling ke Austin buat beberapa saat sebelum loloskan diri dari situ.

Hazel lepaskan keluhan letih. "Tak ada apa...kerja kau dah siap belum?"

Austin buat muka tak puas hati. "Kau jangan menggatal eh...siap kau nanti."ugut dia sambil tunding jari ke Hazel.

Malas nak layan sikap overprotective abangnya itu, Hazel terus gerak ke bilik lokar untuk tukar uniform.

Orang tua seorang tu kalau dah mula membebel tak ada habisnya. Machine gun pun boleh kalah.

"Hello miss Hazel June...I'm talking to you now.Don't turn your back on me."leter Austin sambil cekak pinggang gaya mak-mak sewaktu ekori langkah Hazel dari belakang bila adiknya buat tak layan akan dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience