14.

Drama Completed 12530

"Bye!"lambai Austin.

Hazel hanya balas lambaian tu tanpa memandang Austin sewaktu keluar dari kereta.

Dalam kereta Austin dan sondong ke tempat duduk sebelah pemandu untuk bersuara. "Apa-apa hal call aku..."

Lelaki ni kan!Hazel berpaling ke belakang menghadap cermin kereta tu. "ya...berapa kali kau nak beritahu...dah la balik sana."halau dia sambil lambai tangan supaya pergi.

"Jangan kau pergi kelab sendiri!"beritahu Austin lagi sambil keluarkan jari. "Jangan bawak lelaki dalam apartment kau.."sebut dia yang mula hendak keluarkan jari seterusnya.

Hazel hentak kaki kegeraman. Menjengkelkan betul la. Ingat dia ni budak-budak lagi ke! Ini la sebabnya kenapa dia duduk beransingan dengan abang dia. Tak nak benda macam ni berlaku. Membebel dan meleteri dia je kerjanya. Letih betul!

"Ya aku tahu!"marah Hazel.

Austin ketawa dekat dalam kereta. Dia tahu Hazel jenisnya tak suka di bebeli. Jadi dia buat la macam ni. "Hahahaha...okay-okay. Bye..jumpa esok. Jangan lambat pulak...aku tak adanya nak cover kan kau sepanjang masa.."

Aurgh! Malas nak dengar Hazel terus berpaling dari situ. Kalau lama-lama dekat situ alamatnya tak masuk ke rumah la jawabnya.

"Hei! Aku belum habis cakap dengan kau!"teriak Austin dekat dalam kereta melihatkan Hazel dah menjauh dari situ.

Sebagai tanda terima kasih, Hazel angkat tangan kanan dia lalu beri jari tengah kepada Austin. Padan muka lelaki tu!

"Aku nampak tu Hazel June!"teriak Austin lagi lepas nampak middle finger yang ditunjukkan oleh adiknya.

Sambil menarik sengih jahat di bibir, Hazel masuk ke dalam bangunan aparment setinggi 32 tingkat itu. Sesampai saja di depan pintu lif, dia tekan butang naik. Tak lama tunggu, pintu lif itu pun terbuka. Sendirian tiada sesiapa,

Hazel melangkah masuk saja ke dalam lif, dia teringat akan pertembungannya dengan seorang lelaki overconfident tempoh hari.
Kelakar betul!Lelaki tu bukan main lagi ingat dia ni stalker. Kalau la dia ambik gambar reaksi lelaki si psiko tu dan post dekat laman media nanti, baru tahu.

Nombor 23 di tekan oleh Hazel sejurus itu. Tingkat dimana apartment dia berada.

Dekat beberapa minit kemudian, lif itu pun berhenti lalu terbuka. Dengan kepala tunduk ke bawah sewaktu melangkah, Hazel keluar dari lif dan belok ke kiri. Baru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia.

"HUUARGHHHHH!!!"teriak lelaki tu semasa lari ke arah Hazel.

Dengan mata terbutang luas, Hazel berdiri kaku dekat situ sebab terkejut dengan apa yang di lihat. Bukan sebab lelaki tu tak berbaju, tapi disebabkan lelaki tu berseluar pendek kotak-kotak dengan masker melekat dekat muka, pegang penyapu dan bulu ayam dekat dua-dua tangan dan berkaki ayam sedang lari ke arah dia seperti orang mental keluar dari hospital sakit jiwa je gayanya.

WHAT THE FREAK!

"Tolong!Tolong!!"lelaki tu menyorok belakang badan Hazel dengan cemas.

Mata Hazel terkedip-kedip bingung bila lelaki lampai bertubuh sasa tu pegang penyapu dan bulu ayam tu dekat dengan muka dia. Berasa rimas, Hazel alihkan tangan tu dari bahu dia dan jauhkan diri dari lelaki psiko tersebut.

Mata Hazel naik turun menilik lelaki depannya.
"Kau apahal gila!"marah Hazel sambil tepis-tepis pakaian kerana berasa jijik dengan jiran barunya. Harap je muka handsome tapi gila.

"Tu..."tunjuk lelaki tu lagi ke arah pintu rumahnya yang sedang terbuka luas.

Malas nak layan, Hazel cepat-cepat dapatkan pintu dia lalu tekan pass code pintunya.

"Wei...jangan la pergi dulu. Tolong aku buang benda alah tu dari rumah aku sekarang!"lelaki tu dapatkan Hazel sekali lagi. Dia pegang lengan Hazel lalu digoyangkan dengan terdesak.

"Haish!Lepas la! Apa pegang-pegang ni!"tepis Hazel dengan rimas. "Apa bendanya tu!"marah dia.

"Li-lipas...wei..benda tu besar...serius..besar macam penumbuk aku ni.."lelaki tu sua kepalan penumbuk dia depan muka Hazel.

Over betul! "Besar kau ke besar lipas tu lagi! Pijak je apa susah, mati la nanti!Tepi!"Hazel tarik pintu dia untuk di buka, tapi tangan berjari runcing tu tolak pintunya tertutup semula.

"Tolong la...demi jiran kau ni. Kau tak kesian ke tengok aku ni?"lelaki tu tunjuk dirinya sendiri dari atas ke bawah.

Kening Hazel berkerut bila tengok keadaan jirannya. Tak semena mentol idea muncul di benaknya. "Okay aku tolong."dia seluk tangan dalam poket seluar jeannya lalu keluarkan telefon darinya.

Tersengih lelaki tu bila dengar. "Thank god..."

"Tapi dengan syarat..."Hazel tekan icon camera dekat telefon skrin sentuhnya.

"Huh?"kening itu terjungkit. "Apa bendanya?"

Hazel tarik sengih jahat dia. "Say cheese"arah dia sambil talakan telefon tu ke jirannya.

Bingung-bingung lelaki tu pun angkat tangan lalu sebut. "Cheese..."

KLIK!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience