40.

Drama Completed 12530

Dring!Dring!

Terkapai lemah tangan tu capai telefon bimbit dekat atas almari sebelah katil dia. Rasa penat sangat yang amat sampai nak gerak pun tak larat.

Perlahan-lahan Hazel turunkan cadar dari badan dia untuk bangun, tapi dia terbaring semula bila pening dan sakit dekat seluruh badan terasa. Bersama mata berdenyut sakit minta di tutup semula, Hazel bawa naik telefonnya naik ke muka lalu lihat ke skrin. Ada nama ibu dia tertera pada skrin tu. Beritahu yang ibu dia yang menelefon dia awal pagi di hujung minggunya.

"Hello?"sambut Hazel sambil pegang dahi dia yang sedang bahang dengan tangan kiri, tangan sebelah lagi memegang telefon di telinga.

"Mama ada di depan pintu ni...buka."mendatar saja suara tu dalam panggilan.

Hazel putuskan panggilan tu lalu jatuhkan tangan ke sisi. Termenung sekejap dia pandang siling bilik. DIkumpulkan segala tenaga yang dia ada sebelum digunakan untuk bangunkan dirinya dari katil. Setelah itu dia turunkan kakinya ke lantai sambil pegang kepala. Setiap pergerakan itu mengundang sakit buat dia.

Pijak je tumit kaki dekat lantai tu, satu renjatan seperti eletrik terus menjalar seluruh badan dia. Lantas Hazel gerak ke pintu bilik dan keluar dari situ. Dekat lima minit macam tu baru la dia sampai depan pintu.

Selak pintu di pusing lalu butang lock pintu di tekan sebelum tolak pintu itu keluar dengan perlahan-lahan.

"Apa yang lama sangat nak bukak pintunya?" bebel Angelina sebaik pintu itu terbuka. Tanpa sapa atau ucapan Angelina terus masuk ke dalam begitu sahaja.

Keluhan letih lepas dari bibir Hazel sejurus dia dengar suara mamanya. Pintu itu di tutup semula sebelum dia gerak ke dalam dan sertai Angelina di ruang tamu.

Mata Angelina kerling ke Hazel buat seketika. "Kamu dah kenapa?"

Hazel geleng kepala tak ada apa-apa. "Ada apa mama datang sini?"tanya Hazel sambil gerak ambil tempat di sofa menghadap mama dia.

Angelina seluk tangan dalam beg tangan Hermes hijau daun pisau mahalnya lalu mengeluarkan satu pucuk sampul surat putih darinya. "Ini adalah maklumat mengenai blind date. Mama dah aturkan segalanya untuk kami. Anak lelaki kepada ahli kongres. Kamu patut berjumpa dan berkenalan dengan dia...."

Hazel telan air liur dengan susah payah untuk hilangkan rasa kesat pada tekaknya. "Blind date?"tanya dia dengan nada tak percaya.

"Hm-hm.."angguk Angelina. "Kamu tu...jangan nak bercinta dengan sebarangan lelaki macam tu je...kamu kena jadi bijak. Jangan jadi macam mama...bersama dengan lelaki miskin hidup tak ke mana. Sebab itu mama set up jodoh anak dari golongan berada sebagai pasangan kamu..."jelas dia dengan bersungguh.

Hazel ketap garis nipis di bibir lepas dengar. "Adakah kekayaan tu segalanya buat mama?" soal dia dengan nada perlahan. Kalau bukan disebabkan dia sedang demam, mungkin dia dah tarik mama dia keluar dari rumah sekarang jugak.

"Sudah tentu. Let me tell you okay...zaman sekarang tak ada duit tak bahagia sayang...kalau kamu ada duit segalanya kamu boleh beli...segalanya kamu boleh miliki...."ujar Angelina dengan bersungguh, Menunjukkan dia suka dengan kekayaan..

Sementara Hazel yang dengar tersenyum nipis. Dia tahu mama dia sukakan wang dan kuasa.

"Pastikan kamu hadir di blind date ni...jangan nak malukan mama dengan anak kongres tu nanti."pesan mama Hazel sebelum bangun dari situ. "Dah itu je..mama balik dulu."

Mata Hazel termenung memandang sofa tempat dimana Angelina baru saja duduk sewaktu wanita itu gerak ke arah pintu.

Masoh termenung mwmandang ke sofa dia tersenyum nipis."Ma.."panggil Hazel dengan mata berair.

Angelina berpaling menghadap ke Hazel. "Yes?"

Perlahan-lahan Hazel palingkan kepala ke tepi lantas menatap wajah mama dia buat seketika. Kalau diingatkan balik, kali terakhir dia kiss dan peluk mama dia ialah sewaktu dia berusia 17 tahun. Dan sejuk itu dia sekali pun tak pernah berada dalam pelukan mamanya.

"Can you hug me?"minta Hazel dengan renungan sedih dan berharap.

Terus berdengus kecil Angelina lepas dengar. "Kamu dah kenapa...tak pernah-pernah minta peluk...tiba-tiba minta peluk.. Dah la mama sibuk."Angelina berpaling ke arah pintu dan tunduk menyarung kasut tumit tingginya semula sebelum gerak keluar dari situ.

Terus jatuh setitis air mata dari kelopak ke tangan Hazel taktala dia lihat pintu rumahnya tertutup rapat setelah mama dia keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience