16.

Drama Completed 12530

DRETT!!!

Bunyi getaran alarm rumah kedengaran dalam apartment itu. Memberitahu ada yang datang.

Tergesa-gesa Hazel basuh tangan dia dan lap dengan kain tuala sebelum keluar dari belakang kaunter dapurnya terus ke pintu depan.

Siapa pulak yang datang malam-malam ni?Tak tahu pulak dia ada jemput orang ke rumahnya. Tanpa berfikir apa-apa, Hazel tarik pintu itu ke dalam.

Dan dia menyesal sesaat kemudian.

Memang tak la!

Terus dia hayun pintunya di tutup semula. Tapi tak sempat, sebab orang yang tak pernah di alu-alukan itu terus je masuk ke dalam rumahnya tanpa di pelawa.

"Macam tu kamu sambut mama ya?"seloroh Angelina berjalan masuk ke dalam ruang tamu dan selesakan diri di sofa di situ. Kakinya di silangkan dengan yakin semasa duduk tegak.

Hazel hanya berdiri dekat pintu tu dengan gigi terketap kuat. "Keluar."arah dia sejurus tu. Masih tidak mahu berganjak dari situ.

Angelina pandang-pandang sekeliling apartment itu dengan renungan skeptikal dia. Kasihan tengok anak perempuan dia sanggup tinggal di tempat seperti ini dari bersama dengan dia. "Duduk Hazel."minta dia dengan nada mendatar.

"I said get out!"teriak Hazel yang terus jalan berarak ke arah ibu dia lalu pegang tangan ibu dia supaya bangun dari situ. Dia tak nak wanita ni ada dekat sini.

Sikit pun Angelina tak bergerak malah dia yang tarik lengan dia sampai buatkan Hazel jatuh bersimpuh depan kaki dia.

Terbutang luas mata Hazel sejurus itu. Dia pandang tak percaya ke ibunya.

"Mama dah mintak elok-elok tadi kan." Angelina jeling tajam ke Hazel.

Bersama renungan berang, Hazel pandang ibu dia dengan dada berombak marah. Dia nak bangun dari situ, tapi tangan Angelina hinggap di bahu dia lalu dudukkan dia semula di atas lantai semula.

"Kamu bangun, selamanya kamu takkan tahu siapa ayah sebenar kamu Hazel...please sayang. Jadi anak yang baik dan dengar kata mama kamu ni.."pesan Angelina dengan lemah lembut namun berbaur ugutan.

Mata Hazel perlahan-lahan kemerahan. Nafasnya naik turun marah. "Apa mama nak?"deram dia sambil cengkam kuat kain permaidani berbulu-bulu bawahnya itu.

Angelina menarik senyuman manis sambil pandang Hazel dengan renungan dalam.

"Pindah dan tinggal dengan mama...kamu tahu. Anak-anak Damien ada bersama dalam rumah tu. Sekiranya kamu tidak ada di situ, macam mana kamu nak ambil hati Damien dan buatkan kamu terpilih sebagai calon waris dia nanti...tak ke semua nanti anak-anak dia yang kaut semua, kamu tak dapat apa-apa?"jelas Angelina.

Hazel perlahan-lahan gerak untuk bangun dari situ namun tak sempat, kaki Angelina yang bertumit tinggi itu terus pijak jari dia lalu di tenyeh kuat. Hampir nak menjerit Hazel dibuat sakit itu. Namun dia tahankan, giginya di ketap sekuat hati. Hazel tahu, ibu dia akan puas hati kalau dengar dia jerit. Jadi dia takkan berikan kepuasan itu pada ibu dia.

"No!I will not going anywhere with you! Go to hell!"jerkah dia sekuat hati bersama air mata bergenangan di kelopak mata.

Angelina tarik senyuman nipis di bibir lalu sondongkan badan ke depan sambil kuatkan lagi tekanan kaki pada jari Hazel. "Language Hazel...Language..mama tak pernah ajar kamu kurang ajar macam ni." kepala Hazel di usap.

Hazel tunduk pandang tangan dia yang berada di bawah kaki kasut itu. Sakitnya!
Argh!!!!!!!!

"Dengar, mama tahu semuanya. Jadi baik kamu jaga sikap kamu atau selamanya kamu begini. Mama kata pindah...pindah Faham sayang?" pesan Angelina lagi sambil lentokkan sikit kepalanya ke kanan.

Air mata yang bertakung dekat kelopak mata Hazel akhirnya jatuh menitis di pipi lepas pandang mata ibunya.

Kenapa ibu dia boleh jadi kejam! Bukan ke sepatutnya seorang ibu berikan kasih sayang dan keselamatan pada anaknya. Bukan terrorize anaknya macam ni.

"I hate you!"sebut Hazel dengan sedih di balik ketapan gigi.

"Mama tahu sayang...but I love...I hope you know that..."Angelina kucup tengah dahi Hazel sejurus tu. "Kamu adalah kunci kejayaan Mama...tanpa kamu mungkin mama tidak ada di sini dan nikmati semua ni...sebab itu mama tak boleh lepaskan kamu..."sengih dia dengan jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience