17.

Drama Completed 12530

"Yo!Jiran!"sapa suara tu dekat belakang dia masa dia tutup pintu.

Hairan dia...macam mana la orang boleh ceria seawal pagi seperti Jax ni. Hanya orang gila je yang sentiasa ada mood untuk rasa happy setiap kali bangun awal pagi.

Wait a minute.

Lelaki ni kan memang psiko ahaha.

Tanpa membalas sapaan itu, Hazel terus berpaling ke lif.

Jax dekati Hazel lalu berdiri melangit di sebelah waita itu dengan senyuman lebar di bibir. Hal semalam buatkan dia tersenyum dari malam sampai ke mimpi. Nasib baik la mimpi yang indah bukan lipas tu. "Nak pergi kerja ke?"tanya dia.

Hazel termenung memandang pintu lif depan dia. Langsung tak dengar apa yang ditanyakan oleh Jax.

Hairan kenapa dia tidak dihiraukan, Jax tunduk sedikit saat jengah kepala ke tepi dia untuk pandang Hazel. Pelik? Pertama kali dia tak di tegur handsome bila bersama dengan seseorang. Biasanya ada je yang bagi komen dekat dia setiap kali bertembung dengan dia. Handsome la smart la yadayada... Bukan main lagi dia pakai smart macam ni, Hazel hanya buat tak tahu. Ke dia tak cukup smart lagi?

"Hei...kau okay tak?"Jax lambai tangan depan muka Hazel nak tarik perhatian wanita itu.

Mata tu tak berkedip langsung.

Jax garu belakang kepala kehairanan. Dah kenapa?Semalam okay je.

"Hazel..."bahu tu di pegang Jax.

Serta merta secara refleks Hazel ambil tangan Jax dari bahu dia lalu lempar lelaki tu ke lantai dalam sekelip mata.

KEDEBUK!

Baring terlentang Jax dibuatnya.

"Argh!"aduh Jax dengan mulut ternganga luas taktala rasa rentapan kuat dekat otot lengan dia dan belakang badan setelah di lempar begitu sahaja. "What the hell?!"pandang dia ke atasnya dimana Hazel sedang berdiri melangit memandang dia.

"I told you."sebut Hazel dengan nada mendatar.

"Harap je comel...."gerutu Jax semasa bangun dari situ.

Hazel pandang Jax sehingga lelaki tu berdiri sambil mengurut bekas hempasan dia dengan kening berkerut tak puas hati.

"Jangan sentuh aku tanpa kebenaran aku..." tegas Hazel.

"Kau tahu tak aku boleh saman kau...company aku boleh saman kau!Ganas betul."cemberut Jax sambil pegang pinggang dia yang sakit.

Hazel jalan dekati lelaki lampai di depan dia dengan renungan dingin. "Try la kalau nak. Saman semahal yang boleh.."aju dia. "Tapi ingat...kau yang mulakan dulu."

Jax berdiri dekat situ memerhati wajah serius Hazel. Hak alah...berlagak pulak. Ingat dia takut. Kalau dia sedia tak adanya dia jadi macam karung kentang dekat lantai tadi la. "Relax la...kenapa serius sangat. Aku gurau je.."Jax tolak dahi Hazel dengan jari telunjuk dia supaya menjauh dari dia.

Tangan Jax di tepis dari dahi dia sebelum berdiri menghadap lif semula. Tangannya di silang ke dada.

Sambil urut lengan dia, Jax jengah lagi kepala dia untuk pandang wajah Hazel. Serius la muka ni tak pakai make up?Asal cantik sangat?

Perasan dirinya di pandang, Hazel gerakkan kepala dia ke sisi dengan kening berkerut. Dah kenapa?Pandang-pandang. Ada masalah ke?Cucuk mata tu nanti baru tahu. "Apa?"

Jax tersenyum sambil geleng kepala. "Tak ada apa...saja." dia kembali berdiri tegak memandang ke depan.

Ding!

Pintu lif terbuka pada masa yang sama.

Terus jatuh senyuman dari bibir Jax bila nampak orang yang berdiri dalam lif tu.

"Janis?"sebut Jax dumbfounded bila nampak kakak dia ada dalam lif tu.

Hazel pandang ke Jax lalu ke wanita anggun berpakaian pejabat depannya. Janis?Janis Eula?Anak kepada pemilik Hotel Orb's Palace?Jax ada hubungan dengan wanita menakutkan ni?Wo!

"Apa kau buat dekat sini"tanya Jax semasa jalan masuk ke dalam lif itu lalu diikuti dengan Hazel dekat belakang.

Janis yang sememangnya serius hanya menekan butang tutup lalu memandang ke depan dengan tangan memeluk badan. "Aku tinggal sini..apa lagi."

"Sini?Apartment ni?"Jax tunjuk jari ke lantai lif sewaktu pandang muka kakak dia.

Mata Janis kerling ke wanita di samping Jax. "Jaga-jaga. Jangan sampai akhbar tabloid nampak kau keluar dengan perempuan...aku tak kuasa nak handle scandal-scandal kau."pesan dia sebelum kembali memandang ke depan.

Jax nak bukak mulut sebelum tertutup semula. Baru dia sedar Hazel ada dekat situ. Terus dia pandang Hazel dengan mata terbutang luas. "Jangan salah faham...dia dengan aku..kita orang..."kalut Jax nak jelaskan situasi tu.

Hazel yang sememang tidak kisah apa yang sedang berlaku hanya diam pandang ke depan.

Kemudian Jax pandang ke Janis. "Kau salah faham...dia bukan apa yang kau fikirkan.." jelas dia pada Janis.

Janis keluarkan cermin mata hitam dia dari clutch dia lalu di pakaikan ke muka dia. "Bukan urusan aku untuk dengar."

Ding!

Pintu lif terbuka setelah ia tiba di tingkat lobi.

Dengan serentak Janis dan Hazel keluar dari lif tu meninggalkan Jax yang kebingungan sendiri.

Macam mana boleh jadi macam ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience