Dring!Dring!
Kepala Jax tersentak tegak bila dengar deringan itu. Terus dia palingkan kepala ke telefon yang berada di atas almari sebelah katil tu. Sebelum dia ambil dia kerling ke Hazel yang sedang terlena selepas di beri rawatan dengan doktor tadi. Melihatkan Hazel tak sedarkan diri, Jax capai telefon tu lalu lihat skrin telefon itu.
ACE
Heh!
Silap timing bro!
"Hello?"sambut Jax lepas jawab panggilan tu.
"Siapa ni?Mana Hazel?"soal Ace.
Mata Jax terarah pada wajah Hazel sebelum dia tersengih.. "Tidur."jawabnya dengan kening terangkat.
"Dan kau ni siapa pulak?"
"Orang yang temankan dia tidur..."jawab Jax dengan senyuman menyakat dia di bibir. AHAHAH!
"Excuse me?"soal Ace dengan nada tak percaya. "Jangan main-main bagi phone tu dekat Hazel sekarang jugak."marah Ace.
Jax jauhkan telefon tu lalu kepal penumbuk untuk menutup ,mulutnya sewaktu ketawa tanpa bunyi.
Serve you right bro! Lepas ni kurang la seorang pesaing dia!
Setelah soberkan diri dia dari ketawa, Jax bawa telefon tu semula ke telinga dia."Kan dah beritahu, Hazel tidur...macam mana nak suruh dia bercakap..."
"Kejutkan dia kalau macam tu.."marah Ace lagi.
Jax tenung wajah demam Hazel dengan hati yang susah namun masih tersenyum. "Kau tahu..kalau kau betul suka dan sayangkan dia..perkara pertama kau kena tanya adalah...mana Hazel?Dia tak apa-apa ke?Sesuatu berlaku ke?Sekurang-kurangnya nampak la kau risaukan dia. Ini tak...kau malah assume macam-macam bila dengar lelaki yang jawab panggilan ni.."seloroh dia dengan nada suara perlahan. Tak nak buatkan lena Hazel terganggu.
Terus terdiam Ace dalam panggilan tu buat seketika.
"Macam aku beritahu...dia tengah tidur sekarang. So kalau kau tak kisah. Aku putuskan panggilan ni." Jax putuskan panggilan Ace tak lama kemudian.
Baru saja Jax nak letakkan telefon tu ke tepi, satu notifikasi masuk. Nama ibu tertera pada bubble chat tu bersama isi text tersebut.
"Hazel June! Mama dah pesan pada kamu untuk hadirkan diri ke blind date tu! Apa kamu fikirkan hah! Biarkan date kamu tunggu kamu selama tiga jam dan kamu tak beritahu apa-apa mengenai ketidakhadiran kamu!Call mama bila kamu baca text ni!"
Berkerut kening Jax sejurus dia selesai dia membaca text tersebut.
Ibu jenis apa ni?
Ada ke patut cakap macam ni tanpa tahu situasi sebenar.
Lagipula...what a blind date?
Memangnya mama Hazel ni siapa?
Baca mesej pun dah tahu macam tak sayang anak...ini mesti golongan ibu-ibu datin ni.
Phone itu kemudiannya di offkan sebelum di letakkan semula dekat atas almari tu.
Jax kemudiannya bantalkan tangan dia dekat tepi bantal Hazel lalu merehatkan kepala dia di atas lengannya
Dia pandang tepi wajah pucat itu sehingga la dia sendiri terlelap.
Share this novel