06.

Drama Completed 12530

Hunter duduk lepas bantu Janis tadi. Duduk saja dia, matanya terus terarah pada Jax. Dia kenal Jax, obviously...budak ni kan model. Mana-mana tempat ada muka kerek ni. "Sorry sebab tukar avenue pertemuan kita secara mengejut. Saya harap awak tak kisah Janis..."ucapnya semasa buka butang kot yang dipakai supaya tak rasa sempit masa duduk.

Janis yang dengar menarik senyuman sambil geleng kepala."It's okay. Things happen right." balas dia..

"Nak order dulu atau nak berbual sekejap baru order?"Hunter simpan telefon bimbitnya di dalam poket kotnya lalu fokus menghadap Janis.

Mama Hunter yang set up pertemuan ni. Katanya nak satukan dia dengan Janis. Yang mana Hunter tak kisah. Lagipun normal la hubungan diplomasi antara dua buah keluarga berpengaruh berlaku bila nak luaskan kuasa dan kukuhkan kedudukan masing-masing.

"Ikut awak."balas Janis.

Jax pandang bosan ke dua orang depannya ini. Entah kenapa la dia boleh stuck dekat sini. Buang masa betul.

"Kalau macam tu kita makan dulu."balas Hunter.

Janis angguk kepala setuju.

Hunter angkat tangan memanggil waiter sewaktu Jax bersuara.

"Apa kata kita straight to the point je terus?"kata Jax.

Mata Hunter bergerak ke Jax semasa seorang waiter datang menghampiri mereka dari arah tepi. "Tentang apa tu?"soal Hunter sambil turunkan tangan ke bawah.

Janis dekat sebelah dah jeling bagi amaran dekat adiknya untuk tidak katakan apa yang tak patut.

Jax tarik sengih jahat lepas nampak Janis pandang dia macam tu. "Apa alasanya kau setuju untuk teruskan pertemuan ni?"

Kening Hunter terangkat sedikit lepas dengar. Dia tarik sengih meleret masa pandang Jax yang memberi renungan judging dekat dia. "Apa salahnya kalau berkenalan..."

"Memang la tak salah..salahnya kalau kau ada niat tersembunyi yang kita orang tak tahu...seperti cuba rampas harta ke apa...tak tahu kan.." balas Jax.

Janis sepak kaki Jax dari bawah meja. Kening dia berkerut tak suka dengan kata-kata itu.

Jax hanya tarik sengih jahat. Siapa suruh bawak dia ke sini sekali. Heh!

"Macam yang saya beritahu tadi. Hanya untuk suai kenal. Kalau tak berkenan atau tak sesuai. Tak mengapa. Tak rugi apa-apapun kalau berkawan dengan sesiapa..."jawab Hunter dengan tenang bersahaja.

"Maafkan adik saya...dia ni kalau cakap memang tak tahu nak berlapik. Kalau boleh dia cakap tu main ikut suka je."ucap Janis bagi pihak Jax. Malu dia dengan sikap tak guna adik lelakinya ini.

Hunter senyum sewaktu geleng kepala. "Saya faham. Semua orang ada hak untuk beri pendapat.."dia dongak memandang waiter di sebelahnya. "Berikan saya yang biasa."minta dia.

Waiter itu angguk kepala. "Maksud tuan Turkey and egg spaghetti ke?"

"Ya..yang itu.."angguk Hunter. Sebab kenapa dia pilih Celestial Hotel adalah kerana hanya masakan di hotel ini saja yang menepati citarasa dia. Tak ada restoran atau mana-mana masakan yang dia telah cuba berjaya tepati standard rasa lidahnya. Hanya di sini sahaja.

"Kenapa sini jugak yang kau pilih sebagai tempat pertemuan?"soal Jax tak lama kemudian.

Waiter itu beralih kepada Janis pula semasa dua orang itu berbual.

"Sebab saya dah jatuh cinta dengan masakan di sini. Percaya atau tak...kamu akan turut jatuh cinta lepas rasa masakan di situ... terutama sekali signature dish chef di sini.."cerita Hunter dengan teruja. Dia ada tanya dekat sini. Mereka ada ramai chef dan setiap chef ada menu mereka yang tersendiri. Dan dia hanya suka pada satu masakan chef ni sejak setahun lalu sehingga la sekarang.

"Psst."decit Jax dengan tak percaya. "Makanan je pun apa bezanya. Over betul."

Hunter hanya jungkit bahu tak peduli. Tak percaya sudah. Bukan masalah dia.

"Bagaimana dengan encik?Nak makan apa-apa yang spesifikk ke?"soal waiter tadi pada Jax,

"Bagi la menu istimewa kau orang dekat sini..."jawab Jax acuh tak acuh.

"Baik...sila tunggu sebentar ya."tunduk waiter itu pada mereka sebelum undurkan diri dari situ.

Janis curi-curi pandang ke Hunter yang sedang memandang skrin telefon. Tertarik hati dia pada lelaki yang bersifat happy going dan bubbly ni. Biasanya dia jumpa mesti berlagak serius dan perasan bagus. Tidak Hunter. Lelaki ini hanya bersahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience