47.

Drama Completed 12530

Ace keluar dari pejabatnya sebelum pandang ke arah dapur dimana sibuk seperti biasa. Terus dia cuba cari kelibat Hazel.

Di situ, dekat depan dapur sedang memasak. Ace perhatikan sekejap tepi wajah tu yang bercahaya kerana api yang menyambar makanan dalam kuali tu.

"Hazel..!"panggil Ace setelah itu.

Dengan serentak kepala Hazel dan Austin tersentak, mereka pandang Ace dengan kening terangkat hairan.

"Chef Ken...cover menu Hazel. Saya ada sesuatu yang nak dibincangkan dengan Hazel."arah Ace pada tukang masak lain.

"Baik!"sahut Chef Ken.

Sebaik Chef Ken datang ke tempat dia, Hazel serta merta gerak ke arah Ace dan masuk ke dalam pejabat bersama dengan lelaki itu.

"Duduk la."pelawa Ace pada Hazel di kerusi di meja kerjanya.

Hazel duduk di kerusi itu tanpa berkata apa-apa.

Ace duduk sandar ke meja pejabat di tepi Hazel lantas bersuara. "Sebelum tu saya nak minta maaf sebab saya tak jawab call awak hari tu..serius masa tu saya busy. Jadi tak perasan call awal tu."

Hazel hanya diam dongak memandang Ace. Dia buat muka tak faham.

"Masa tu saya tengah jalani interview memasak untuk kerja di restoran Itali. Selesai saja interview saya try untuk call awak semula tapi orang lain pulak yang jawab. Yang mana saya rasa orang tu adalah Jax.."jelas Ace.

Apa la yang dibebelkan Ace ni? Dia berkerut kening tidak mengerti."Kau nak kerja dekat restoran Itali?"soal Hazel fokusnya ketika itu.

Ace silangkan tangan dada lalu mengangguk kepala. "Ha'ah..rancangan saya..bila saya dapat kerja di sana..saya fikir nak ajak awak bersama saya kerja di sana sekali. Tapi setelah menerima panggilan Jax hari tu...ianya buatkan saya berfikir panjang..."

Kening Hazel berkerut tak faham. Tak ada pulak Jax beritahu tentang Ace hubungi dia. Lagipula dah apa pulak mamat ribena tu dah katakan pada Ace!?

"Apa dia cakap dekat kau?"soal Hazel sambil sandar ke belakang.

Ace tersenyum. "Dia ajar saya untuk sedar adakah saya sukakan awak sebetulnya atau hanya sebab tertarik dengan minat awak yang bersungguh ketika memasak...dan saya dah tahu apa jawapannya."ujarnya.

Huh!Hazel sedikit tersentap mendengar kenyataan itu. Dia pandang akan Ace dengan perasaan bercampur baur.

"Dan apa yang awak beritahu dia masa call tu?"tanya Hazel dengan perlahan kerana bingung dengan situasi itu.

Ace beri senyuman lega sebelum berkata.

"Saya akan undurkan diri...saya tak rasa saya layak untuk awak...lagipun saya akan ke Itali tak lama lagi. Saya sendiri tak boleh buat hubungan jarak jauh ni... Sebelum apa-apa hal berlaku baik saya jelaskan keadaan ni sebetul-betulnya kepada awak." Ace tarik senyuman terkilan ke Hazel.

Entah kenapa Hazel rasa sedih bila mendengarnya.

Memangnya semua orang suka tinggalkan dia ek?

"Awak okay kan dengan semua ni?"soal Ace.

Hazel mengangguk kepala faham sambil tunduk memandang ke bawah. Kalau dia tak okay, memangnya dia akan beritahu secara terang-terangan ke!

"Aku okay...thanks sebab jelaskan semua ni." Hazel bangun dari situ dan menghadap Ace. "Good luck...taniah untuk kejayaan kau."ucapnya dengan ikhlas.

Ace mengangguk kepala sambil tersenyum senang. Mempamerkan seri wajahnya yang ceria.

"Saya pun...taniah pada awak jugak sebab selepas ni awak la yang bakal ganti tempat saya sebagai ketua chef." maklum Ace.

Kening Hazel terus terjungkit tinggi. "Apa maksud kau...kalau kau tak ada bukan ke sepatutnya Sous Chef yang ganti?"tanya dia dengan gelabah.

Ace buat muka funny mendengar pertanyaan Hazel. "Huh?Austin tak beritahu ke?"

Snap!Macam ranting patah je rasanya saat Hazel dengar nama Austin. Apa pulak abang dia rancangkan kali ni.

"Beritahu aku apa?"soal Hazel sedaya upaya hendak kawal emosi dan reaksinya.

"Austin letak jawatan. Dia beri notis seminggu awal sebelum berhenti..." maklum Ace bernada hairan. Bukan ke dua orang ni adik beradik.  Takkan la hal ni pun Hazel tak tahu!?

Hazel bungkam di situ. Nafasnya tersekat di kerongkong."Dia apa?!" tanya dia dengan kening mencerun terkejut. Tak mungkin!Memasak adalah kegemaran Austin. Mana mungkin lelaki tu nak berhenti macam tu je.

"Awak patut tanya dia lebih lanjut. Saya dah approve surat resign dia. Itu je dari saya. Awak boleh sambung kerja." Ace gerak ke belakang meja untuk kemas kini semua yang patut dari akaun perbelanjaan, senarai stok dan sebagainya sebelum dia pergi nanti.

Perlahan-lahan Hazel atur langkah dia keluar dari pejabat tu. Pintu itu ditolak dengan lemah. Jejak saja kaki keluar dari pintu itu, Hazel angkat kepala ke arah Austin.

Pada masa yang sama Austin turut memandang Hazel. Lelaki tu pandang serba salah ke Hazel buat beberapa saat sebelum kembali menyambung kerja memotongnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience