Erina memandang cincin yang tersarung elok di jari manisnya itu.
"Cik Erina..."
"Zafran..apa yang dah terjadi?"soalnya tanpa berselindung.
Zafran menunduk.Dia cuai.Kesilapan yang boleh menyebabkan nyawa Erina melayang.
"Anna,upah orang untuk bunuh Cik Erina."
Erina mengeluh.Kini dia pasti mengapa Arien bersikap dingin dengannya.Pasti lelaki itu terasa dirinya tidak diperlukan.Dia telah memungkiri janjinya dengan Arien.
"Tuan Arien ke yang selamatkan saya?"
Zafran mengangguk.Erina mendekati Zafran.
"Ia bukan salah kamu.Macam mana dengan Anna sekarang?"
"Berada bersama Darien."
"Maknanya lelaki itu dah balik ke Malaysia.Beritahu Farhan,jangan bagi Dania dekat pun dengan Darien.Lelaki itu punca utama kepada semua masalah ini."
Erina kini hanya bergantung kepada Farhan tentang adiknya itu.
"Emm,Cik larikan diri ke?"ujar Zafran teragak agak.
Erina ketawa kecil.Dia menganggukkan kepalanya.Kebenaran sudah terang bersuluh buat apa ingin menafikannya lagi?
"Murni macam mana?"
"Ah,cakap pasal Murni..."
Zafran kelihatan geram.
'Apa pula budak Murni ni buat pada Zafran?'bisik hati Erina.
"Dia ambil jam saya.Katanya nak pinjam."
Erina ketawa mendengar rungutan Zafran.Bertabahlah Zafran.Apa agaknya yang si Murni tu rancang?
***
30 minit berlalu,mereka hanya berpandangan di antara satu sama lain.Farhan hanya membiarkan Dania menenangkan dirinya.
"Farhan.."
Akhirnya,setelah setengah jam berlalu,Dania memecahkan kesunyian diantara mereka.Farhan menunggu Dania menghabiskan ayatnya.
"Aku tak layak ke dapat kebahagiaan?Dulu kau..sekarang Darien.Apa yang aku dah buat sampai aku kena jadi macam ni?"
Mendengar sahaja nada suara Dania,Farhan dapat mengetahui emosi perempuan itu.
"Dania..jangan tahan..Menangis la sepuas hati,aku tak akan marah."
Farhan memandang Dania untuk melihat reaksi wanita itu sebelum meneruskan kata katanya.
"Lupakan Darien..macam apa yang aku kata tadi..beri aku masa untuk pikat kau."
"Aku nak balik Malaysia."
"Kau nak jumpa Kak Erina ke?"
"Aku nak jumpa Darien."
Farhan ketawa sambil meraup rambutnya ke belakang.Namun jelas di pendengaran sesiapa yang mendengar bahawa ketawa itu hanya ketawa yang dibuat buat.
"You know what,Dania?Aku kehilangan kata kata..Kau cuba musnahkan rumah tangga Darien ke?Kau nak balik,silakan.Pergi la.."
Farhan berdiri.Semakin lama dia berbual dengan Dania,semakin panas hatinya.Apa sahaja yang keluar dari mulut gadis itu pasti berkaitan Darien.
"Farhan!"
Dania memanggil Farhan namun lelaki itu langsung tidak berpaling.Kepalanya dirasakan amat berat.Dia langsung tidak dapat berfikir dengan tenang.
****
"Darien.."
Anna memanggil Darien yang lena tidur di sebelahnya.Anna merenung Darien dengan penuh kasih sayang.Dia mengaku yang dirinya pentingkan diri sendiri.Dia mahu Darien hanya memandangnya seorang.
Wajah Dania terbayang di fikiran Anna.Semuanya kerana hadir Dania dalam hidup Darien.Masih segar di ingatannya,sewaktu dia dan Darien bercinta...lelaki itu masih lebihkan Dania.
"Dania..."
Anna memandang Darien.Dirasakan perasaannya hancur berkecai mendengar nama yang keluar dari mulut suaminya itu.
"Keluar!"
Darien tersedar dari lenanya.Anna memandangnya dengan penuh kebencian.Namun di sebalik kebencian itu,Darien dapat melihat kesedihan yang dipendam oleh Anna.
"Dania..Dania dan Dania!Itu je yang kau tahu!Habis aku ni apa?Sampah?"
Darien hanya diam mendengar kata kata Anna.Daniel juga turut berada di bilik anaknya itu apabila mendengar bunyi bising.
"Kenapa ni Darien?"
"Siapa aku sebenarnya di mata kau Darien?Sejak dulu kau pentingkan Dania..Kau tak nampak pun apa yang aku buat untuk kau."
"Anna..Dania penting-"
"Penting untuk kau?Habis aku dan anak kita ni tak penting?!"
Daniel dan Darien kaku mendengar kata kata Anna.
"A..nak?"
Anna ketawa sinis melihat reaksi Darien.
"Kau tahu semua tentang Dania,tapi tentang aku..kosong.."
"Anna,cuba bawa bertenang."Daniel cuba mendekati menantunya itu.
"Sekarang pilih Darien..Dania atau kami?"
Melihat Darien yang senyap,Anna menyambung kata katanya.
"Kalau pilih Dania..ceraikan aku selepas baby ni lahir.Kalau pilih kami..lupakan Dania."
Mata Anna tajam memandang Darien menunggu jawapan yang bakal keluar.
"Saya pilih.."
Share this novel