"Dia dah jumpa kamu?"
Erina duduk di sofa.Matanya memandang lelaki yang ada di hadapannya.
"Ya..."
"Rahsia kamu dah terbongkar?"
Erina menggeleng.Kenangan pada malam itu kembali bermain di mindanya.
Dia masih ingat pada malam itu...dia memandu kereta menuju ke restoran.Ada kereta yang merempuhnya.Matanya kabur.
"Siapa kau?"tanya dengan lemah.Darah yang mengalir membasahi baju kemeja putihnya.
"Bye."
Dia ditinggalkan.Hanya perkataan mati yang bermain di fikirannya pada ketika itu.Perkara terakhir sebelum pandangannya gelap dia dapat lihat orang yang cuba membunuhnya itu ialah seorang perempuan.
"Kamu teringatkan hal malam itu?"
Erina mengangguk.Dia membetulkan kedudukannya.
"Maaf sebab mengelamun."
Lelaki itu menggeleng.
"Tak perlu minta maaf.Kamu dah jumpa siapa yang cuba bunuh kamu pada malam tu?"
Geleng.Penumbuknya dikepal.Telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Lelaki itu memandang Erina.
"Siapa?"
"Megat Arien."
Lelaki itu ketawa .
"Kalau dia buli kamu..tak perlu layan."
Erina tersenyum.
"Taklah Megat Amin.Dia demam tadi."
Lelaki yang bernama Megat Amin itu hanya mampu tersenyum.
"Tolong buang perasaan dendam yang ada dalam diri dia."
Erina mengangguk.
"Hati hati Dania....takut pembunuh tu tahu kamu masih hidup."
"Jangan risau."
####
Arien memegang kepalanya yang berdarah.Dia berharap agar Erina tidak datang.Bukan dia yang menghantar mesej itu.
Kepalanya pening.Dia memandang 6 orang lelaki yang berdiri di hadapannya.Arien mengeluh.
"Come."
Satu perkataan itu membuatkan keenam enam orang itu menyerangnya.Tubuhnya masih lemah akibat demam namun gerakannya masih tangkas
Sekelip mata kesemua musuh yang berada di hadapannya ditumpaskan.
"Siapa yang upah kau?"
Pisau diletakkan di leher lelaki bertopeng itu.
"E...Evan."
Arien melukakan sedikit leher lelaki itu sehingga darah mengalir.
"Aku lepaskan kau..pergi!"
Dia terduduk di sofa.Kesemua musuhnya lari.
Kepalanya terasa seperti ditusuk dengan pisau.
"Arien!"
Erina berlari ke arah Arien.
"Arien,awak ok?"
Air mata Erina mengalir keluar.Kepala Arien dipangkunya.
"Arien,jangan tinggalkan saya..saya terhutang budi dengan awak!"
Dengan tangan yang terketar ketar Erina cuba menelefon pihak hospital.
"Arien,please...bertahan."
Arien memandang Erina.Pandangannya berpinar pinar.
"Apa maksud kau...yang kau terhutang budi dengan aku?"
Erina diam.Dia sedar ini bukan masa yang sesuai untuk menjelaskan segala galanya.
"Arien,please don't close your eyes..."
Arien diam.Tubuhnya semakin lemah.Banyak persoalan yang bermain di mindanya.
Siapa kau Erina?
####
Erina duduk di atas kerusi.Rambutnya diraup ke belakang.
"Cik,isteri pesakit ke?"
Erina mengangguk dengan teragak agak.
"Macam mana keadaan dia?"
"Baik tapi dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri..."
Erina memandang doktor yang berada di hadapannya.
"Agak agak bila dia boleh sedar?"
"Saya tak tahu puan.Saya pergi dulu."
Erina mengangguk.Pintu dikuak.
Jasad Arien yang terlantar di katil hospital ditatapnya.
"Bila awak nak sedar?"
Tiada jawapan.Erina menangis di sisi katil.
"Tolonglah bangun..."
###
Sudah masuk tempoh seminggu Arien tidak sedarkan diri.
"Awak bangunlah.Berlagak kuat sangat tapi nak bangun pun susah."
Erina memarahi Arien.Air mata ditahan.Walaupun dia tahu Arien tidak melihatnya tapi dia yakin lelaki itu mendengarnya.
"Saya dah sedar lah..."
Erina terjatuh.
"Mak kau mayat hidup balik!"
Dipandangnya Arien dengan pandangan tidak percaya.
"Awak ni...isteri saya ke?"
Erina diam.Dia mengeluarkan telefonnya.Harap haraplah Megat Amin baca.
"Emmm...boleh tak awak pura pura tak sedarkan diri lagi buat sementara waktu?"pinta Erina.
Arien ketawa.
"Bukan tadi awak beria ria nak saya bangun.Look,I'm awake!"
Erina menggigit bibirnya.
'Itu tadi....'
"Awak ni jahatlah."
Erina mengerutkan dahinya.
'Aku buat apa?'
"Kenapa pulak?Saya tak buat apa apa pun."
Arien tersenyum.
"Saya nak buat laporan polis."
Erina mula panik.
"Apa salah saya?"
'Megat Amin,cepatlah datang.'Pinta Erina.
"Awak dah curi hati dan seluruh perasaan cinta saya."
'Dia ni gila ke apa lepas sedar?'
"Erina,mana Arien?"
Erina melepaskan nafas lega.Nasib baik Megat Amin datang.
"Papa!"
Arien berlari memeluk Megat Amin.
"Arien,kamu ok?"
Arien mengerutkan dahinya.
"Biasa je.Bukan Arien selalu peluk papa?"
Megat Amin tergamam namun dia berlagak biasa.
"Arien duduk kat sini sekejap.Erina,ikut saya."
Erina mengangguk.Naik seram pulak dia di situ.
####
Erina tersenyum memandang Arien yang sedang ketawa.
"Erina,jom lah join saya dan papa main."
Erina menggeleng.Dia teringatkan perbualannya dan Megat Amin sebentar tadi.
"Ini diri Arien yang lalu..."
"Maksud tuan?"
Megat Amin mengeluh.
"Ada sesuatu yang awak perlu tahu sesuatu...."
Erina menunggu penjelasan lanjut.Dadanya berdebar debar.
"Pada mulanya inilah perwatakan sebenar Arien tapi dia berubah.Saya pun tak tahu sebab dia berubah.Tapi macam pelik dia tiba tiba jadi macam dulu.Dia hilang ingatan ke?.."
Erina tersenyum.
"Jadi kita perlu kekalkan sifat dulu..betul tak?"kata Erina.
Megat Amin mengangguk.
"Saya dah terhutang budi dengan dia.."
"Erina!"
Erina tersentak.Di hadapannya kini Arien sedang menghulurkan sekuntum bunga ros.
"Mana Megat Amin?"
"Balik.5 minit yang lalu.Tu la...mengelamun lagi.Tau la saya handsome."
Erina ketawa.Sifat Arien yang satu ni amat berbeza dengan Arien yang dia kenali.
"Boleh saya nak tanya awak sesuatu?"tanya Arien.
Erina sekadar mengangguk.
"Siapa...awak?"
"Saya PA awak."
Arien ketawa.
'Aku ada PA?Biar betul?'
"Patut pun."
Erina mengerutkan dahinya.
"Kenapa pulak patut?"
"Nothing.Awak ada dengar pasal CEO Sakura Holdings?Kalau kita dapat berurus niaga dengan mereka kan best.Nama CEO dia dan saya hampir sama.Darien dan Arien."
"Nama Arien lagi best."
Arien ketawa.
"Ni nak minta naik gaji ke apa?"
Erina hanya tersenyum.Kemudian dia teringatkan sesuatu.
"Awak dah tahu pasal majlis yang akan diadakan pada hari Khamis ni?"
Arien mengangguk.Dia menguyah apple yang diambilnya.
"Jadi...awak nak saya carikan pasangan?Or...awak dah ada?"
Lelaki itu menopang dagu.Matanya disepetkan.
"Tak perlu.Saya dah ada."
Erina mengangguk.
'Ok la tu...boleh rehat jugak aku...'
"Awak la orang tu Erina."
Bersembur air yang diminum oleh Erina dan ia tepat ke muka kacak Arien.
Bulat mata Erina.
'Matilah aku...'
Arien mengambil tisu.Dia mengelap wajahnya.
"Awak ni...wajah kacak saya jugak yang kena."
Erina mencebik kemudian dia ketawa.Arien versi ini kuat perasan betul!
"Sebab awak tersangatlah kacak,saya tak nak jadi pasangan awak!"
Arien mengerutkan dahi.
'Bukan orang pilih yang hensem?"
"Ala..."
Erina menahan ketawa.Wajah Arien yang berkerut seribu itu mencuit hatinya.Kalau sebelum ini lelaki itu bagaikan sudah hilang perasaan.Semuanya sama.
"Apa ala ala?"
Arien mengetap giginya.
'Aku akan jadikan kau pasangan aku!'
"Saya pecat awak nak?"
Erina tersengih.
"Pecat la.Saya tak kisah."
Muka Arien masam.
"Keluarlah.Saya nak duduk seorang diri..."
Erina tersenyum.Buah epal yang ada di tangan Arien diambil.
"Saya gurau je.Saya setuju jadi pasangan awak.Bye!"
Erina menggigit epal itu.
'Manis.'
Arien terpinga pinga.Kemudian dia tersenyum.
"Aku terkena rupanya."
Share this novel