Bab 1

Romance Series 14272

Dania memandang Aqila.

"Darien ada?"

Aqila mengangguk.Kakinya masuk ke dalam bilik yamg berhawa dingin itu.

"Apa lagi yang ganggu fikiran kau?"

Darien mengangkat kepalanya yang sedari tadi tunduk memandang fail.

"Sejak bila kau datang?"tanyanya.

Dania tersenyum.Dia duduk di kerusi yang terletak di hadapan Darien.

"Kau ni kan...boleh tak jaga kesihatan kau?Sekarang waktu lunch.Jom blah dari tempat membosankan ni."

Darien berdiri.

"Aku..tak rasa nak lunch la."

Dania tersenyum.

"Aku tahu.Sebab tu aku dah belikan makanan untuk kita.Jom la."

Darien diam.Dia mengekor Dania ke meja.

"Kau beli apa?"

Dania mengeluh.

"Kadang kadang kan aku terfikir macam mana la aku boleh kawan dengan kau sedangkan kau senyum pun tak pernah."

Darien duduk di atas sofa.

"Aku senyum la."

Dania mencebik.

"Kalau kau senyum aku rasa aku akan pengsan kot."

Darien menggelengkan kepala dengan telatah Dania.

"Malam ni kau ada makan malam dengan tunang kau kan?"

Darien yang sedang makan terhenti.

"Family."Dia membetulkan ayat Dania.

"Ok!Family kau ada makan malam dengan family tunang kau kan malam ni?"

Darien mengangguk.

"Kita lepak dekat tempat biasa nak?"tanya Darian dengan muka yang tidak berperasaan.

Dania yang sedang makan hampir tercekik mendengar ayat Darien.

"Gila apa?Kau kena join la makan malam tu!"

Darien memandang Dania.

"Kau join sekali la makan malam tu."

Dania menyedut fresh orange menggunakan straw yang ada di dalam gelas itu.

"Apasal pulak aku terjebak dalam hal ni.Darien,dia tu tunang kau."

"Dan kau pulak kawan aku."

Dania menepuk dahinya sendiri.Apasal la dia ni tiba tiba jadi amat 'cerdik'.

"Manusia...dia tu tunang kau dan aku ni hanya kawan kau.Pergilah spend time dengan dia.Date ke?"

Darien mengambil sedikit makanan Dania dengan selamba.Mahu sahaja Dania menendang lelaki yang berada di hadapannya ini.Nasib baik kawan...

"Orang...aku tahulah.Kalau kitaorang berjumpa pun dia akan tanya aku sihat tak?Macam mana kehidupan aku sekarang?Aku suka apa?Aku benci apa?Macam macam lah!Yang pasti semuanya membosankan."

Dania ketawa manakala Darien mengerutkan dahinya.

"Kau ni waras lagi tak?Dah kenapa kau gelak?"

Dania tersengih.

"Bagus apa?Nanti kan dia bakal jadi isteri kau jugak.Kau akan makan apa yang dia masak."

Darien terdiam.Wajahnya selambanya bertukar serius.

Ada perbezaan ke?

"Aku tak nak dia jadi isteri aku."

Darien meraup wajahnya.Keluhan berat dilepaskan.

"Kau cintakan dia tak?"

Wajah Dania ditatapnya.

"Look into my eyes...Tell me,do I love her?"

Dania menunduk.

"Kau patut cuba jatuh cinta dengan seseorang.Jangan biar kisah silam sentiasa menghantui kau."

Darien berdiri.

"I can see it...I know who...that you love the most."

Kata kata Dania membuatkan Darien memandangnya.

"Aku dah cuba Dania....Aku dah letih tapi aku masih tak berjaya.Tiada siapa yang faham aku..."

Dania meletakkan tangannya dia atas bahu Darien.

"Aku ada.Aku akan sentiasa tolong kau.Walaupun diri aku akan berada dalam kesusahan,aku sanggup."

Hati Darien yang resah menjadi tenang.

"Kau tahu macam mana nak tenangkan aku kan?"

Dania ketawa.

"Kau pernah tanya aku,siapa yang menjadi penghibur aku setiap hari kan?"

Darien mengangguk.

"Dia,Tengku Darien Izham."

Darien memandang mata Dania.

"I know you more than everyone else.I just wish that we will never been apart."kata Dania.

Darien kembali menyambung kerjanya.

Dania ketawa.

"Aku dah tolong order bunga mawar untuk kau."

Darien mengerutkan dahinya.

"Untuk apa?"

Dania tersenyum.

"Tunang kau.Bunga tu akan sampai jam 8:00 malam.Bersweet sweet la korang ye.Bye!"

Darien diam.

"Anna..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience