Bab 23

Romance Series 14272

Dania menutup pintu dan berjalan ke arah balkoni.Matanya dipejam.Angin menampar lembut wajahnya.Perlahan lahan mata dibuka.Dania memandang bawah.Bibirnya mengukirkan satu senyuman.

Farhan memandang Dania dari bawah.Dia menunjukkan jam tangan yang diberikan oleh Dania.

"Dania..."bisiknya perlahan

Dania melambai ke arahnya.Senyuman Farhan semakin lebar.Dia membalas lambaian itu dan memasuki perut kereta.Kereta dipecut laju meninggalkan perkarangan itu.

####

Erina mengelamun.Dari tadi lagi Arien dingin dengannya.Tapi apa sebabnya?

Takkanlah Arien dah tahu pasal...getus hati Erina.

Erina tersentak.Dia menggelengkan kepalanya.
Dia kembali ke dewan.Dicarinya Arien.

"Cari siapa?"

Erina tersentak.Dia merenung tajam Arien.

"Cari boyfriend saya."

Arien menggenggam tangan Erina.

"Siapa dia?"tegas sahaja bunyinya.

Erina diam.Dia mengeluh.

"Entahlah..Arien..kenapa awak tiba tiba jadi dingin ni dengan saya?"

Arien diam.Dia melepaskan genggamannya.Wajahnya diraup.

"Nothing."

Erina mengetap bibirnya.Majlis yang tadinya indah berubah menjadi suram.

Otak Erina semakin berserabut.Dia masuk ke dalam rumah.

"Erina,kenapa ni?"tanya Megat.

Erina diam.Matanya memandang Megat.Senyuman palsu menghias wajahnya.

"Jangan tipu.Papa dah kenal kamu lama dah.."

Erina ketawa kecil.Indahnya kalau ibu yang berkata sebegitu.

"Janji..dibuat untuk apa?"soal Erina dengan tiba tiba.

"Ditunaikan."jawab Megat.Erina menggeleng.

"Janji dibuat untuk dimungkiri."

Megat duduk di kerusi yang berada di sisinya.

"Itu janji palsu."

Erina tersenyum sinis.

"Yup.Terlalu banyak janji palsu kalau dibandingkan dengan janji sebenar.Papa..Erina letih.Erina nak rest."

Belum sempat Megat menjawab,Erina masuk ke dalam bilik.Dia melemparkan tubuhnya ke atas katil.

"Erina,I love you...."

Entah kenapa dia teringatkan ayat yang sering diucapkan oleh Evan kepadanya dahulu.Dulu,dia membayangkan Evan lah yang akan menjadi suaminya.Kebaikan lelaki itu mengaburinya.Kebaikan?

Ya,kebaikan yang palsu.Harapan,janji dan cinta yang palsu.

"Patut ke aku percaya dengan Arien?"

Reaksi dingin Arien membuatkan dia terbayang kenangan lalunya bersama Evan.Reaksi yang sama seperti Arien,secara tiba tiba.

"Awak tahu tak saya risaukan awak?"soal Arien yang baru masuk ke bilik.

Erina diam.Dia memandang cincin di jarinya.

"Arien,saya nak tanya sesuatu."

Lelaki itu diam.

"Awak betul betul dah kenal saya?"tanya Erina.

Arien tersenyum.

"Kenapa?"

Erina menggeleng.

"Awak tahu macam mana saya boleh kenal Evan?"

Arien berfikir sejenak.

"Itulah soalan yang bermain di benak fikiran saya selama ni."

Erina tunduk.Air matanya mengalir.Arien tersentak.Pantas dia memeluk isterinya itu.

"Kenapa ni?Saya tak suka tengok awak menangis."

"Awak akan benci saya suatu hari nanti Arien.."kata Erina.Dia menolak lelaki itu supaya jauh darinya.

"Dan sebelum awak bencikan saya..."

'Saya kena halang diri saya dari sepenuhnya mencintai awak..'kata Erina di dalam hati.

"Apa maksud awak yang saya akan bencikan awak?"

"Love is blind.Dan saya pernah dikaburi dengannya.Love is so strong.Sampai awak sanggup bunuh orang yang awak sayang."

Erina memandang Arien.Pandangan mata yang sama pada 6 tahun yang lepas.

"Erina!"

Picu ditarik.Bunyi tembakan kedengaran.Erina rebah.Kerana dia..Arien kehilangan ibu dan Megat kehilangan isteri...

Mengelak daripada jatuh cinta,itulah penyelasaian terbaik yang dapat difikirkannya.

Keran dia pasti suatu hari nanti..Arien akan membencinya..malah memusuhinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience