Bab 2

Romance Series 14272

Dania memandang gambar yang sudah lama tidak dilihatnya.

"Aku rindu kau Anna.Kenapa kau buat aku dan Darian macam ni?"

Dia memasukkan phonenya ke dalam poket.

Sudah 3 tahun kejadian itu berlaku.Dan...dia pasti kejadian itu masih segar di ingatannya..serta Darien.

Bunyi telefon menganggu ketenangan Dania.

"Kenapa kau call aku?"tanya Dania.

"Datang makan malam nanti,kalau kau kawan aku..."

usai berkata sebegitu,talian diputuskan.

"Macam mana aku boleh tolak permintaan kau Darien?"

Dania tersenyum.

"Kalau dalam pejabat tu perangai bos,kat luar pun sama.Suka bagi arahan."

Dia memandu keretanya ke arah sebuah kedai.

"Lama tak datang kedai ni...."

####

Darien menunduk.Dia tahu tunangnya sedang memerhatikannya.

'Mana kau Dania....'

Dia memandang jam yang terletak di pergelangan tangannya.

8:10 malam.

"Hai!"

Darien mengangkat kepalanya.

Dania...

"Eh,Dania...lama tak jumpa kamu!"

Puan Ina mencium pipi kanan Dania.

"Salam."

Sebaik sahaja Puan Ina menghulurkan tangan kanannya dengan pantas Dania mencium tangan itu.

"Uncle!"

Encik Daniel tersenyum melihat Dania.

"Siapa ni Daniel?"

Encik Daniel memandang bakal besannya itu.

"Dania,kawan baik Darien.Dania,kenalkan ini Uncle Ham dan Aunty Julia.Ini pula tunang Dania...eh silap!"

Dania menggelengkan kepala melihat kesilapan Encik Daniel.

'Aku ni perempuan kot.Takkan dia nampak aku ni lelaki.'bisik hati Dania.

"Ini pula tunang Darien,Elina."

Dania dapat melihat Elina memberikannya jelingan tajam.

'Ingat aku takut?'

"Pa,Darien nak cakap sikit dengan Dania."

Encik Daniel mengangguk tanda memberi kebenaran.

"Come here my girl."

Mereka ke kolam.

"Kau bagi tak bunga tu kat dia?"

Darien menggeleng.

"Aku tak sukalah dengan tunang kau tu."kata Dania dengan tiba tiba.

"Kenapa?"

"Kenapa apa?"tanya Dania pula.

"Kenapa kau tak suka dia?"

"Gedik semacam je aku tengok.Lepastu jeling jeling orang...Euw..."

Dania membuat gaya seperti ingin muntah.

"Kau,kalau mengata orang memang nombor satu kan?"

Dania tersengih.

"Tapi dia sesuai la dengan kau.Kau ni dingin.Dia tu gedik.Ok apa?Encik Dingin Cik Gedik."

Mata Darien memandang tajam Dania.Wajahnya seperti biasa.Tiada perasaan.Dahi Dania di tolak perlahan.

"Apa ni main kepala?Cikgu Salehah cakap tak baik main kepala."

Tanpa Darien perasan dirinya mengukirkan satu senyuman.Dania juga terlepas peluang untuk melihat senyuman lelaki itu apabila dia menunduk sambil memegang kepalanya.

"Yang tu kau ingat pulak?Yang Cikgu Salehah cakap jangan tidur dalam kelas kau ingat tak?"

Dania tersengih.

"Lepastu Anna akan..."

kata katanya terhenti.Wajah Darien berubah menjadi serius apabila mendengar nama Anna.

"Darien...aku..aku minta maaf.Aku tak.....sengaja."

Darien tersenyum.

"Kau...senyum."

Darien ketawa pula.

"Kenapa?Salah ke kalau aku senyum?"

Dania turut sama mengukirkan senyuman.Dia menggelengkan kepalanya.Lesung pipit yang dimiliki oleh Darien menarik perhatian Dania.

"Eh,dah lama tak tengok lesung pipit tu.Ingatkan dah mati."kata Dania.

"Kau ni kan...kalau tak buat lawak bodoh memang tak boleh kan?"

Senyuman Dania menghilang.

"Darien,aku minta maaf sebab tadi aku sebut na.."

Darien menyuruh Dania diam.

"Kau rasa aku mampu ke marah kau?Kalau kau rasa ya,aku akan jawab tidak."

Dania tersenyum.

"Aku...rindukan dia."

Darien memandang bulan yang agak terang pada malam itu.

"Aku lagi rindukan dia.Mungkin aku perlu buka buku baharu."

Dania berfikir sejenak.

"Kalau dia tiba tiba muncul macam mana?"

"Aku.."

kata kata Darien terhenti apabilah Puan Ina datang.

"Lamanya dua orang sahabat ini berbual.Dah jom masuk makan.Kesian Dania kena layan kamu."

Dania tersengih.Dia sempat berbisik pada Darien.

"Semoga kau berbahagia dengan tunang paling BAIK tu."

Darien mencebik.

'Apa punya kawan macam ni.'

###

Dania menahan tawa melihat reaksi Darien.

"Elina,apa pekerjaan awak ye?Darien malu nak tanya awak...."

Darien membulatkan matanya.

Dania tersenyum.

'Ok apa aku selamatkan dia daripada soalan soalan minah ni.'

"Model.But,lepas I kahwin dengan Darien I akan berhenti kerja.I pasti dia boleh sara hidup I."

Dania hampir tersedak mendengar kata kata Elina yang dirasakan amatlah bijak.

'Kau ingat dia tu bank kau ke?'

rungut Dania.

"Siapa kata kita akan kahwin?"kata Darien sehingga menyebabkan semua tersentak.

"A...apa maksud kamu Darien?"tanya Uncle Ham.

Darien menunjukkan wajah tidak bersalah.

"Tak semua benda yang dirancang akan menjadi kenyataan.Kita tak tahu masa hadapan,nak ramal?Lagi lah tak boleh.Kita perlu bersedia."

Dania tersenyum sinis.

"Darien!Minta maaf dengan mereka!"

Dania memandang Darien.Dia tidak dapat meneka perasaan lelaki itu.Hanya wajah selamba yang dipaparkan.

"Why should I do it?Besides,I don't think it is wrong"

Darien berdiri.Dia memandang papanya sebelum keluar dari rumah itu.

"Uncle,izinkan saya..."

kata Dania.

####

"Kau buat apa kat sini?Nak pujuk aku?"

Dania ketawa.

"Tunggu 1 juta tahun lagi aku pujuk.Jom makan.Aku lapar la."

Darien mengerutkan dahinya.

"Bukan tadi kau dah makan?"

"Itu tadi..ini sekarang."

Darien ketawa.

"Jom."

Dania terundur ke belakang.

"Maaf cik.Saya tak perasan."

Dania terdiam.Suara itu...

"Dania,kau okey?"

Belum sempat Dania menahan gadis itu,dia telah pergi.

"Darien...ke..kejar perempuan tu!"

Darien memandang perempuan yang berkemeja putih itu.

"Kenapa?"

Lutut Dania terketar ketar.

"Anna!"

Darien menahan Dania daripada mengejar gadis tadi.

"Dania,calm down!Mungkin ia hanya bayangan kau.Dah,jom pergi makan."

Dania memandang mata Darien.

"O..ok."

####

Darien memandang ke arah luar tingkap.

"Kenapa kau mesti datang pada waktu aku cuba melupakan kau Anna?"

Darien memejam matanya.Kenangan lama kembali terbayang di fikirannya

"Hai Darien!Lama tak jumpa!"

Darien tersenyum memandang Anna.

"Bukan semalam korang dah jumpa ke?"

Darien dan Anna menjeling Dania.

"Ouh,aku...blah dulu!"

Darien dan Anna ketawa melihat sikap Dania.

"Dania,tunggu la dulu,cakap nak join sama sama!"
laung Anna.

Dania membisikkan sesuatu di telinga Anna sebelum berlalu pergi.

"Jumpa kau kat kelas Darien.Tata!"

Anna tersenyum manis memandangnya.

Mata dibuka kembali.Darien tersenyum.Tapi dia tidak pasti kerana siapa dia tersenyum.Anna atau....Dania?

####

"Tuan Izham,dia dah datang."

Darien mengangguk.

"Suruh dia masuk."

Beberapa saat kemudian Darien mendengar pinu biliknya dibuka.

"Duduk."

Dia menatap fail yang berada di mejanya.

"Ada pengalaman?"

Pandangannya beralih kepada orang yang sedang duduk di hadapannya.

"An..Anna?"

Gadis itu tersenyum.

"Lama tak jumpa awak Darien."

Darien duduk dengan tegak.

"Kenapa awak nak kerja di sini?"

Anna memandang tepat ke mata Darien.

"Sebab saya dah lama nak kerja di sini dan saya pasti awak memerlukan seorang pembantu peribadi buat masa sekarang.Saya tak rasa awak sempat untuk cari orang lain.."

Darien meraup wajahnya.

"Saya tak tanya pendapat awak."

Bunyi ketukan pintu berjaya mengalihkan pandangan Anna dan Darien.

"Masuk!"laung Darien.

"Darien aku dengar yang kau..."

Pandangan mata Dania jatuh tepat ke Anna.

"Kau..."

Anna berdiri.

"Aku pembantu peribadi Darien."

Dania memandang Darien dengan riak tidak percaya.

"Wait Dania.I can explain this."

Dania memeluk tubuhnya.

"Just you and me."kata Dania.

"Anna,keluar sebentar."

Anna mendengus.Kakinya melangkah keluar.

"So,apa penjelasan kau?"

Darien mengeluh.

"Dia datang minta kerja dengan aku hari ini.."

"Dan kau terima?"

Darien menggeleng.

"Aku tak terima pun lagi.Kau pun tahu aku..."

Dania menepuk bahu Darien.

"Aku tak kisah Darien.Asalkan kau ok.Tapi..kau rasa Anna masih salah faham ke dengan aku?"

Darien diam manakal Dania mengeluh.

"Cuba baiki hubungan kau dengan dia.Aku akan ada sokong kau,walaupun kau tak nampak."

Kata kata Dania menyebabkab Darien tersentak.

"Maksud kau?"

Dania tersenyum kelat.

"Cukuplah kita pernah kehilangan dia sekali..aku tak nak benda tu berlaku dua kali.Bye!Terima dia jadi PA kau...so takde la kau skip lunch."

Darien menghalang Dania daripada keluar.

"Kau...lunch dengan aku tak?"

Dania ketawa.

"Otak kau ni...kadang kadang slow jugak kan?Kalau dah ada Anna buat apa aku teman.Dah la,aku nak blah dulu."

Tangan Dania dicapainya.

"Kau datang nak ajak aku lunch kan?"

Dania mengeluh.

"Kalau ya pun kenapa?Sekarang ni Anna akan ambil semua tugas tu.Aku pun ada banyak kerja.Enjoy your sweet moment!"

"Same here...."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience