Erina kaku di tempat duduknya.
"Erina,dia sarungkan cincin kat jari kau tu!Bagilah!"
Murni menyiku Erina lembut.Erina menunduk.Dia menghulurkan tangan kanannya.Perlahan lahan dia dapat merasakan cincin masuk ke dalam jari manisnya.
Arien mengangkat kepalanya dengan lembut.Dikucupnya dahi Erina.
"Kenapa tangan sejuk?"bisik Arien di telinganya.
Meremang bulu roma Erina mendengar nada suara Arien.
"Tuan muda,peluklah Puan Erina.Barulah gambar ni nampak makin sweet!"
Erina terbatuk mendengar permintaan Zafran itu.Kalau boleh,mahu sahaja dia membunuh Zafran sekarang.
"Fine!"
Erina memandang Arien seperti tidak percaya lelaki itu bersetuju dengan permintaan mengarut Zafran itu.
"Apa yan.."
Belum sempat dia menanyakan soalan,Arien memeluknya erat.Mata lelaki itu menatapnya dengan penuh kasih sayang.
"Ehem,lama lagi ke nak peluk.Gambar dah siap ambil."
Erina menjeling Zafran.
'Tunggu kau lepasni aku kerjakan kau.'
Arien ketawa.Perlahan lahan dia melepaskan Erina.
"Jom makan!"jerit Haikal.
Erina dan yang lain menggelengkan kepala melihat perangai tak senonoh Haikal.Arien ketawa.Nama pun kawan.Memang geng la.
Erina hanya memandang tetamu yang sedang makan.
"Nak makan?"tanya Arien sambil merangkul pinggang Erina.
"Tak nak."
Erina memandang Arien.Lelaki itu nampak lebih segak apabila memakai kot hitam itu.
"Patutlah tak nak makan,pasti dah kenyang tenung saya kan?"
Wajah Erina mula merah padam apabila Arien menyedari perbuatannya.Dia berdehem.
"Murni!"
Murni mendekati Erina.Dipeluk erat sahabat merangkap sepupunya.
"Kenapa?Arien buli kau?"
Erina ketawa mendengar pertanyaan Murni.
"Kalau dia buli aku,jangan harap la esok dia dapat tengok dunia ni lagi.Aku dengar kau dan Haikal.."
"Murni dan aku kenapa Erina?"
Erina tersentak apabila melihat Haikal berdiri di sisinya.Dicarinya kelibat suaminya.
'Makan rupanya...'
Murni menyiku Erina di pinggang.
"Sakit cerdik!"
Haikal tersenyum.
"Awak nampak cantik la hari ni Murni."
Murni mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Sebelum ni dia hodoh ke?"kata Erina dengan selamba.
Haikal tersentak.Pantas dia menggelengkan kepalanya.
"Aku nak makan dulu la Erina.Bye!"
Haikal kelihatan agak kecewa.Erina ketawa.
"Nak aku tolong?"
Haikal kelihatan agak terpinga pinga.
"Tolong apa?"
Erina mengambil gelas Haikal.
"Tolong kau pikat dia."
'Air oren rupanya..'kata Erina di dalam hati.
"Pikat?Buat apa...aku..aku bukan sukakan dia pun!"
Erina tersenyum sinis.
'Kalau tak suka apasal kau gelabah semacam je?'
Gelas tadi diletakkan di atas meja.
"Fine.Betul ni?Jangan menyesal..takut melepas lah pula."
Haikal semakin tidak keruan mendengar ayat Erina namun dia cuba untuk mengawal reaksi wajahnya.
"Dia dah berpunya ke?"
Erina tersenyum.
"Kenapa kau tanya?Tadi kata tak sukakan dia.."
Haikal mencebik.
'Itulah Haikal,ada orang tolong pun dah baik...'
"Ya la,aku mengaku aku sukakan dia.Please tolong aku.."
Ketawa Erina meletus jua.Wajah Haikal berkerut seribu.
"Lain kali jangan sombong sangat!Aku akan tolong kau!"
Haikal tersenyum.Baru sahaja dia ingin memeluk Erina ada tangan yang menghalang.
"Eh,Arien...aku..lapar pulak."
Pantas Haikal berlari ke arah Murni yang sedang mengambil makanan.Erina yang melihat tersenyum.
"Kenapa tak halang Haikal peluk awak?"
Pandangan Erina berubah ke arah Arien yang berwajah serius.
"Betulkan ayat awak tu.Dia tak peluk lagi saya tapi hampir peluk."
Arien menjeling Erina.
"Whatever!"
Erina ketawa.
"Biarlah kalau dia peluk saya pun.Kurang sikit rasa sejuk ni."
Angin pada malam itu agak sejuk.Wajah Arien berubah.Dia kelihatan risau.Pantas dia memeluk Erina.
"I'm sorry!"
Erina mengerutkan dahinya.
"Kenapa tiba tiba minta maaf ni?"
Arien mengeluh.
"Saya tinggalkan awak sendirian tadi..kesejukan pula tu."
Erina menggelengkan kepalanya.Senyumannya semakin lebar.Hidung mancung Arien dicuitnya.
"Saya ok je.Lepaslah,lemas saya."
Arien ketawa.Dia tidak meleraikan pelukannya namun melonggarkan sedikit pelukannya.
"Cik Erina!"
Zafran berlari ke arahnya.Wajah lelaki itu resah.
"Kenapa?"
Zafran memandang Arien.Erina yang melihat faham apa yang Zafran inginkan.
"Emm,Arien..saya nak bincang sesuatu dengan Zafran.10 minutes."
Arien mengangguk.Perlahan lahan dia meleraikan pelukannya.
Zafran mendekati Erina.Dia berbisik sesuatu di telinga Erina.Erina mengepal penumbuknya.Dia tersenyum.
"Saya harapkan awak Zafran."
Zafran mengangguk.Dia berjalan menjauhi Erina.
"Tak guna kau Anna..."
###
Darien mengunci keretanya.Rumah kecil yang berada di depan mata dipandang.Bibirnya mengukir satu senyuman.
Tombol pintu dipulas.Darien memandang gambar yang diletakkan di atas meja.
"Kenapa basah ni?"
Darien memandang sekelilingnya.
"Takkanlah.."
Mata Darien membulat.
"Dania!"
Dia mula mencari segenap pelusuk rumah itu namun kelibat Dania langsung tidak kelihatan.
"Kenapa awak tinggalkan saya Dania..."rintih Darien.
"Saya tak tinggalkan awak Darien.."
Darien tersentak.Dia seperti tidak percaya siapa yang berdiri di hadapannya kini.Dania tersenyum.
"Tak macho la awak nangis!"usik Dania.
Darien tersenyum.
"Biarlah!"
Dania ketawa.Dia menarik Darien keluar rumah.
"Dulu awak pernah kata yang awak orang bijak.Ingat tak?"tanya Dania.
"Sebijak bijak saya,mati akal jugak bila awak lari."
Senyuman Dania mati.
"Saya minta maaf.Saya hanya boleh memerhatikan awak dari jauh Darien..Pulanglah ke pangkuan Anna."
Darien menggeleng.Tangan Dania digenggamnya.
"No.Saya akan pulang kalau awak pulang."
Dania tersenyum.
"Pulanglah Darien.2 minggu kemudian awak datanglah balik jumpa saya..Kalau bukan sebab Anna,ingat family awak."
"But I want to stay with you."
"Please Darien.Demi saya.."
Darien mengeluh.Dania memegang bahu Darien.
"Saya hanya mampu berharap yang kita akan berjumpa lagi.Kalau benar kita ada jodoh,sejauh manapun saya lari,kita tetap akan bertemu.Baliklah Darien.Saya tunggu awak."
Darien tersenyum manis.
"Baiklah."
Share this novel