Bab 11

Romance Series 14272

Erina memandu keretanya menuju ke rumah Darien.

Jantungnya hampir gugur apabila melihat perempuan yang berdiri di luar pagar rumah itu.Dengan pantas dia menarik perempuan itu ke dalam kereta.

"Adik ni dah gila ke apa?!"

Dania menggelengkan kepalanya.Dia memegang tangan Erina.

"Akak,jangan bahayakan diri akak demi Dania."

Erina mengeluh.Dia menjeling tajam Dania.

"Dania...orang yang cuba bunuh Dania masih berkeliaran di luar.Akak tak nak adik akak sakit."

Dania tersenyum.

"Kali ni Dania janji yang Dania akan selesaikan semua perkara yang berlaku.Akak boleh masuk campur hal Dania kalau akak nak...tapi..Dania minta akak berikan Dania satu je peluang..
untuk buktikan yang Dania ni bukannya lemah.Dan,Dania yakin akak pun ada masalah akak sendiri."

Erina tersenyum kelat apabila teringatkan perbualannya dengan Dania di luar rumah Darien sebelum dia datang ke pejabat ini.

"Erina,lama tak nampak awak."

Erina menjeling Kamal.

'Menyemak je kat sini.'rungut Erina.

"Dah berhenti,nak nampak macam mana."

"Kesian kat awak.Encik Arien tu memang macam tu,dia ingat dia hebat sangat!"

Panas hati Erina mendengar kutukan itu.

"At least dia takde kutuk orang lain belakang.Nak kutuk,kutuk depan depan la."

Kamal terdiam.

"Satu lagi,sepanjang saya kerja dengan Encik Arien takde apa apa masalah pun yang berlaku.Dia lah lelaki yang saya hormati.Semangat dia.Dia akan dapatkan apa yang dia nak dan dia berani.Bukan macan sesetengah orang tu,pengecut!"

Erina tersenyum sinis memandang Kamal yang tunduk ke lantai.

"Terasa ke?Sorry la..saya bukan nak cakap pada awak tapi kalau awak terasa tu...hmm..faham faham la kan?"

Erina berjalan menuju ke pintu keluar.

"Jangan nak kurang ajar Erina."kata Kamal dengan tiba tiba.

"Sejak bila pulak saya kurang ajar?Awak nak tahu tak Kamal?Saya tak takut la setakat awak buat macam ni je."

Erina sudah lama memerhatikan Kamal.Lelaki itu seperti ingin menjatuhkan Arien.

Erina berjalan menuju ke arah Kamal.Matanya memandang tepat ke mata lelaki itu.

"Kalau aku dapat tahu kau jatuhkan Arien,jangan harap kau dapat tengok dunia ni lagi."

Erina menolak Kamal yang menghalang laluannya.

####

Dania melangkah masuk ke dalam rumah Darien.Dia tidak pasti apa yang sudah dilakukan oleh kakaknya.

"Dania,awak ok tak?Saya tak sangka yang Anna akan buat awak macam tu."

Dania mengerutkan dahinya.

"Kau ni sihat ke tak?Tiba tiba ber awak saya dengan aku."

Darien memandang Dania dengan pelik.

"Awak dah ingat ke?"

Dania semakin bingung.

'Apa yang akak dah buat?'

"Saya...saya..ingat sikit sikit."

Dania terpaksa mengikut rentak permainan Erina.

"Anna tak bersalah.Saya yang ikut emosi."

Dania cuba membongkar apa yang telah terjadi.

"Tak bersalah?Tapi dia dah tampar awak!"

Dania tersentak.

'Sebegitu bencikah Anna kepada aku?'

"Oooh."

Dania terdiam.

'Maknanya Anna dah tampar Kak Erina.'

Dania mengepal penumbuknya.

"Anna kat mana sekarang?"

Darien mengeluh.

"Dia..dia masuk hospital.Entah siapa la yang pukul dia!Saya akan cari sampai dapat!"

Dania memandang Darien.Terbit senyuman sinis di wajahnya.

'Kak Erina..'

"Cinta?"

Darien membalas pandangan Dania.

"Mak..Maksud awak?"

Dania menggelengkan kepalanya.Dia ketawa.

"You love her.I can see it Darien."

Dania merasakan setiap patah perkataan yang dituturkan olehnya menyakitkan hatinya.

"No.Awak salah faham lah Dania."

Dania tersenyum pahit.

"Pergilah kepada dia Darien.Saya tak layak dicintai dan mencintai."

Darien mengerutkan dahinya.

"Apa maksud awak?"

Dania mengetap bibirnya.

"Nothing.Saya pergi dulu...Kirimkan salam saya kepada dia."

Belum sempat Dania melangkah pergi,Darien menarik gadis itu ke dalam pelukannya.

"Don't leave me.Saya tak sanggup kehilangan awak untuk kali kedua."

Dania kelu.Air matanya ditahan.Ditolaknya badan Darien dengan lembut.

"Fikir elok elok Darien.Awak lebih memerlukan siapa?Anna atau saya?"

Dania berjalan keluar.Dia tidak mahu menoleh ke belakang.

"Saya..lepaskan awak Darien..Pergilah kepada orang yang awak cinta."

Air mata Dania mengalir laju.

Hanya satu yang Dania pasti...bukan kehendaknya untuk melepaskan..tapi dia terpaksa.

####

Erina memandang Dania dari jauh.Dia melihat Dania menangis.

"Sebab tu akak tak bagi Dania jumpa dia...Dania tak kuat.."

Erina bersandar pada keretanya.

"Cik muda ok tak ni?"

Erina memandang Zafran.

"Saya ok.Zafran,cari di mana Evan bersembunyi sekarang."

Zafran mengangguk.Sudah 5 tahun dia bekerja dengan Erina.Sepanjang tempoh itu dia melihat seorang perempuan yang langsung tidak kenal erti takut.Bagi Erina,pandai buat pandailah tanggung.

"Cik muda,bila cik muda nak bagitahu Cik Dania pasal..."

Senyuman manis terukir di wajah Erina.

"Satu hari nanti dia akan tahu.Bukan dia sahaja..tapi Arien sekali.Yang saya pasti..ini bukan masa yang sesuai.Dia perlukan sokongan saya buat masa ni.Saya nak tengok Arien dan Dania hidup bahagia..."

Erina melepaskan keluhan berat.

"Tangan saya nampak bersih tapi tangan inilah yang banyak meragut nyawa orang lain.Saya tak nak Dania jadi macam saya."

Zafran menundukkan pandangannya.

"Tuan muda..dia sayangkan cik muda."

Erina ketawa.

"Saya tahu.Tapi saya tak berhak untuk kasih sayang dan perasaan cinta dia tu."

Erina memandang dedaun yang gugur.

"Cinta tak semestinya memiliki,Zafran.Jom,kita mesti jejak Evan sebelum terlambat."

Zafran akur.

"Baiklah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience