Bab 6

Romance Series 14272

Arien memegang kepalanya yang dirasakan semakin memberat.

"Tuan ok?"

Dia memandang Erina lalu mengangguk.

"Tipu."

Erina keluar dari bilik itu.Dua minit kemudian dia datang membawa makanan, ubat dan air.

"Tuan makanlah."

Arien menggeleng.

"Aku ada banyak lagi kerja yang perlu dibuat."

Erina mengetap giginya.

"Saya tak peduli!"

Ditariknya Arien ke sofa.

"Duduk."

Arien menurut.Badannya terasa lemah.

"Tuan...buka mulut."

Erina menyuapkan bubur nasi yang dimasaknya ke dalam mulut Arien.

"Aku dah ok..."

Erina tersenyum.

"Tuan baru makan satu suap.Tuan hanya perlu makan sembilan suap lagi."

Arien memerhati Erina.

'Kenapa kau tolong aku?'

"Ni ubat untuk tuan.Tuan makan dulu.Saya nak ambil benda."

Arien menelan ubat yang diberikan oleh Erina.

"Badan tuan panas,letakkan kain ni di atas kepala tuan."

Arien memegang tangan Erina yang sedang meletakkan kain di atas kepala Arien.

"Ni bukan kerja kau...kenapa kau tolong aku?"

Erina tersenyum manis.

"Sebab,saya dah anggap tuan lebih daripada bos."

Arien kelu.

"Maksud kau?"

"Saya dah anggap tuan macam kawan saya."

'Kawan?'

Tiada langsung istilah kawan dalan kamus hidupnya.Yang ada hanyalah musuh dan dendam.

"Kawan?"

Erina mengangguk.

"Boleh saya berkawan dengan tuan?"

Perlahan lahan Arien mengangguk.Bibirnya mengukirkan senyuman.Arien merasakan itulah senyuman pertama yang ditunjukkannya dengan ikhlas.

"Kau kena jumpa Darien."

Erina mengeluh.

"Tuan sakit."

Arien bangun.

"Aku... dah ok sikit."

"Janji dengan saya yang tuan akan jaga diri tuan."

Arien tersenyum.

"Aku janji."

Dia merasakan dia orang yang berbeza apabila berada bersama Erina.

'Kenapa aku jadi lemah di hadapan kau?'

###

Erina melangkah masuk ke dalam rumah yang tersergam indah itu.

"Dania!"

Dia dipeluk oleh seseorang yang pastinya dia tidak kenal.

"Maaf,saya bukan Dania.Boleh saya berjumpa dengan Encik Darien."

"Saya di sini."

Erina memandang Darien.

"Apa semua ni?

"Kita dulu kawan baik Erina."

Erina berpura pura ketawa.

"Saya baru je kenal encik dua hari lepas."

Darien menunduk.

"Awak hilang ingatan selepas kemalangan tu kan?"

Erina berdehem.

"Kalau inilah yang encik nak bincangkan...baik saya minta diri dulu...Tuan Arien sakit."

"Apa hubungan awak dan Arien?"

Erina tersenyum.

"Bos dan pekerja....kawan."

Erina mendekati Darien.

"Saya tak kenal siapa sebenarnya Anna tapi...yang pastinya dia asyik jeling saya.Kalau dia tunang awak...cakap kat dia..saya bukan perampas."

Bisik Erina.

Darien terpempam.Matanya tajam memandang Anna.

"Dania please..."

"Darien...saya tak pernah jumpa Dania..tapi saya yakin yang dia ialah orang yang istimewa buat awak.Tapi...saya bukan Dania.Saya Erina."

Erina berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience