Erina menumbuk bantal yang tidak bersalah itu berkali kali.
"Arien!"
Dia menumbuk bantal itu sekali lagi.Erina tersandar pada dinding.Mukanya masam apabila teringatkan apa yang diberitahu oleh Arien sebentar tadi.
"Awak nak apa?"tanya Erina kepada Arien yang sedang bersandar pada pintu rumahnya.
"Nak awak."
Erina menghadiahkan jelingan tajam kepada Arien.
"Saya takde masa la nak layan semua ni."
Arien tersenyum manis.Mata hazelnya memerhatikan wajah ayu Erina.
"Masa saya sentiasa ada untuk awak Erina.Maaf la kalau saya curi masa awak,saya cuma nak cakap selamat tinggal je."
Langkah Erina terhenti.Niatnya untuk meninggalkan Arien terhenti akibat kata kata lelaki itu.
"Apa maksud awak?"
Arien ketawa kecil.Dia menarik hidung Erina.
"Sayang jugak ye awak pada saya!"
"Sakitlah!"
Erina mengusap hidungnya.Pasti sudah merah.
"Saya kena pergi ke Korea selama 3 tahun."
Erina menundukkan kepalanya.Hatinya sayu.
'Dah kenapa dengan aku ni?'
"Bila awak akan pergi?"
Arien tersenyum.
"Khamis ni."
Erina sekadar menganggukkan kepalanya.Kenapa dia berasa berat hati untuk melepaskan lelaki itu.
"Bila awak nak balik rumah awak?"kata Erina.
Dia mahu Arien cepat cepat pergi dari rumahnya.Dia perlu tenangkan dirinya.
"Halau nampak.Saya dah nak pergi ni..bye."
Erina hanya memandang kelibat lelaki itu menaiki kereta dan meninggalkannya.
Hujan yang turun dengan lebat menyedarkan Erina dari lamunannya.
Sayang?Adakah dia telah melanggar peraturan hidupnya sendiri?Erina menggelengkan kepalanya.
"Baguslah kalau Arien akan ke luar negara.Dan...bertunang.Tenang sikit hidup aku."
Namun Erina tidak pasti,betulkah itu kehendaknya.Bunyi ketukan pintu mengganggu Erina.
"Masuk!"laungnya.
Dilihatnya Dania berjalan ke arahnya dan duduk di sisinya.Erina mengusap usap pipi adiknya itu.Itulah satu satunya harta yang paling berharga dalam hidupnya selepas ibu mereka membuangnya.
"Ada apa Dania cari kakak ni?"
Dania memandang tepat ke arah mata Erina.
"Betul ke akak takde perasaan terhadap Abang Arien?"
Erina tersenyum mendengar soalan adiknya.Adiknya itu kelihatan amat rapat dengan Arien.
"Ada.Perasaan seorang kawan.Kenapa?Adik suka dia?"
Cepat cepat Dania menggeleng.Memang dia akui Arien itu kacak namun dia ingin lelaki itu menjadi abang iparnya bukan suaminya.Lebih lebih lagi Arien dan Erina nampak sepadan.
"Taklah.Adik tanya saja je."
Senyuman Erina padam apabila mendapat panggilan daripada Megat Amin.
"Adik,keluar kejap boleh.Akak ada hal penting."
Dania akur.Wajah Erina serius tiada tanda tanda ingin bergurau.Setelah pintunya dikunci,Erina menjawab panggilan itu.
"Maaf sebab lambat angkat.Ada apa Megat Amin?"
"Saya nak minta tolong kamu."
Erina tersenyum.Lelaki itu telah banyak menolongnya,inilah masanya untuk dia membalas budi Megat Amin.
"Apa?"
Erina hampir terduduk mendengar permintaan Megat Amin.
"Kamu perlu lindungi Arien sewaktu majlis pertunangannya berlangsung."
Erina menarik nafas panjang.Dia cuba tenangkan dirinya.
"Dia akan bertunang dengan siapa?"
"Ain Syafiqah,anak Datin Suri."
Erina terduduk sebaik mendengar nama itu.Air mata yang ingin mengalir ditahan.
"Baiklah Megat.Saya akan telefon kemudian."
Talian diputuskan.Erina duduk memeluk lututnya.
"Ibu.."
Dia tidak sangka yang ibunya akan tunangkan Ain Syafiqah iaitu kakak tirinya dengan Arien.
Mahu sahaja dia meraung namun dia masih mampu menahan.Dia perlu tunjukkan yang dia ni kuat.
Erina mengepal penumbuknya.Perlahan lahan dia ketawa.
"Aku tak layak untuk dicintai."
###
Gaun berwarna kuning itu dikenakan pada tubuhnya.Erina memandang gambar keluarganya yang diambil 8 tahun yang lepas.Pemetik api yang berada di atas meja diambilnya.Api yang menyala itu mula membakar gambar itu.
"Kamu nak ke mana Dania?"
Dania yang memakai gaun berwarna biru itu berdiri di hadapan Erina.
"Ibu ajak Dania pergi majlis pertunangan Kak Ain.Tak sangka dia akhirnya bertunang jugak."kata Dania dengan perasaan teruja.
Senyuman sinis menghiasi wajah ayu Erina.
"Akak nak pergi mana cantik cantik ni?"
Erina menepuk lembut bahu Dania.
"Takkan akak tak boleh pergi majlis tu?"
Dania kelihatan serba salah.
"Akak pergi dengan kami ke?"
Erina ketawa.Pergi dengan ibunya?Jangan haraplah ibu akan benarkan dia ikut.
"Well,you know the answer.Akak pergi dengan kawan akak."
Dania mengangguk.
"Ke akak pergi dengan Abang Arien?"usik Dania.
Bunyi hon menghentikan perbualan dua beradik itu.
"Ibu dah sampai.Dania pergi dulu akak!"
Pipi Erina diciumnya.Mata Erina memerhatikan adiknya itu sehingga kelibat Dania hilang dari pandangannya.
"Akak tak pergi dengan Arien."
###
Arien menumbuk dinding biliknya.Kemarahan menguasai dirinya.Megat Amin membuat keputusan tanpa memberitahu dirinya.
"Don't try to hurt yourself."
Arien tersentak.Dia berpaling ke arah balkoni.
"Erina,bila awak sampai?"
Erina memandang jam tangannya.
"3 jam yang lepas and saya tunggu awak dalam bilik ni selama 30 minit."
Arien duduk di atas katilnya.
"Papa buat keputusan tanpa memberitahu saya."
Erina memandang wajah Arien yang sayu itu.Riak itu jelas menunjukkan yang lelaki itu berada dalam kesedihan tapi...tiada siapa tahu dia lebih sedih dengan apa yang berlaku.Mungkin benar dia telah melanggar peraturan yang dibuat olehnya.
"Tunang awak tu cantik.."
Arien cuba memandang mata Erina namun gadis itu mengalihkan pandangannya.
"Awak lagi cantik daripada orang lain Erina."
Erina cuba tersenyum walaupun ia amat pedih.
"Ayat awak tu dah lapuk lah.Don't worry,saya kenal dia...dia kakak tiri.."
Mata Erina membulat.Dia menutup mulutnya dengan tangannya.Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata nak undur macam mana?
"Apa yang awak cakap?Kakak tiri?"
Erina menggeleng.
"Tak..saya takde cakap kakak tiri pun.Awak ni pekak eh?"
Arien menarik Erina supaya dekat dengannya.
"Saya tak pekak lagi Erina.Saya akan jadikan awak milik saya."
Arien ditolak dengan kasar.
"So what?Ada saya kisah?Jom pergi,majlis akan bermula tak lama lagi."
Arien melemparkan pasu ke arah dinding.Erina yang baru sahaja melangkah keluar daripada bilik itu kaku.
"Takdir yang menentukan segalanya Arien."
Erina memejamkan matanya.Dia perlu kuat.Inilah jalan yang dia pilih dari mula.Langkah diatur ke dewan.
Suasana amat meriah.Matanya menangkap kelibat ibu dan kakak tirinya.Dania duduk di sisi ibunya.Megat Amin rancak berbual dengan ibunya.
Perlahan lahan dia melangkah ke arah Megat Amin.
"Megat,dia dah ready."kata Erina.
Pandangan adik beradik dan ibunya terarah kepadanya.
"Erina?Kau buat apa kat sini?"
Riak wajah Ain jelas menunjukkan yang dia tidak suka dengan kehadiran Erina.
"Kamu semua dah kenal satu sama lain?"tanya Megat Amin.
Erina diam tidak menjawab.Mata ibunya tajam memerhatikannya.
"Tak.Siapa dia ni Megat?"
Megat Amin tersenyum mendengar soalan itu.
"Anak angkat saya.Dia dah banyak tolong saya selama ni."
Ain mencebik.
"Saya rasa Megat dah boleh buang dia."kata Datin Suri.
Erina tersenyum kelat.Dia tahu betapa bencinya Datin Suri terhadapnya.
"Saya tak akan benarkan!"
Arien berdiri di sisi Erina.Wajahnya dingin.Langsung tiada senyuman.
"Calm down Arien.Itu tunang kamu."
Arien tersenyum sinis.
"Arien takde tunang yang sombong!"
Dania berdiri.Dia memandang ke arah ibunya.
"Kak Ain...akan bertunang dengan Abang Arien ke?"
Datin Suri mengangguk.Ain tersenyum membayangkan indahnya hidupnya nanti.Bertunang dan berkahwin dengan anak Tan Sri.
"Dania tak setuju!"
Erina tersentak.Dia mengetap giginya.
"Dania!"kata Erina dengan tegas.
"Arien tak nak bertunang dengan Ain!Batalkan perkahwinan ni!"
Megat Amin berdiri.Mahu sahaja dia menumbuk Arien.
"Habistu,kamu nak bertunang dengan siapa?!"
Arien memandang Erina.Gadis itu kelihatan sedih.Bukan seperti biasa.
"Erina."
Erina masih lagi diam.
"Kamu akan menyesal kalau berkahwin dengan dia!Dia bunuh suami saya!"
Air mata Erina akhirnya mengalir.
"Apa hubungan Erina dengan kamu Suri?"tanya Megat Amin.
"Dia..anak saya.Tapi dia dah bunuh suami saya!"
Megat Amin terdiam.Dia mendekati Erina.Ain dan Datin Suri tersenyum sinis.
"Shhh..jangan nangis Erina."
Ain dan Datin Suri tersentak.
"Arien,papa tak izinkan Arien bertunang atau berkahwin dengan perempuan lain selain Erina!"
"Arien tak..Tunggu,apa papa cakap tadi?"
"Papa izinkan kamu buat pilihan kamu.."
Arien tersenyum.
"Saya pergi dulu Megat."
Erina menarik tangannya dari genggaman Arien.
"Erina.."panggil Arien.
"I'm not a doll.I'm human.I still alive.."
Erina berlari keluar.Arien laju mengejarnya.
"Cepat cik muda!"
Erina tersenyum.Dia menutup pintu kereta itu.
"Thank you...Zafran.."
Share this novel