Dania tersenyum.
"Kenapa kau datang ke sini?"tanya Dania kepada Farhan yang berada di sisinya.
"Aku datang ke sini untuk menuntut janji lama."
jawab Farhan bersahaja.
"Janji lama?Maksud kau?"
Farhan diam.Dia memandang mata Dania.Dia memejamkan matanya.Pedih..
"Farhan kenapa ni?"tanya Dania.Dia agak bimbang melihat kelakuan Farhan.
"Kau..tak ingat atau buat buat lupa?"tanya Farhan.Tidak menjawab pertanyaan Dania.
"Farhan.."Dania menunduk.Mengapa lelaki ini membangkitkan hal lama yang sudah lama dia kuburkan di dalam hati?
"Dania...aku.."
Dania tidak memandang Farhan.
"Aku dah berjaya buat apa yang kau minta dulu.."kata Dania.Farhan mengetap giginya.
"Betul...kau cintakan Darien?"
Dania mengangguk.
"Dan kau pasti perasaan kau pada aku dah lama hilang?"Soal Farhan lagi.
Dania terdiam.Kelu.
Aku pasti yang aku cintakan Darien tapi..bisik hati Dania.
"I.."
Dania berjalan meninggalkan Farhan.Cinta?Aku masih cintakan Farhan ke?Dania mula sangsi dengan perasaannya.
"Dania,watch out!"Dania tergamam.
Pinggangnya dirangkul oleh Farhan.Kini dia berada di dalam dakapan lelaki itu.Farhan melepaskannya.
"Cuai!Bila kau nak berubah?Tak habis habis buat aku rasa macam nak mati!Dulu,kau pergi ke rumah Darien dengan keadaan sakit!Nasib baik Kak Erina ada!"marah Farhan.
Dania tersentak.Farhan dipandangnya tajam.
"Kau stalk aku ke?"
Farhan terdiam.Dia menarik Dania ke taman.
"Kau lapar?"tanya Farhan.
"Tak.Jawab soalan aku Farhan.Kau stalk aku ke?"
Diam.Farhan memandang Dania.
"Kau stalk aku Farhan..Kenapa.."
"Sebab aku masih cintakan kau!"kata Farhan.Dania kaku.
"Tapi kau yang minta.."
"Aku ingat kau dah kenal aku Dania.Aku dah berjanji yang aku akan mencintai kau selagi aku masih hidup.Mulut kata benci tapi hati berkata cinta.Aku terpaksa Dania.."
Dada Dania sesak.'Cinta?'
Bunyi telefon Dania memecahkan kesunyian antara mereka.
"Darien call?"tanya Farhan.Lelaki itu mengeluh.
Perlahan lahan dia berjalan meninggalkan Dania.
"Farhan.."panggil Dania.Lelaki itu berhenti melangkah.
"Beritahu aku..kenapa kau tinggalkan aku?"Dania mendekati Farhan.
"Kenapa dulu kau tinggalkan Darien?"tanya Farhan pula.
"Kerana persahabatan..Kau tinggalkan aku sebab persahabatan kita?"soal Dania yang masih bingung.
Farhan mengangguk."Kerana persahabatan aku dan kau.Aku tahu kau sukakan Darien.Bukan aku."
Dania menampar pipi Farhan.
"Bodoh!Kalau betul aku sukakan Darien kenapa dulu aku bagai nak gila minta kau jangan putuskan hubungan dengan aku?"
Dania menahan air mata yang ingin keluar.
"Aku.."Farhan kelu.Dia tidak dapat membantah kata kata Dania.
"Lama aku tunggu kau Farhan.Terlalu lama sehingga aku sukakan Darien dan baru sekarang kau muncul?"
Farhan diam.Telefonnya berbunyi.
"Sekejap."katanya kepada Dania.
Dania hanya memandang Farhan.Lelaki yang dulunya memikat hati perempuannya.Yang selalu ada dengannya.
"Bila kau nak balik Malaysia?"tanya Farhan secara tiba tiba.
"Ikut suka aku la nak balik bila."jawab Dania dengan dingin.
"Kak Erin..tanya."
Dania mengerutkan dahi.
"Macam mana kau boleh kenal kakak aku sedangkan aku tak pernah pun beritahu kau pasal dia."
Farhan merenung mata Dania.
"Tak semuanya perlu dikongsi.."
###
Erina membuka matanya.Sejuk..Pintu kereta dibuka.Pukul 3 pagi..dia melarikan diri.Entah apa yang merasuknya.Mungkin kerana memori silam yang amat ditakutinya.
Share this novel