Bab 19

Romance Series 14272

Erina memandang pinggannya.Nasib baik Megat Amin ada bersama mereka kalau tak dah arwah Arien dikerjakannya.

"Kenapa tak makan lagi Erina?"tanya Megat Amin.

"Emm,banyak sangat ni Megat."

Megat Amin ketawa.

"Kamu akan jadi menantu papa Erina.Jangan panggil Megat tapi panggil papa."

Erina hanya mengangguk.Arien mengeluarkan jus tembikai lalu diletakkan di hadapan Erina.

"Kenapa tak makan lagi?"

Erina menjeling Arien.

'Boleh pulak dia tanya aku kenapa?'

"Ada orang tu letak nasi dan lauk macam nak bagi 10 orang makan."

Arien ketawa.Lelaki itu duduk di sebelah Erina.Dia mengalihkan pinggannya ke tepi.

"Awak nak buat apa?"tanya Erina yang pelik melihat kelakuan Arien.

"Jom,kita kongsi."

"Hah?"

"Papa!"

Arien menyumbat ayam ke dalam mulut Erina.

"Banyak cakap pula.Makan cepat!"

Megat Amin menggelengkan kepalanya.

'Aku tak kenal budak ni.'kata Megat Amin di dalam hati.

Mata Erina terbeliak.

"Arien!"

"Yes?"

Erina terdiam.Tiba tiba dia berdiri.

"Saya nak ke tandas sekejap."

Erina berjalan ke tandas.Pintu tandas ditutup dengan pantas.Tangannya memegang dada kirinya.Dia mengetap giginya.Keperitan itu tidak dapat ditahannya.Erina terduduk.Pintu tandas diketuk.

"Cik Erina,ini saya..Zafran."

Erina membuka pintu.

"Ubat cik dan air."

Erina menelan ubat itu dengan pantas.Dia bersandar pada dinding.Perlahan lahan senyuman terukir di wajahnya.

"Terima kasih Zafran."

Zafran hanya mengangguk.Erina melangkah ke meja makan.

"Arien,awak minum air saya ye?"

Arien hampir tersedak mendengar pertanyaan Erina.

"Err..saya..air ni.."

Erina ketawa melihat Arien yang menggelabah.

"Papa,Erina kena pergi dulu.Ada hal penting."

Megat Amin mengangguk.Erina berjalan ke arah keretanya.Baru sahaja dia ingin masuk ke dalam kereta tangannya ditarik.Dia hampir saja terjatuh namun sempat disambut oleh Arien.Wajah Erina merah padam.Erina menolak Arien.

"Ada apa Encik Arien?"

Arien tersenyum apabila melihat Erina malu.Gadis itu banyak berubah tapi sikap malunya tetap ada.

"Awak nak ke mana?"

"Ada lah."

"Saya ikut!"kata Arien.

"Itu pun kalau awak berjaya ikut."

Arien tersenyum.Dia mengangkat Erina lalu diletakkan di sebelah tempat memandu.

"I will drive."

"Awak ni memang suka paksa orang kan?"

"Memang pun!"jawab Arien laju.

Erina hanya mampu menggelengkan kepalanya.

###

Arien berdiri di tepi kereta.Dia ingin mengatakan sesuatu namun tidak terluah.

"Kenapa awak diam Arien?"

Arien hanya menggelengkan kepala sambil memberikan Erina senyuman.

"Cantik kan?"tanya Erina

"Hah?"

"Saya tahu apa yang awak fikir Arien.."

Arien mendekati Erina.Dia tersenyum.

"Awak dah berbeza Erina."

Erina ketawa.

"Dulu awak pernah beritahu saya,pengalaman akan membuatkan kita semakin matang.."kata Erina.

Arien menarik Erina ke pangkuannya

"Awak dah habis belajar kat US?"

Erina mengangguk.

'Dua tahun saya pergi dan awak berubah Arien.Berubah selepas awak selamatkan saya dan Dania.'kata Erina dalam hati.

"Kenapa ni Erina?Diam je.Ada perkara yang saya tak tahu ke?"

Pantas Erina menggeleng.Biarlah hal itu menjadi rahsia.

"Arien,ingat tak masa kita kecil kecil dulu?"

Arien mengangguk.

"Dulu,saya macam orang gila!Bukan main dulu kita nak ajak dia main dan berkawan dia tolak."

Erina ketawa.

"Tapi saya terima kan?"kata Erina.

"Lepas saya tak layan awak!"

Arien tersenyum manis.

"I love that moment."

Wajah Erina tiba tiba masam.Arien memandangnya pelik.

"Kenapa Erina?"

"Kenapa dulu awak bencikan saya?"

Arien mengerutkan dahinya.

"Benci?Bila pulak?"

Erina mengeluh.

"Dulu awak selalu buli saya,marah saya.Bercakap pun guna aku kau."

Arien mendekatkan wajahnya ke wajah Erina.Jantung Erina berdegup kencang.Dia dapat merasakan nafas Arien.

"Saya cintakan awak sejak mula mula kita bertemu.Saya hanya nampak awak menganggap saya sebagai kawan,tak lebih daripada itu.Jadi,saya ambil keputusan untuk letakkan jurang antara kita.Sebab tu saya buat semua tu.I tried to hate you but I can't."

Erina tersenyum.Lesung pipitnya jelas kelihatan.

"Same with me."

Arien tersenyum.

"No matter how you hide it,it will appear when you smile.And I love it."

###

Dania mengeluh.

"Kalau Anna curang dengan Darien..."

Dania duduk di bangku yang disediakan di taman itu.Kepalanya pening memikirkan hal ini.Baru sahaja dia ingin melupakan Darien,ada masalah lain pula yang menimpanya.Dania memejamkan matanya.

'Aku perlu yakin dengan keputusan aku.Aku kena tinggalkan dia.'

Matanya dibuka.Dania melangkah ke sebuah rumah kecil.Pintu dibuka.Senyuman terukir di wajah ayu itu.

'Rumah ni masih sama macam dulu..'bisik hatinya.

"Kalaulah aku dapat kawal perasaan aku,pasti kita semua tak jadi macam ni.."

Air mata Dania jatuh ke gambar yang dipegangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience