Bab 12

Romance Series 14272

Evan melemparkan pasu bunga itu ke arah dinding sehingga pecah.

"Evan,kau gila ke?!"kata Ray.

"Ya,aku gila!Gila sebab Arien dan Erina!Kita patut bunuh Erina dulu!Dia penghalang segala rancangan kita!"

Ray diam.Dia tidak dapat menafikan apayang dikatakan oleh Evan itu adalah salah.Arien sorang pun susah untuk ditewaskan ini pula ditambah dengan Erina.

"Dari dulu lagi aku cadangkan kau bunuh dia kau tak nak!"kata Ray.

Evan meraup rambutnya ke belakang.Dia tahu itu salahnya.

"Tuan...emm."

Aiman berdiri di hadapannya.

"Apa?"

Aiman menelan air liurnya terlebih dahulu.

"Erina dah bunuh 60."

Evan menumbuk dinding.

"Aku akan bunuh kau Erina!"

###

Arien memegang dadanya yang terasa amat menyakitkan.Botol yang berada di atas meja diambilnya.

Terketar ketar tangannya menuang ubat.Dengan pantas dia menelan ubat itu.Peluh menitik di dahinya.

"Kau buat apa kat sini Zafran?"

Zafran mendapatkan Arien.

"Tuan muda ok tak?"

Arien mengangguk.

"Bukan ke aku suruh kau lindungi Erina?"

Zafran menunduk.

"Cik muda suruh saya temankan tuan muda.Dia cakap jangan ikut dia."

Arien bersandar pada dinding.Rasa sakit di dadanya sedikit sebanyak menghilang.

"Ubat apa ni tuan muda?"

Arien merampas kembali botol ubat yang berada di tangan Zafran.

"Ubat sakit kepala Kadang kadang aku akan sakit kepala...sebab Erina."

Zafran tersengih.

"Zafran,tolong panggil Haikal masuk.Kau boleh keluar.Jaga Erina dan jangan sesekali tinggalkan dia."

Zafran mengangguk sebelum keluar.Setelah 2 minit berlalu Haikal pula masuk ke dalam biliknya.

"Tuan,ok tak ni?"

Arien tidak menjawab.Sebaliknya dia pula yang menyoal Haikal.

"Kau dah jumpa Evan?"

Haikal mengangguk.

"Tepat tekaan tuan dan satu lagi tuan..."

Arien memandang Haikal.

"Apa?"

"Dia cuba nak bunuh Erina."

Arien tergamam.

"Haikal,cari lokasi Erina sekarang!"

Arien berlari ke keretanya.

Pistol yang berada di dalam pejabat diambilnya.

Kalau Evan mahu membunuh Erina,pasti lelaki itu sudah mengirimkan orang orangnya.

###

Erina memegang kepalanya yang berdarah.

"Menyesal la pulak tak suruh Zafran ikut."

Erina menendang lelaki yang menyerangnya tadi.Dengan pantas dia merampas pisau lelaki itu.

Ditikamnya lelaki yang cuba menyerangnya dari tepi.Darah pekat melekat di tangannya.

Erina mendekati lelaki yang ditendangnya tadi.

"Cakap kat bos kau...aku tak akan kalah dengan mudah."

Dia menikam bahu kanan lelaki itu.

"Pergi!"

Erina terduduk.

Dia memandang darah yang ada di tangannya.
Erina berdiri.Dia sudah biasa membuat begitu.Kenangan silam kembali bermain di mindanya.

"Ayah!Lepaskan Dania!"

Erina menolak ayahnya.Dia memeluk Dania yang menangis

"Dasar anak tak guna!"

Ayahnya menendangnya.Satu tumbukan dilepaskan ke pipi putih itu.

Darah mengalir keluar dari hidung Erina.Belum sempat dia menarik nafas,ayahnya menendang perutnya.Darah keluar membuak buak dari mulutnya.Erina rebah.Pasu bunga dihempaskan ke kepala Erina.Kini dia benar benar lemah.

"Ayah,jangan pukul akak!"

Rambut Dania ditarik.Ditamparnya pipi mulus itu sehingga merah.

Erina bangkit perlahan lahan.Dia memandang adiknya yang dipukul oleh ayahnya.Dania sudah pengsan.Kemudian pandangannya beralih ke arah pasu yang pecah tadi.Dia mengambil cebisan pasu yang tajam itu.

"Kau,dasar lelaki tak guna!"

Erina menikam dada seorang lelaki yang bergelar ayah.

"Aku benci kau!"

Berkali kali Erina menikam dada ayahnya sehingga lelaki itu kaku tidak bergerak.

Erina terduduk.Tangannya terketar ketar.

"Ayah...Erina tak sengaja..."

Ibu mula membencinya sejak kejadian itu.Erina pasrah,asalkan Dania masih lagi selamat.

"Erina...Erina..berani betul kau ni ye.."

Satu suara menyedarkan Erina daripada khayalannya.

"Evan..lama tak jumpa kau."

Evan ketawa.

"Kau ni kan..tak serik serik lagi.Kau tak ingat ke apa yang jadi 5 tahun yang lepas?"

Erina mengetap giginya.Dia masih lagi mampu tersenyum.

"Aku rasa macam tak percaya bila Arien selamatkan kau.Siapa kau sebenarnya?Bodyguard?Kawan atau..kekasih?"

Evan memandang Erina yang memegang pisau tajam.

"Agak agak..macam manalah reaksi Megat Amin kalau dia tahu siapa yang hampir.."

Erina ketawa secara tiba tiba sehingga membuatkan Evan pelik.

"Kau ingat aku takut ke Evan?Kau ingat macam mana kau layan aku dulu?Macam mana kau buang aku?!"

Erina menggelengkan kepala.Dia meraup wajahnya.

"Kau cuba bunuh aku Evan.."

Lelaki itu mengangguk.Matanya tajam memandang Erina.

"Tapi disebabkan kesilapan itu lah aku diburu oleh Arien!Sebab kau!"

Hujan mula turun.Kini Erina berhadapan dengan Evan.Hanya mereka berdua.

"Aku tak akan biar kau apa apakan Arien."

Kini giliran Evan pula ketawa.Dia menolak mayat orang bawahannya menggunakan kaki.

"Kau nak halang aku?Dah lama aku bagi kau peluang Erina,tapi itulah...kau ni semakin lama semakin menyusahkan aku."

Evan semakin mendekati Erina.

"Dan sekarang,aku terpaksa kotorkan tangan aku untuk hancurkan tembok penghalang kejayaan aku selama ini."

Evan menghalakan pistol ke arah Erina.

"Tak semudah itu Evan."

Satu tumbukan dilepaskan pada tulang rusuk kanan Evan.Arien memandang Erina.

"Jangan jadi gila boleh tak?!"marahnya.

Arien menendang perut Evan.

"Lari!"

Erina menggeleng.Perhatian Arien beralih kepada Erina.Evan menggunakan peluang itu sepantas yang mungkin,dia menyiku kepala Arien sehingga membuatkan dia hampir rebah.

Arien ditumbuk berkali kali.Erina menumbuk Alex.

"Jangan masuk campur Erina!"

Erina memandang Alex.

"Kau ni pembelot Alex!Kau khianat kawan kau sendiri!"

Alex memegang kedua dua tangan Erina.

"Semuanya sebab aku cintakan kau!"

Erina tergamam.Namun apabila melihat Arien yang sedang berlawan dengan Evan,dia kembali sedar.

"Maaf la..tapi cik muda tak akan pernah suka kau!"

Zafran menendang Alex.

"Cik muda,saya nak work out kejap."

Erina mengangguk.

"Settlekan dia."

Erina memandang Evan.Dengan pantas Erina berlari ke arah Arien.

"Erina!"

Erina rebah.Dia memegang perutnya yang mengeluarkan darah.

Arien memeluk Erina.

"Aku akan ajar Evan."kata Haikal.

Arien tidak menjawab sebaliknya dia mengangkat Erina ke keretanya.

"Please stay Erina."

Erina tersenyum dalam kesakitan.Dia mengusap wajah kacak Arien.

"Saya..."

Arien memandu keretanya dengan laju.

"Jangan bercakap!"marah Arien.Namun sebenarnya risaukan Erina.

"Min.."

Darah membuak buak keluar dari mulut Erina.Arien menggenggam tangan Erina.

"Please,bertahan."

"..ta..maaf."

Nafas Erina tidak teratur.Dia memejamkan mata,dia tidak lagi mampu menahan keperitan ditembak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience