Erina turun ke meja makan.Dilihatnya Anna sedang minum jus oren.
'Kat sini rupanya kau.'
"Hai Anna!"
Senyuman palsu terukir di wajah Erina.
"Kau nak apa hah Dania?Tak cukup lagi ke kau hancurkan rumah tangga aku!"
Erina mengepal penumbuknya.Senyuman sinis menghiasi wajah ayu itu.
"Aku penyebabnya?Kau lupa ke?Kau yang lari tinggalkan Darien.Kau sendiri yang berikan aku peluang untuk lebih dekat dengan Darien."
Anna menampar Erina.Erina menggigit bibirnya.
'Kau ingat kau boleh menang?'bisik Erina di dalam hatinya.
"Dania!Are you okay?"
Darien melihat wajah Erina.Ada kesan merah akibat tamparan tadi.
"Anna,kau dah..."
"Enough!"tempik Erina.
"Saya rasa saya dah buat pilihan yang salah."
Erina berlari keluar dari rumah itu.
Darien cuba mengejar Erina namun semuanya terlambat.Erina sudah pergi tinggalkan mereka dengan menaiki kereta.
"Apa masalah kau ni Anna?!"
Darien meraup wajahnya.Amarahnya masih dapat dikawal.
"I..I tak bersalah..."
Darien memandang Anna dengan penuh benci.
"Aku...benci..kau.Now get out from here!"
Mata Anna mula berkaca.
"Tapi Dar.."
"Get out!"
Anna berlari keluar.Dia mengharapkan supaya Darien mengejarnya tapi hampa.Bayang lelaki itu pun dia tidak nampak.
"Hey.."
Sebaik sahaja dia berpaling ke hadapan satu tumbukan melayang ke perutnya.
"Mmmmm,Anna....kau ni lemah lah."
Anna mengangkat pandangannya.
"Dania?"
Erina ketawa.Baginya,Anna hanyalah semut yang bila bila sahaja akan mati dipijaknya.
"Dania?Aku pun kau boleh kata Dania.Aku.."
Erina menumbuk pipi kanan Anna.
"Bukan..."
Kali ini pipi kiri perempuan itu pula ditumbuknya.
"Dania!"
Erina menendang perut Anna sehingga darah keluar dari mulut gadis itu.
"Kau..kau Dania."kata Anna sambil cuba menahan kesakitan yang amat memeritkan.
"Hmmm..aku tak suka ulang benda sama dua kali.Macam ni lah,kau boleh anggap aku sebagai Dania..."
Anna cuba bangun namun setiap pergerakannya hanya akan melemahkan lagi dirinya.
"Dania...dia..baik."
Erina tersenyum.Dia menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata kata Anna.
'Tapi sebab adik aku tu terlalu baik,kau fitnah dia!'
Erina berdiri di hadapan Anna.
"Dan,aku pula sisi jahat dia!"
Leher Anna dicekik.Apabila dilihatnya gadis itu tersiksa dia melepaskan cengkamannya.
"Sebab kau Dania merana!Aku akan siksa kau sedikit demi sedikit Anna..."
Dia memandang seorang lelaki yang berbadan tegap di sebelahnya.
"Selesaikan dia."
Lelaki itu mengangguk.
Erina mengelap tangannya dengan sapu tangan.Telefonnya di buka.
Terpapar gambar seorang lelaki yang segak.
"Maafkan saya...saya cintakan awak.."
Mata Erina berkaca.Bila bila sahaja tembok yang dibinanya itu akan runtuh.
Kereta dipandunya menuju ke suatu tempat.
###
Arien memandang fail yang berada di atas meja.
"Sya,boleh tak awak keluar dari bilik ni?"
Selepas Erina meletakkan jawatan,Syazana dipilih untuk menjadi PA baharunya.Tapi..jujur dia merasakan yang gadis itu cuba untuk menggodanya.
"Alaa,Sya cuma nak pastikan yang Arien ok je."
"Kalau itu yang dia arahkan,awak kena buat jugak."
Arien memandang ke arah perempuan yang sedang bersandar pada pintu biliknya itu.
"Erina?"
Erina tersenyum.
"Kau ni siapa?Kau tak reti ketuk pintu ke sebelum masuk."
Erina mendekati Syazana.Mata gadis itu ditatapnya.
"First,awak kena ikut segala arahan yang diberikan.Second,apabila awak perlu mendapatkan kebenaran daripada dia dulu sebelum lakukan apa apa.Panggil bos menggunakan nama?Amazing.Third,buat kerja yang perlu."
Erina mencapai buku yang berada di atas meja Arien.
"Itu peraturan PA dalam syarikat ni.Wow,jadual bos awak ni kosong je..."
Mata Erina tajam memandang Syazana.
"Saya dengar Tuan Arien kena jumpa klien pada pukul 2.00 petang.Betul ke tak?"
Arien mengerutkan dahinya.
"Is it true,Syazana?"
Syazana mengangguk.
"Sa.."
"Syazana,keluar dan buat kerja awak.Sekarang!"
Syazana tersentak.Dia berlari ke arah tempatnya dengan segera.
Erina tersenyum.Dia menongkat dagunya lalu memandang Arien.
"Jangan mulakan hari awak dengan keluhan.Smile!"
Arien membuat perkara yang sama dilakukan oleh Erina.
"Apa yang awak buat di sini?"
Erina ketawa.
"Saya cuma nak ambik barang barang saya je."
Arien menarik Erina supaya lebih dekat dengannya.
"Are you going to leave me?"
Erina tersenyum.Dia memejamkan matanya sebelum memandang wajah kacak Arien.
"Saya ...tak akan sesekali tinggalkan awak Arien."
Arien melepaskan Erina.
"Jadi..apa semua ni?"
Erina duduk di atas kerusi.
"Saya perlu selesaikan sesuatu.Untuk adik saya."
Arien memejamkan matanya.
"I can't bear to lose you yet."
Erina tersentak.
"A...Arien..."
Arien memandang tepat ke arah mata Erina.
"Saya nampak semua benda tu dalam mimpi saya.Saya ingatkan semua tu hanya mainan tidur.But then,I started to think.All your words.Semuanya ada kaitan dengan mimpi saya.Semua perbuatan awak."
Air mata Erina mengalir.
"Maafkan saya sebab lambat untuk ingat semuanya.Maafkan saya.."
Erina berdiri.Dia sudah tidak sanggup lagi.
"Stop hurting me Arien.Awak asyik minta maaf dengan saya walaupun awak tak bersalah."
Arien menyambut Erina yang hampir rebah.
"Semuanya salah saya Erina.Kalaulah saya tak terlalu ikutkan.."
Erina meletakkan jarinya di mulut Arien.
'Arien,awak masih belum ingat kejadian selepas malam itu...'
"Cukuplah awak beritahu saya semua ni Arien.Saya nak awak sentiasa bahagia. Kita tidak pernah sedar betapa berharganya masa pada saat itu dan kita akan menyesal kerana tidak menghargai masa itu dengan baik.Masa tidak dapat diundur,jadi hargailah ia.Saya menyesal sebab tak dengar nasihat awak sebelum ini dan sekarang..saya perlu gunakan masa yang ada untuk perbaiki semua kesilapan yang saya dah lakukan.But please remember that I will never leave you."
Erina keluar dari pejabat itu.Dia takut semakin lama dia berada di dalam pejabat itu,rahsianya akan terbongkar.
Erina memandang bingkai gambar yang disimpannya dengan elok supaya Arien tidak menjumpainya.
"Saya...minta maaf Arien."
Share this novel