Dania memegang dadanya.Nafasnya sesak.Peluh yang menitik dibiarkan.
"Kau cakap apa dengan Darien?"
Dania tersentak mendengar teguran kasar yang datang secara tiba tiba.
"An..Anna...aku cuma tanya pasal kerja je.Lama tak jumpa kau.."
Anna merenung Dania dengan tajam.
"Tak perlu jumpa pun takpe."
Anna melangkah masuk ke dalam pejabat Darien.
Dania mengelap air mata yang menitis.
Dia berlari ke arah kereta.
#####
"Get out from here Anna."Kata Darien dengan tegas.
Anna diam.Air matanya mengalir.
Darien kelu.Rambutnya diraup ke belakang.
"Apa yang awak nak lagi Anna?Bukan ke awak yang minta semua ni?"
Anna memegang lengan Darien namun lelaki itu menepis tangan Anna.
"Saya salah faham.Please,Darien.I need you."
Darien tersenyum sinis.
"Kalau awak perlukan saya,saya perlu ada untuk awak?Mana awak bila saya perlukan awak?"
Anna diam.
Darien berdiri.
"Anna..saya mengaku yang hati ini pernah dimiliki oleh awak dan hidup saya diwarnai dengan cinta awak.Tapi itu adalah perkara yang lepas."
Anna menggelengkan kepalanya.Dia memandang tepat ke mata Darien.
"No!Saya tak nak kisah cinta kita berakhir begini.Saya pasti awak masih cintakan saya."
Darien ketawa.Kemudian wajahnya serius.Tiada ketawa mahupun satu senyuman.Yang ada hanya pandangan tajam.
"Kisah cinta itu dah lama tamat.Cinta tu telah lama pudar daripada hati saya.Saat awak meninggalkan saya selama beberapa tahun...saya terseksa seorang diri."
Anna menahan air matanya yang hampir keluar.
"Saya dah datang Darien.."
Darien tersenyum.
"Saya tak perlukan awak Anna.Saya dah ada orang yang sentiasa ada bersama saya ketika saya kesedihan.Dia akan cuba ceriakan saya."
Darien tersenyum manis.Hati Anna sakit.Dahulu senyuman itu hanya untuknya.
"Siapa dia?"
Darien mendekati Anna.
"You know the answer."
Anna terduduk.
"Perempuan tu memang tak guna!Kenapa dia cuba rampas awak daripada saya?!"
Darien mendengus.
"Watch out Anna.Dia atau awak yang tak guna?"
####
Dania memandang bulan yang bercahaya.
"Kau buat apa sorang sorang ni?"
Pantas Dania menyapu air matanya.
"Buat bodoh."
Dania tersenyum.
Darien tergamam.Sinaran cahaya bulan sedikit sebanyak membolehkannya melihat wajah ayu Dania.
"Kau masih boleh tersenyum selepas hal itu?Kau ok tak?"
Dania ketawa apabila mendengar soalan Darien itu.
"Untuk apa aku bersedih sedangkan ia tidak boleh memberikan apa apa untuk aku.Aku dah lama kenal Anna.Sejak kecil lagi.Aku tahu yang dia tak akan maafkan seseorang itu dengan mudah kalau dia amat membenci orang itu."
Dania menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata katanya.
"Kalau boleh aku nak dia dengan rela hati berkawan semula dengan aku.Bukan kerana paksaan daripada mana mana pihak.Lagipun,aku kan ada kau."
Dania memandang ke arah Darien.
"Betul tak,Encik Pencuri Hati?"
Darien tersenyum.
"Kau masih panggil aku dengan gelaran tu."
Dania ketawa.
"Sebab kau memang layak untuk pegang gelaran tu.Aku pergi dulu.Ada banyak kerja."
Dania tersenyum manis memandang Darien.Namun matanya...menunjukkan bahawa dia sedang berduka.
Setelah Dania pergi Darien memandang bulan yang terang pada malam itu.
Dia tersenyum sinis.
"Kau memang tak pandai menipu Dania."
####
Darien berlari pantas ke arah Puan Emilia.
"Dania mana?"
Puan Emilia menangis teresak esak.
"Aunty tak tahu.Hanya kereta dia je yang dijumpai.Tu pun terbakar."
Darien terduduk.
"Saya...pasti yang dia masih hidup."
Share this novel