Bab 21

Romance Series 14272

Anna memegang pipinya yang sudah merah itu.

"Kau ni siapa hah?"tempik Anna.

Zafran berwajah serius di sebalik topeng yang dipakainya.

"Manusia.Aku akan bagi kau satu peluang je.Jangan kacau hidup Dania atau kau yang akan merana seumur hidup "

Anna tersenyum sinis.

"Kenapa?Kau nak buat apa?"

"Bunuh kau.."jawab seseorang.

Anna melihat seorang perempuan berhoodie yang memakai mask berwarna hitam menghampirinya.Rambutnya ditarik kasar.

"Sakit!!"

Anna menitiskan air matanya.Kepalanya terasa pedih.

"Tahu pula kau sakit ye.Macam mana kalau ada peluru yang masuk dalam jantung kau ye...Tak pun pisau...Hahahahaha.."

Anna mula merasa takut.

Tiba tiba Zafran menarik perempuan itu keluar.

"Apa yang kau buat kat sini Murni?"

Murni mendengus.

"Musuh Erina musuh aku jugak!"

Zafran mengeluh.

"Cik Erina tak akan setuju dengan apa yang kau buat ni.Dia tak akan benarkan kau kotorkan tangan kau untuk dia."

Murni sayu.

"Aku sayangkan dia Zafran.Dia sepupu yang baik kau tahu?Aunty Suri dah lama salah faham dengan dia."

Zafran mengangguk.

"Aku tahu..tapi hal ini.."

Murni memandang Zafran.

"Please,kalau kau masih anggap aku kawan kau."

Zafran diam namun dia akhirnya bersetuju.

"Tapi aku tak nak kau buat apa apa yang.."

"Aku tahu.Thanks."

Zafran tersenyum.

###

Dania tersenyum.

"Kalaulah aku boleh pergi majlis perkahwinan tu."

Tiba tiba bahunya berlanggar dengan bahu seorang lelaki.

"Sorry,I didn't mean to...macam mana ni..."

Dania mula kalut.Lelaki itu hanya tersenyum.

"Takpe,awak bukan sengaja pun."

Dania tersentak mendengar pertuturan lelaki itu.

"Awak orang Malaysia ke?"

"Saya kacukan Arab Melayu.Dan ya,saya orang Malaysia."

Dania ketawa.

"Maaflah,muka awak macam orang Arab tadi.Rupanya kacukan Arab.Saya minta maaf sangat sangat.Saya betul betul tak sengaja."kata Dania.

"Benda kecil je ni.Boleh saya tahu nama awak?"

Dania diam.

'Aku baru je jumpa dia...boleh ke aku beritahu nama aku?'

"Emm,panggil je Lina."

"Just Lina?"

Dania memandang tajam lelaki itu.

"Saya baru je kenal awak.Patut ke saya beritahu awak nama penuh saya?"

Lelaki itu terdiam.Mungkin berkecil hati dengan kata kata Dania.Namun beberapa saat selepas itu dia ketawa.

"Kan?Nama saya Syed Farhan.Panggil je Farhan."

Dania mencebik namun pantas dia tersenyum.

"Ya ke?...Tak tanya pun.."

"Awak ada cakap apa apa ke?"

Dania menggeleng.

"Takde apa apa.Saya pergi dulu!"

Dania berlari pantas.

'Baru je kenal nak berborak macam 30 tahun dah kenal.Memang tak lah!'kata Dania dalam hati.

Tiba tiba bahunya disentuh.Dania tersentak.Hampir sahaja dia menjerit namun apabila melihat kelibat yang berdiri di hadapannya,dia tersenyum.

"Awak rupanya.."

Darien memandangnya pelik.

"Awak ni dah kenapa macam nampak hantu je?"

Dania mengangguk.

"Hantu..Hantu gila!"

"Awak maksudkan saya ke Cik Lina?"

Dania dan Darien memandang tajam ke arah Farhan yang berdiri di hadapan mereka.

"Yes!"jawab Dania pantas.

"Siapa dia ni Dania?"tanya Darien.

"Dia ni.."

"Bakal suami dia."

Darien yang mendengar hampir jatuh manakala Dania memandang Farhan dengan pandangan membunuh.

"Betul ke Dania?"

Dania memandang ke arah Darien.Pantas dia menggeleng.

"Saya pun baru je kenal dia..Kawan pun tak lagi inikan pula nak bertunang."jawab Dania.

Farhan tersengih.

"Tipu je.Saya kawan dia."

Dania mengerutkan dahinya.

"Sejak bila saya kawan dengan awak?"

Senyuman Farhan mati.Wajahnya sayu.

"Saya selalu ingat awak.Awak tak ingat budak lelaki yang selalu jadi mangsa buli dulu?"

Dania diam.Dia cuba memikirkannya.

"Awak!"kata Dania.

Darien yang memandang lelaki yang berdiri di hadapannya.Mulutnya terlopong.

"Seriuslah ni kau Han?"soal Darien dengan riak terkejut.

"Apasal?Aku nampak nerd lagi ke?"

Darien ketawa.Pantas dia memeluk rakannya itu.

"Macam mana awak boleh ingat saya?"tanya Dania yang kebingungan.

"Alaa,wajah cantik awak ni tak berubah lagi."

"Woi woi..aku hidup lagi ni."kata Darien.

Dania dan Farhan ketawa.

"Kau dan Dania bercinta ke?Bukan Darien dah kahwin?"

Dania terdiam manakala Darien kaku.Farhan akhirnya sedar akan situasi yang berlaku apabila melihat reaksi Dania dan Darien.

"Sorry..aku tak bermaksud nak.."

"Takpe."kata Dania dengan senyuman.

Dania berjalan meninggalkan mereka.

"Dania,nak pergi mana tu?"soal Darien.

"Tandas!Nak ikut ke?"

Farhan dan Darien hanya tersengih.

"Jom!"kata Farhan.

"Rambut palsu."

###

Erina menutup pintu biliknya dengan rapat.Dia merebahkan dirinya di atas katil.Mata yang dipejam terbuka kembali apabila mendengar bunyi pintu ditutup.Pantas Erina berdiri.

"Kenapa Arien?"tanya Erina.

Arien tidak menjawab.Erina diam berfikir.

"Maaflah saya tak beritahu awak yang saya nak rehat dalam bilik kejap."kata Erina.

Arien merenung tajam.

"Tangan awak kena apa sebenarnya?"

Erina kelu.Dia menunduk.Tidak berani bertentangan mata dengan Arien.

"Kena..kaca."

Arien mengeluh.Dia menarik tangan Erina yang masih berbalut itu lalu diciumnya.Erina kaku.Arien memeluk isterinya itu erat.

"Saya tak nak awak berahsia dengan saya Erina.Kalau saya tak minta Haikal siasat apa yang terjadi saya tak akan tahu sampai bila bila.Kenapa awak tipu saya Erina?"soal Arien sambil memegang lembut dagu Erina.

"Saya..tak nak besarkan hal ni.Luka ni pun dah nak pulih.Saya tak nak awak dibebani dengan masalah saya.."

"Erina,awak ingat saya hanya melafazkan kahwin itu saja saja ke?"

Arien menarik nafas panjang sebelum menyambung kata katanya.

"Apabila saya cakap saya cintakan awak itu saya tak main main.Apabila saya cakap yang saya nak kahwin dengan awak itu bermakna saya dah bersedia.Bersedia dengan tanggungjawab yang perlu saya pikul.Bersedia untuk berkongsi segala susah dan senang dengan awak dan bersedia untuk berkongsi seluruh hidup saya dengan awak.Erina,saya tak nak awak sorok hal macam ni dari saya.Apa fungsi saya sebagai suami awak kalau semuanya awak tanggung seorang diri?"

Erina memeluk Arien dengan senyuman.Matanya berkaca.

"Awak dah banyak berfungsi untuk saya Arien.Sebelum kita kahwin pun awak dah banyak berkorban dan ada bersama saya.Awak beri saya semangat untuk teruskan hidup..awak ceriakan hari hari saya..Awak dah banyak bersusah payah sebab saya.Awak ada banyak lagi masalah yang perlu diselesaikan berbanding masalah kecil ni."

Arien membalas pelukan Erina dengan erat.

"Janji yang awak tak akan pernah tinggalkan saya?"

Erina tersenyum.

"Saya janji.I will stay with you..forever."

Arien ketawa kecil.Dia melepaskan pelukannya.Dahi Erina dikucup.

"Jom pergi makan.Saya tak nak awak kelaparan nanti."kata Arien.

Erina ketawa.

"Macam lah saya tak makan pagi tadi."

Arien mencebik.

"Macam saya tak tahu yang awak hanya akan makan sekeping roti bakar dan secawan teh.Kan?"

Erina tersengih.Tiba tiba langkah Arien terhenti.
Erina memandangnya pelik.

"Kenapa Arien?"tanya Erina.

"Tadi Zafran cakap pasal apa dengan awak?"

Erina tersentak.Wajahnya berubah namun pantas dia tersenyum.

"Dia wish semoga bahagia selalu.."tipu Erina.

Dia terpaksa menipu Arien.Biarlah hal itu menjadi rahsia.

"Ooo.."

Erina berjalan meninggalkan Arien.

"Cepat la,tadi kata nak makan!"

Arien mengejar Erina.Dipeluknya pinggang Erina erat.

"Kejaplah mak cik!"

###

Zafran melepaskan tembakan tepat ke dada lelaki berkepala botak itu.

Telefon dikeluarkan.

"Murni,Anna macam mana?"tanyanya.

"Aku buat dia pengsan."

"Hah?!"

Zafran tersentak.

"Alaa,macam yang aku buat pada kau dulu dulu."

Zafran menggelengkan kepalanya.

"Terserah kau la Murni.Tapi ingat!Jangan kotorkan tangan kau.Dan pastikan Anna tak tahu siapa kita.Aku nak settle kan mainan dia."pesan Zafran.

"Ok boss."

Talian diputuskan.Zafran mendekati lelaki yang berjaket merah yang terbaring.Darah mengalir dari hidung lelaki itu.

"Apa yang bos kau arahkan?"tanya Zafran.

"Kau tak akan dapat lawan Cik Anna!Dia tu licik!"

Zafran ketawa.

"Kau baru tengok yang paling lemah tu.Bos aku dapat bunuh dia sekelip mata je.Jawab soalan aku kalau kau nak hidup lagi!"

Lelaki itu ketawa sinis.

"Kau nak bunuh aku bunuhlah!Aku tak kisah!"

Zafran tersenyum sinis.Telefonnya dikeluarkan.

"Ni family kau kan?Itu ibu kau,kakak dan abang kau.Mesti yang ni isteri kau kan?"

Lelaki itu mengetap giginya.

"Kau nak buat apa dengan mereka?"tempik lelaki itu.

Zafran menyimpan telefonnya di dalam poket.

"Senang je.Jawab soalan aku tadi and family kau selamat."

Lelaki itu mengeluh.

"Tolong jangan apa apakan mereka.Mereka tak bersalah..Cik Anna arahkan kami untuk bunuh Dania."

Zafran mengangguk.

'Bodoh betul kau Anna..'kata Zafran di dalam hati.

"Apa yang kau dapat kalau kau bunuh Dania?"

Lelaki itu memandang Zafran yang memakai topeng.

"Duit.RM 70 000."

Zafran ketawa kecil.

"Untuk?"

"Kos rawatan ibu aku."

Zafran diam.Dia menelefon Erina.

Lelaki itu hanya diam.Tubuhnya sakit.Dia melihat Zafran mendekatinya.

"Mana rumah ibu kau?"tanya Zafran.

"Kau nak buat apa?"

"Aku akan bawa kau ke hospital dan hantar kau ke rumah ibu kau.Kos rawatan ibu kau tu bos aku akan tanggung."

Lelaki itu memandang Zafran dengan riak tidak percaya.

"Kau tak bergurau kan?Kenapa kau tolong aku?"

Zafran memapah lelaki itu ke dalam kereta.Pintu kereta ditutup.

"Bos aku yang tolong kau.Sebab kau hanya mengikut arahan Anna dan kau buat semua tu untuk family kau."

"Terima kasih.Aku..nak beritahu kau sesuatu."

"Apa?"kata Zafran yang memandu.

"Cik Anna, dia arahkan 20 orang lelaki bunuh Dania dan 40 orang untuk bunuh Erina katanya."

Zafran menekan brek dengan pantas.

"Erina?"

Lelaki itu mengangguk.

"Kau dah selesaikan yang Dania tapi yang aku tahu dia dah hantar 20 orang diantara 40 orang itu untuk bunuh Erina.Cik Anna kata perempuan yang bernama Erina tu kahwin hari ini."

Mata Zafran terbeliak.

"Maksud kau sekarang Erina diburu?"

Lelaki itu mengangguk lemah.Zafran menumbuk tingkap.

"Tak guna.Aku kena beritahu Cik Erina."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience