Darien memandang perempuan yang berada di hadapannya.
"Abang,jom makan.Anna masak lauk kesukaan abang."
Darien hanya mengangguk.Dia melihat seluruh ahli keluarganya berkumpul di meja makan.Mukanya berkerut.
"Abang Darien dan Kak Anna,happy anniversary!"jerit Darlina.
Darien tersenyum.Dia memeluk Anna.Dahi gadis itu diciumnya.
"Aik,tak tunggu akak langsung kan?"
Darien dan Anna tergamam.Dilihatnya kelibat perempuan yang amat dikenali mereka datang membawa kek yang mempunyai tulisan Happy Anniversary.
"Cepat la tiup.Lenguh pulak tangan aku pegang!"
Darlina dan yang lain ketawa.Daniel menggelengkan kepala.Senyuman masih tidak lekang di wajahnya.
"Apa lah Kak Dania ni.Spoil mood betul!"marah Darlina.
Dania hanya tersengih.Anna meniup lilin itu sehingga padam manakala Darien memerhatikan Dania.
"Darlina,bawa pisau."
Darlina dengan pantas menghulurkan pisau kepada Dania.
"Nah,korang berdua suap menyuap la antara satu sama lain."
Dania tersenyum apabila melihat Anna menyuapkan Darien kek.
"Dania,senyum sikit!"
Dania akur.Arien memerhatikan gambar yang diambilnya.
"Alaa,kalau gambar diambil secantik manapun,kalau orang tu hodoh,gambar tu akan jadi hodoh terus."
Mata Dania membulat.
"Abang ni kan!"
Arien tersenyum.Dia perasan akan jelingan Darien terhadapnya.
"Dania,abang nak cakap sikit."
Dania akur.Dia dan Arien berjalan ke kolam renang.
"Abang,akan pergi dari sini."
Dania tersentak.Dia mengerutkan dahinya.
"Macam mana.."
Arien tersenyum.
"Abang ada banyak kerja yang perlu abang selesaikan.Terima kasih sebab dah banyak tolong abang."
Dania memuncungkan bibirnya.
"Tak sangka abang ni cepat putus asa!"
Arien ketawa.Dia memandang bulan yang agak terang pada malam itu.
"Abang hanya berharap kepada takdir buat masa sekarang.Dah,jom masuk ke dalam."
Dania menggeleng.
"Abang masuklah dulu."
Arien akur.Dania memandang pokok ros yang tumbuh mekar di taman itu.Dia tersenyum.
"Cantik kan?"sapa satu suara yang menyebabkan Dania tersentak.
Dania mengangguk.Dia berjalan ke arah kolam semula.
"Awak buat apa kat sini?"
Dania mengambil nafas panjang.Dia tersenyum.
"Salah ke kalau saya nak celebrate anniversary kawan baik saya?Dah la kahwin tak ajak saya!"
Dania memandang Darien.Lelaki itu memandangnya tajam.Dania menundukkan kepalanya.
"Macam mana saya nak ajak kalau awak menghilangkan diri awak?"
Sepi.Dania tersenyum kelat.
"Saya...perlu selesaikan sesuatu."
Darien tersenyum sinis.
"Awak sama je dengan Anna.Tinggalkan saya dengan perasaan saya."
Dania menggelengkan kepalanya.
"Awak tak akan bahagia dengan saya Darien dan percayalah..suatu hari nanti,saya tak akan ingat langsung pasal awak."
Darien mengepal penumbuknya.
"Awak kejam Dania."
Dania ketawa untuk menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
"Dunia dan takdir ni kejam Darien.Ia tak akan pernah adil."
Baginya dunia tidak akan pernah adil.Hanya kita yang perlu memilih untuk bertahan ataupun tidak menghadapi semua itu.
"Lagipun awak dah dapat apa yang awak cari Darien.Awak jumpa cinta awak.Anna.."
Dania menghulurkan sekuntum ros kepada Darien.
"Hidup kita seperti bunga ros ini.Bila bila sahaja akan layu."
Darien diam.Dia langsung tidak memandang Dania.
"Kalau boleh saya nak jadi macam kakak saya."
Diam...Dania mengeluh.
"Hanya satu permintaan saya Darien.Saya nak kita jadi macam dulu.Lupakan perkara yang lepas."
Darien tersenyum sinis.
"Cakap memang senang."
Dania hanya mampu berdiam diri melihat Darien pergi meninggalkannya.
Perlahan lahan langkah diatur ke meja makan.
"Abang,Dania rasa kita patut pergi sekarang."
Arien memandang Dania yang berdiri di sisinya.
"Are you okay?"bisiknya.
Dania mengangguk.
"Baiklah.Kami pergi dulu.Happy Anniversary Darien and Anna."kata Arien lalu melangkah ke arah keretanya.
"Nah,hadiah daripada aku.Harap kau sudi terima."
Anna menjeling Dania.
"Aku tak minta hadiah daripada kau.Buat semak je!"
Darien hanya diam melihat perlakuan Anna.
"Anna,tak baik cakap macam tu.."tegur Daniel.
Hadiah yang diberikan oleh Dania dilemparnya ke tepi.
"Sebab dia lah hubungan Darien dan Anna retak dulu!"
Dania menahan tangisannya.Penumbuknya dikepal.
"Macam ni ke cara korang layan kawan?"
Dania tersentak.Dia kenal benar dengan suara itu.
"A...akak."
Erina melangkah mendekati Dania.
'Thank you Arien.'
Sebentar tadi Arien menelefonnya,lelaki itu mengatakan bahawa Dania kelihatan sedih.Nasib baik dia memang dah ada berdekatan area itu.
"Dania and Dania?"
Erina memandang Darien dengan pandangan tajam.
"Cepat betul ingatan dia hilang.Macam ni pun adik boleh suka?"sindir Erina.
"Saya Erina.Saya rasa kita dah kenal satu sama lain."
Erina memandang Zafran.
"Bawa Dania ke kereta."
"Baik cik muda."
Dania membantah.
"Tapi akak.."
Erina memandang Dania dengan tajam.Wajahnya serius tiada tanda tanda dia bergurau.
"Kalau Dania masih anggap akak ini kakak Dania,ikut apa yang kakak cakap."
Dania terpaksa akur.
"Jom,Cik Dania."
Dania keluar bersama sama Zafran.
"Wow,rumah ni semakin cantik!"
Erina tersenyum.Dia mendekati Daniel,ayah Darien.
"Pandai uncle dan family uncle hias.Tapi..sayang kalau rumah ni..dirampas.Kan?"
Darien mengetap giginya
"Kau nak apa?!"
Erina ketawa.Dia berdiri di hadapan Darien
"Jangan terlalu berani.Nanti kau yang akan mendapat padahnya.Aku nak apa?Bagus soalan tu.."
Erina memandang Darien dari bawah hingga atas.
"Biasa je.Emm,macam ni lah.Aku pun malas nak berlama lama kat sini.Aku tak nak adik aku sedih sebabkan korang berdua."
"Ada aku kisah?"kata Anna.
Erina tersenyum manis.Dia ketawa mengejek.
"Beraninya Cik Anna ni,oops..Puan Anna."
Senyuman tadi hilang.Wajah Erina serius.
"Jangan harap kau dapat tengok lagi dunia ni..lagi satu..Kau dah lupa ke apa yang berlaku kat tasik tu?"
Mata Anna membulat.
"Kau!!"
Erina memandang Darien.Nasib lelaki itu baik kerana Dania sukakannya.Kalau tak dah lama lebam muka lelaki itu.
"Bye!"
Baru sahaja Anna ingin menampar Erina tangannya ditahan seseorang.
"Behave Anna."
Arien melepaskan cengkaman tangannya pada tangan Anna.Gadis itu menahan kesakitan akibat cengkaman Arien.
"Jom Erina!"
###
Dania memandang tv yang berada di hadapannya.Sudah banyak siaran ditukarnya.Tiada satu pun yang menarik perhatiannya.
"Nak tak?"
Dania tersenyum.Dia mengambil cupcakes yang diberikan oleh Zafran.
"Thanks."
Zafran duduk di sebelah Dania
"Nak buat sesuatu tak?"
Dania merenung Zafran dengan pelik.
"Buat apa?"
Zafran tersenyum.Dia menunjukkan arah pintu rumah.Dania turut sama tersenyum.Erina dan Arien sedang bertengkar.
"Saya percaya yang cik muda sukakan tuan muda."
Dania mengangguk.
"Satukan mereka?"
Zafran hanya tersenyum mendengar soalan Dania.
"Bila nak mula?"
Zafran membisikkan sesuatu kepada Dania.Dania hampir sahaja tidak dapat menahan senyumannya.
"Baiklah tuan!"kata Dania manakala Zafran ketawa.
####
Erina memandang Dania yang sejak tadi tersenyum.
"Kamu ni ok ke tak?"
Dania tersentak.Dia cuba berlagak biasa.
"Biasa je akak.Emm,mana Abang Arien?"
Muka Erina terus berubah.
"Tak payah la cakap pasal dia.Buat sakit hati je!"
Dania tersenyum melihat reaksi Erina.
"Dengar cerita Abang Arien akan ditunangkan dengan perempuan yang cantik."
Erina mengerutkan dahinya.
'Kalau apa yang Dania cakap tu betul,kenapa Megat Amin tak cakap apa apa pada aku?"
Senyuman Dania semakin lebar.Jeratnya sudah mengena.
"Biarlah..hal dia.Akak nak kisah buat apa?Dania ni,akak nampak macam rapat je dengan Zafran."
Zafran yang menyorok di sebalik dinding itu tersentak.
'Aku pulak?'
Dania mula kalut.
"Dia ajak Dania pergi jalan jalan!"
Zafran tergamam.Kepalanya yang tidak gatal itu digaru.
"Kenapa aku pulak jadi topik?"
"Date ke?"
Zafran berdehem.
"Bukan date cik muda.Cik Dania kata dia nak beli barang."
Dania membulatkan matanya.
'Siap kau nanti Zafran!'
"Beli barang?Bukan kita dah pergi mall ke minggu lepas?"
Dania tersengih.
"Ada barang yang Dania tak ingat nak beli."
Erina hanya mampu menggeleng.
"Terserahlah.Pening kepala kakak fikirkan kamu."
"Orang suruh rehat tak nak!"
Erina mengepal penumbuknya.
"Tak reti nak balik rumah sendiri ke?"
Arien mencebik.Dia mendekati Erina.Ditunjalnya dahi gadis itu dengan lembut.
"Saya tertinggal dompet la makcik!"
"Abang dah ambil ke?"tanya Dania.
'Baik pulak adik aku ni dengan Arien.'
Arien mengangguk.
"Dania jaga la sikit mak cik ni.Dia ni keras kepala!"
Erina cuba menumbuk Arien namun lelaki itu pantas mengelak.
"My favourite girl,love you!"usik Arien sebelum berlalu pergi.
"Ah,SHA!"
Dania dan Zafran berpandangan antara satu sama lain
"SHA?"
Erina mengeluh.
"Sakit Hati Aku!"
Dania dan Zafran ketawa setelah Erina masuk ke dalam rumah.
"Nanti jadi IHK."kata Zafran.
"Apa tu?"
"Indah Hidup Aku!"
Share this novel