Bab 16

Romance Series 14272

Arien memandang matahari terbit dari balkoninya.Zafran sudah memberitahunya lokasi Erina..Namun perlukah dia pergi?

"Aku patut bagi dia masa dulu.Kalau aku pergi,dia akan lari."

Tiba tiba Arien tersenyum.Hoodie hitamnya dipakai.

"Let's get it."

###

Erina memandang gambar gambar yang berada dalam telefonnya.

"Dania.."

Erina mengeluh.Entah apa yang Dania sedang buat sekarang.Dia tidak pernah meninggalkan Dania selepas kemalangan itu.

Gambar Arien dan dirirnya muncul di skrin telefonnya.Kenangan mereka berdua di Paris.

Air mata Erina mengalir.

"Saya cintakan awak Arien.Saya nak kahwin sangat dengan awak..tapi saya tak boleh.."

Bunyi loceng pintu biliknya membuatkan Erina terkejut.Pantas dia mengelap air matanya.Pintu dibuka.Di hadapannya berdiri seorang lelaki yang memakai mask dan berhoodie hitam.

"Sejambak bunga,coklat dan pizza untuk cik."

Erina memandang lelaki itu pelik.

"Saya tak pesan semua ni.."

"Hadiah daripada pihak resort."

"Untuk?"

"Maaf,saya tak tahu.Saya hanya mengikut arahan."jawab lelaki itu.

Erina mengangguk.

"Thank you."

Lelaki itu mengangguk sebelum berlalu pergi.

Erina memandang kotak pizza di tangannya.Pantas dia mengejar lelaki tadi.

"Awak,tunggu!"

Langkah lelaki itu terhenti.Dia berpaling ke arah Erina.

"Ada apa cik?"

Erina tersenyum.

"Jom la makan sekali.Kongsi.Saya tak yakin yang saya boleh habiskan semuanya."

Lelaki itu seperti teragak agak untuk bersetuju.

"Tapi.."

"Jom lah."

Akhirnya lelaki itu akur.Mereka berjalan ke arah pondok yang berdekatan dengan pantai.

"Makanlah."pelawa Erina.

Erina mengambil sekeping pizza lalu memakannya.Lelaki itu menanggalkan masknya.Hoodie hitam membuatkan wajah lelaki itu tidak dapat dilihat oleh Erina.

"Cik menangis ke tadi?Hidung dan mata cik merah."

Erina diam.

"Maaf kalau saya buatkan cik tak selesa."

Erina menggeleng.Dia tersenyum.

"Tak apa.Apa yang awak cakap tu betul.Saya menangis.Tak matang kan?Macam budak budak."

Erina ketawa.

"Kalau menangis boleh kurangkan beban kita,kenapa perlu tahan?Ramai yang ego,tak nak menangis.Kononnya tak matanglah.Setiap orang ada cara dia sendiri untuk melepaskan bebanannya."kata lelaki itu.

Erina menarik nafas panjang.Dia menguyah pizza itu perlahan.

"Awak pernah bercinta tak?"tanya Erina secara tiba tiba.

"Kenapa?"

Tunduk.Erina meletakkan kembali kepingan pizza yang baru sahaja dimakannya di dalam kotak.

"Saya cintakan dia tapi saya takut."

"Dia jahat ke?"

Erina menggeleng.Jahat?Langsung tidak terlintas di benak fikirannya untuk melabel Arien jahat.

"Tak,dia tak jahat.Dia lah insan paling baik yang saya pernah jumpa walaupun masa mula mula kenal tu dia menyakitkan hati.Bukan sikit tapi banyak!"

Lelaki itu ketawa kecil.

"Habistu,kenapa cik takut?"

"Saya yakin yang dia mampu bahagiakan saya tapi saya tak yakin saya mampu bahagiakan dia.Saya takut saya hanya akan berikan dia penderitaan."

Erina mengeluh.Itulah antara perkara yang dirisaukannya.Jika boleh dia hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam hidupnya.Dia tidak mahu ada istilah penceraian dalam kamus perkahwinannya.

"Macam mana kalau saya cakap kalau lelaki yang cik minat tu rasa benda yang sama macam cik rasa?Apa nama dia?"

Erina tersenyum sinis.

"Saya...tak tahu..Dia terlalu baik.Saya tak nak dia terluka.Arien..nama dia."

Lelaki itu bangun.

"Cuba bagi peluang untuk diri cik bahagia..Saya ada kerja untuk diselesaikan.Saya minta diri dulu."

Erina hanya diam.Dia termenung memikirkan kata kata lelaki itu.

Mask yang dipakai disimpan di dalam poket seluarnya.Arien bersandar di pokok yang rendang.Matanya dipejamkan.Angin menyapa lembut wajahnya.

Telefon dikeluarkan.Mesej ditaip.Tanda send itu ditekannya.Arien tersenyum.

"At least I know you love me too."

Arien diam.Matanya dipejamkan sekali lagi.Hatinya tenang dan gembira.

Erina membaca mesej yang dihantar oleh Arien.

"Di mana awak berada,jauh atau dekat dengan saya,saya akan sentiasa ingat awak.Semakin hari perasaan ini semakin mekar.Saya selalu memerhatikan awak Erina.Awak sentiasa ada di dalam hati saya.Selamanya..."

Erina tersenyum selepas membaca mesej itu.Mungkin dia perlu berikan dirinya satu peluang untuk bahagia..

Erina menelefon seseorang.

"Zafran,kemas barang awak.Kita akan balik nanti."

Talian diputuskan.Angin pantai menyapa lembut wajahnya.Senyuman Erina lebar sehingga lesung pipitnya dapat dilihat.

####

Zafran menepuk nepuk bahu Erina supaya perempuan itu sedar.

"Cik Erina,kita dah sampai."

Erina membuka matanya.Lehernya dipegang.Badannya terasa lenguh.Dia tersenyum ke arah Zafran.

"Terima kasih.Saya banyak terhutang budi pada kamu."

Zafran menggelengkan kepalanya.

"Benda kecil je Cik Erina.Jom turun."

Erina membuka pintu kereta.Langkah diatur.Tangannya teragak agak untuk memulas tombol pintu itu.Nafas ditarik,pintu dibuka.

Dia dapat melihat Megat Amin berdiri di ruang tamu itu sambil memandangnya tajam.Keluarganya juga berada di situ.Namun,kelibat Arien langsung tidak dilihatnya.Hampa..

"Megat,saya.."

Dania berlari ke arah Erina lalu memeluknya.

"Kakak jahat!"

Erina diam.Pelukan Dania dibalas.Perlahan lahan dia melepaskan Dania.

Erina berdiri di hadapan Megat Amin.Matanya mula berkaca.Lelaki itu berpaling ke kanan.Tidak melihatnya.

"Kau buat apa kat sini?"tanya Ain dengan nada keras.

Erina melutut.Air matanya ditahan.

"Maafkan saya Megat.Saya tahu saya tak kenang budi.Saya rela terima segala hukuman."

Suri dan Ain tersenyum sinis.

"Kau patut dibuang!"tengking Suri.

Megat Amin memandang Erina.Matanya berkaca.Semua yang berada di situ tergamam.

"Erina,berapa lama kamu dah kenal saya?"

"7 tahun."

Megat Amin menarik Erina supaya dia berdiri.

"Selama itu pernah ke saya marahkan Erina?"

Erina menggelengkan kepala.

"Saya yang banyak terhutang budi kepada kamu Erina.Kamu pasti sanggup terima apa sahaja hukuman?"

Erina mengangguk.Dia sanggup asalkan Megat Amin maafkannya.

"Kahwin dengan Arien!"

Erina dan yang lain tergamam.

"Secara paksa atau rela.."Arien berdiri di sisi Erina.Air mata gadis itu yang mengalir di pipi disapu dengan ibu jarinya.

Erina ketawa kecil.

"Mana boleh dua lawan satu..tak adil."

Arien memeluk Erina sebaik sahaja mendengar kata kata gadis itu.Megat Amin tersenyum.

"Apa semua ni Megat?"Suri memandang Erina seperti ingin menelan anaknya itu.

"Perkahwinan anak saya dan anak awak."jawab Megat Amin tenang.

"Megat kata nak jodohkan anak saya dengan anak Megat!"tegas nada Suri

"Saya tak mungkir janji tu.Erina anak awak."

"Ain dan Dania anak saya!"

Erina tunduk.Hatinya bagai direntap.

"Saya tak akan kahwin dengan Ain."jawab Arien.

"Argh!"

Ain menampar wajah Erina secara mengejut.Megat Amin,Dania,Arien dan Erina tersentak sebaliknya Suri tersenyum sinis.

Rambut Erina ditarik.

"Kau memang sial!"

Arien menolak Ain.Erina ditarik ke arahnya.Genggamannya pada tangan Erina semakin erat.

"Malik,halau Suri dan Ain!"

Malik mengangguk.Dia menarik kedua dua orang itu keluar rumah.

"Erina,can I ask you something?"tanya Arien.

Erina mengangguk.

"Do you love me?"

Pandangan mereka bertemu.

"No..."

Wajah Megat Amin,Dania dan Arien berubah.

"I hate you.because you make me love you so bad."

Megat Amin dan yang lain ketawa.

"I love you more than that.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience