Erina menggeleng.Wajahnya masam.Arien mencebik.Lelaki itu membuat muka kasihan.
"A big NO!"kata Erina.
Arien mengalah.Sayang punya pasal.
"Tak pernah dibuat orang pengantin pakai baju warna hitam.Jangan buat perangai gila la Arien!"
Arien duduk di atas kerusi.
"Kan unik tu?"
Erina menggelengkan kepalanya.Kadang kadang dia terfikir macam mana dia boleh terpikat dengan Arien.
Erina tersenyum.Idea untuk mengusik Arien muncul di mindanya.
"Emm,kita pakai baju warna pink lah!"
Mulut Arien terlopong.
"Pink?"
Erina mengangguk.
"And tema barbie!Perfect betul!I love it."
Arien diam tidak menjawab.Pink?Yang tu pun dia rasa nak pengsan..tambah pulak tema barbie memang K.O terus la.
"Yang tu lima kali ganda pelik!Tak malu ke?"tanya Arien.
Erina ketawa apabila dapat mengusik lelaki itu.
"Dah tahu apa yang saya rasa?"
Arien mendekati Erina.Bibirnya mengukirkan senyuman.
"Love.Itu yang saya dapat rasa."
Erina menolak Arien ke tepi.
"Black and red?"
Arien diam.Akhirnya dia menganggukkan kepala.
"Lebih baik daripada pink."
Erina ketawa.Pink?Dia sendiri pun tidak menyukai warna itu.
"Jom,beli cincin pula."
Erina menggeleng.Mereka habiskan 4 jam di dalam butik ini...dia tidak dapat bayangkan masa yang akan diambil untuk memilih cincin.Tambahan pula kakinya sudah lenguh akibat berdiri terlalu lama.
"Saya nak rehat kejap.Awak pergi la dulu."
Arien menariknya keluar dari kedai itu selepas membuat bayaran.
"Makan dululah."
Erina tersenyum.Arien tahu apa yang bermain di fikirannya.
"Jom!"
###
Dania memandang kelibat Darien dan Anna dari jauh.Bibirnya tersenyum namun hatinya merintih.
"Dania ok ke?"
Daniel memandang gadis yang sudah bertahun lama dikenalinya.
"Dania ok je.Terima kasih uncle.Satu lagi..Dania nak minta maaf bagi pihak Kak Erina."
Daniel menggelengkan kepalanya.Lelaki itu masih kacak walaupun usianya sudah lanjut.Senyuman terukir di wajah Daniel.
"Uncle dah lama maafkan dia.Dania..uncle kenal kamu berdua dah lama.Kamu berdua macam anak uncle..Uncle percaya yang Erina mahukan yang terbaik untuk kamu."
Dania tersenyum mengiakan kata kata Daniel.
"Dania..dah lukakan hati Darien."
Air mata Dania mengalir di pipi.Dia memandang ke arah Daniel.Senyumannya hilang.
"Uncle,Dania nak minta tolong uncle berikan Darien ni.."
Daniel memandang buku dan surat yang dipegang oleh Dania.Dia mengambil barang barang itu
"Dania..uncle tahu kamu cin..."
Dania menggeleng.
"Cinta tak semestinya memiliki uncle.Cinta itu apabila kita melihat orang yang kita sayang bahagia.Saya dah langgar sempadan yang ada pada saya dan Darien.Kami hanya akan kekal sebagai kawan..itupun kalau dia masih sudi.Terima kasih uncle.Saya pergi dulu.."
Dania berjalan pergi tanpa menoleh ke belakang.Dia percaya inilah yang terbaik untuk dia...dan Darien.
Darien yang melihat kelibat Daniel terus berlari ke arah Daniel.Dia tersenyum namun senyumannya hilang apabila melihat air mata yang mengalir di pipi ayahnya.
"Ayah,kenapa ni?"
Daniel menyerahkan buku dan surat tadi kepada Darien.
"Apa ni ayah?"
"Dania suruh ayah berikan benda ni kepada kamu.Pastikan Anna tak tahu apa apa tentang hal ini.Dania dah banyak terluka."
Darien diam.Dia melangkah masuk ke bilik Dania.Gambar gadis itu ditenungnya.Pintu bilik dikunci.
Buku yang diberikan dibuka.
ALBUM MINI DARIEN DAN DANIA.
Darien melihat gambar yang ditampar pada halaman seterusnya.Gambar semasa dia dan Dania ketika sekolah rendah.
Darien membelek halaman yang ada..gambar dia yang sedang makan menarik perhatiannya.Dia masih ingat,ketika itu Dania yang membungkus makanan untuknya.Tangan Darien menggigil.Matanya dipejam.Wajahnya diraup.
"Kenapa Dania...kenapa..kau buat aku macam ni?"
Tangannya mengambil surat yang diberikan kepadanya.
Hai Encik Pencuri Hati,
Walaupun aku dah lupa cara nak tulis surat,aku buat je lah.Ada rupa surat pun dah ok.Kau ingat lagi gelaran Encik Pencuri Hati tu?Dulu kau selalu jadikan aku girlfriend palsu kau sebab kau tak nak perempuan lain kacau kau.
Darien...aku minta maaf sebab dah banyak lukakan hati kau.Bukan niat aku untuk buat macam tu.Bukan niat aku untuk hilangkan diri secara tiba tiba.Aku lari sebab aku takut.Aku takut aku langgar sempadan di antara kita berdua.Tapi semua tu sia sia..aku dah terlambat,aku dah lama langgar sempadan persahabatan kita.Saat itu aku sedar yang aku mahukan hubungan kita lebih daripada itu.Aku nak jadikan kau pasangan hidup aku.Gila kan?Aku cintakan kau..Darien.Aku dah khianati Anna..Sebab tu aku pilih untuk berada jauh daripada kau dan Anna.Semoga korang bahagia selalu.Salam persahabatan dan salam sayang.
Surat itu diletakkan di tepinya.Darien terduduk.Air matanya mengalir.
"Dania..."
Darien memandang gambar Dania yang sedang tersenyum.
"Aku akan cari kau..."
###
Dania memandang Erina dan Arien.
"Dania pergi dulu kak dan Abang Arien."
Erina memeluk Dania erat.
"Take your time.Percaya dengan apa yang Dania buat dan akan buat.Akak akan sokong Dania."
"Abang pun akan sokong."
Dania tersenyum.
"Abang,akak..Dania nak minta tolong boleh?"
Erina memandang Arien seketika kemudian mereka berdua menganggukkan kepala.
"Tolong tengok tengokkan Darien..untuk Dania?"
Arien tersenyum.
"Boleh je.Dania tenangkan diri Dania kat sana ye.."
Dania mengangguk.
"Dania pergi dulu..tak pasal pasal flight Dania terlepas nanti."
Erina dan Arien ketawa.Kelibat Dania hilang dari pandangan mereka.
"Jom Erina."
Mereka berdua melangkah keluar dari airport itu.
Dania duduk di tempatnya.Pandangan dilemparkan ke luar tingkap.
"Saya harap ini adalah yang terbaik untuk kita.."
Share this novel