Bab 27

Romance Series 14272

Erina memandang gambar yang dia simpan jauh dari pengetahuan orang lain.Gambar itu jelas menunjukkan kebahagiaan sebuah keluarga.

Apabila memikirkan perkataan keluarga sahaha mampu membuatkan Erina ketawa sinis.Perkataan keluarga seperti satu ejekan di dalam hidupnya.

"Mama..Erina dah jadi isteri Arien.Tapi..macam mana kalau dia benci Erina,selepas tahu apa yang sebenarnya berlaku malam tu?"

Erina bersandar pada dinding.Biarpun beberapa tahun sudah berlalu,ingatannya pada malam itu masih segar.Seakan akan peristiwa itu baru sahaja berlaku dan Puan Liana masih hidup.

Erina menutup matanya..cuba melupakan kenangan pahit itu namun hampa.

[4 tahun yang lepas]

Erina memandang Evan yang sedang memukul Puan Liana.Erina menutup matanya apabila melihat darah yang keluar dari mulut wanita itu.Pada masa ini,Erina berharap dirinya buta dan pekak.Dia tidak ingin melihat wanita itu sakit dan tidak ingin mendengar rintihan Puan Liana.

"Erina,kalau betul kau cintakan aku..kenapa kau khianati aku?"

Perhatian Evan beralih ke arah Erina.Gadis itu cuba berlagak tenang walaupun jelas kelihatan ketakutan di matanya.

"Lepaskan...mama.."

Evan ketawa mendengar permintaan Erina.Dia melangkah mendekati gadis itu.Tangannya memegang wajah Erina.Wajah yang ayu itu kini dihiasi dengan lebam dan darah.

"Kau tak akan jadi macam ni Erina..kalau la kau ikut plan asal.Senang je,bawa Arien ke sini..dan kau boleh jadi kekasih aku."

Entah kenapa,Erina ketawa mendengar kata kata Evan.

"Evan..kau masih budak budak lagi.."

Senyuman pada wajah Evan hilang.Satu tumbukan dihadiahkan kepada Erina.Gadis itu merintih kesakitan.Betapa kuat pun Erina,dia tidak dapat melawan kesakitan dibelasah berkali kali.Lebih lebih lagi lelaki lebih kuat darinya.

"Kau berdendam dengan Arien hanya kerana dia pernah pukul kau dulu..pemikiran kau memang seperti budak budak 5 tahun."

Erina cuba mengukir senyuman sambil menahan kesakitan di wajahnya.

"Tak silap aku,kau pun ada adik kan?Apa nama dia?Dania?"

Mendengar soalan itu,senyuman Erina hilang dalam sekelip mata.

"Kau.."

Evan hanya tersenyum.

"Bawa budak tu masuk."

Erina meronta ronta ingin melepaskan diri apabila melihat Dania yang dibawa masuk dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Jangan risau,dia cuma pengsan."

Mata Erina mula berair.

"Pilih..mama atau adik kau."

Puan Liana memandang Erina.Jelas kelihatan kesedihan di wajah gadis itu.

Erina pula memikirkan nasib Arien seandainya Puan Liana dibunuh.Namun..bagaimana pula dengan Dania.

"Bunuh aku je...Tolonglah lepaskan mereka berdua.."rayu Erina.

Sudah tiada lagi kekuatan di dalam dirinya.Sekarang dia hanya insan yang langsung tidak berdaya untuk menyelamatkan keluarganya.

"Letakkan senjata!"

Bunyi tembakan di luar mengganggu urusan mereka.Evan mengetap giginya dengan amarah.

"Tuan muda,Megat Amin dah datang!"

Wajahnya menunjukkan perasaan marah yang menggunung apabila mendengar berita itu.

"Lepas bunuh dia..kita lari.."

Erina memandang pistol yang berada di tangan Evan.Picu ditarik.

"Tak!"

Erina kaku melihat tubuh yang terlantar di hadapannya.Evan pula terpaksa melarikan diri sebelum dirinya tertangkap.

Erina memandang Puan Liana yang nyawa nyawa ikan di hadapannya.

"A..rien.."usai sahaja menyebut nama itu mata Puan Liana tertutup rapat.

"Liana!"

Megat Amin meluru masuk ke dalam bilik itu.Erina masih lagi kaku.Dia hanya memandang situasi di hadapannya.Dirinya masih tidak dapat menerima kejutan itu.

"Erina.."

Erina memandang Megat Amin yang memanggilnya.

"Mati sebab saya.."

Hanya 3 perkataan itu yang dituturkan oleh Erina.

Megat Amin mendekatinya.Erina menunduk.Tidak mampu memandang mata lelaki itu.

"Erina.."

***

Selepas malam itu,Megat Amin memberitahu supaya dia tidak menyalahkan dirinya kerana kematian itu tidak dilakukan olehnya.Pada hari yang sama,Megat Amin memberitahunya supaya menyimpan hal ini sebagai rahsia dari Arien.

Seminggu selepas itu,Megat Amin memperkenalkan dia kepada Arien.Wajah lelaki itu dingin dan tidak berperasaan.

Wajah dan perasaan benci Arien kepada Evan kerana menyebabkan kematian Puan Liana masih kukuh di memori Erina.Tangannya menggigil apabila memikirkan reaksi Arien apabila mengetahui rahsia ini.

4 tahun dia menipu lelaki itu.4 tahun Arien mengukir senyuman dan ketawa bersama penyebab ibunya mati.

Erina ketawa apabila memikirkan restu Megat Amin terhadap perkahwinan mereka.Tawa itu akhirnya bertukar kepada esakan.Air mata mengalir laju membasahi pipinya.

"Dan sekarang..kau kahwin dengan pembunuh mama.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience