Arien memandang Erina.
"Aku nak tanya kau satu soalan."
Erina membalas pandangan Arien.
Dia tersenyum dan mengangguk.
"Kau...sukakan Darien?"
Erina mengerutkan dahinya.
"Darien?Siapa lelaki tu?"
'Apa ke bodohnya soalan.'kata Arien di dalam hati.
"Lelaki semalam.Aku nampak sejak kau jumpa dia...kau tak macam dulu."
Erina diam.
"Erina,did you..."
Belum sempat Arien menghabiskan ayatnya Erina memotong.
"Lelaki yang mana satu tuan?Kita ada tiga meeting dengan tiga lelaki semalam."
'Aku harap aku boleh bunuh perempuan ni.'bisik Arien kepada dirinya sendiri.
"Yang panggil kau Dania."
Erina tersenyum sinis.
"Darien nama dia?Apa maksud tuan yang saya tak macam dulu?Saya baru je kerja semalam."
'Banyak pulak jawapan dia ni.'rungut Arien.
"Kau macam banyak mengelamun masa kerja.Kau tahu kan...yang aku tak suka kalau pekerja aku tak fokus semasa berkerja."
Erina menelan air liurnya namun dirasakan amat susah untuk ditelan.
"Ma..Maafkan saya.Saya akan pastikan kesilapan itu tak akan terjadi lagi."
Erina tersenyum pahit.
"Me too.Now,go back and do your work."
Erina mengangguk.Dia beredar dari bilik itu.
Arien memandang keluar tingkap.
#####
"Kamu buat apa ni?!"
"Ma..maaf."
Pipi budak lelaki itu ditampar.
"Kau tu sama je macam mak kau!Tak berguna!"
Budak lelaki itu memandang lelaki yang berada di hadapannya.
Dia tersenyum.
"Ye ke?"
####
Arien ketawa namun ia semakin perlahan dan menghilang.
"Aku...akan pastikan keluarga Evan dapat balik apa yang mereka bagi pada aku.Permainan ni nampak lebih menyeronokkan."
Surat khabar yang berada di atas meja ditatapnya.Senyuman sinis menghiasi wajah kacak itu.
LUCAS EVAN DILUCUTKAN JAWATAN CEO.
#####
Tangan Erina lincah bermain di papan kekunci.
"Hai Dania!"
Erina mengeluh.
"Tuan Arien sibuk.Lagipun saya rasa Encik Darien takde buat temu janji.Betul tak cik...Anna?"
Erina memandang Anna.Semua maklumat tentang PA Darien dan lelaki itu sendiri sudah berada di dalam genggaman Erina.
"Saya tak datang untuk Arien...tapi saya nak jumpa awak."
Erina ketawa dengan nada mengejek.
"Maaf saya sibuk sekarang ni.Encik Darien takde kerja ke?"
Darien memandang Erina dengan senyuman.
"Saya sentiasa free untuk awak."
"Tapi dia tak free untuk kau."
Arien berdiri di belakang Erina sambil bersandar pada dinding.
"Tu.."
Arien memandang Erina supaya diam.
"Aku rasa kita dah bincang semuanya semalam.Aku upah Erina untuk bekerja dengan aku...bukan untuk kau."
Darien mengepal penumbuknya.
"Kau!Aku boleh bayar Erina supaya jadi PA aku!"
Anna memandang Darien dengan mata terbeliak.
"What did you just..."
Erina berdiri.
"Bayarlah 1 juta sekalipun..saya tak akan terima."
Arien tersenyum sinis memandang Darien.Pandangannya beralih kepada Erina.
"Dia bukan Dania...kawan kau dan bukan musuh Anna.."
Darien tersentak.Pandangan matanya dan Arien bertembung.
"Dania kemalangan dan menghilang..tapi Erina.."
Arien memandang Erina.
"Saya bukanlah Dania yang encik sangkakan.Maaf.Tolong jangan buat kecoh di sini."
Erina memandang ke arah Darien.Dia tersenyum.
"Maafkan saya"kata Erina.
Arien tersenyum.
"Kau boleh jumpa dia malam ni."
Erina tersentak.
"Tapi...tuan ada..."
Arien menutup mulut Erina dengan tangannya.
"Arahan."
Erina mengangguk.Pandangan matanya mengekori Arien sehingga lelaki itu hilang ke dalam biliknya.
"Pukul 5 petang nanti awak datang ke rumah saya."
Erina memandang Anna.Dia perasan akan jelingan tajam perempuan itu terhadapannya.
"Saya tak kenal rumah encik."
Darien menghulurkan alamat rumahnya.
"Here."
Share this novel