Arien memandang lelaki lelaki yang berpakaian hitam itu kemudian Haikal yang berada di sisinya dipandang.
"Aku tak nak majlis ni rosak.Alihkan perhatian mereka."
Haikal mengangguk.
"Aku akan minta tolong Puteri untuk menyamar jadi Erina dan alihkan perhatian mereka."
Arien mengerutkan dahinya.
"Bukan ke Puteri tu adik kau?"
Haikal hanya tersenyum.Bahu Arien ditepuk.
"Kau dah tolong aku dan puteri dulu,sekarang kami berdua akan tolong kau."
Arien tersenyum.
"Terima kasih Haikal."
Arien berjalan ke arah Erina yang sedang termenung.Keluhan dilepaskan.Nasib baik dia dan Haikal tahu yang Anna akan menyerang Erina dan Dania.Dia tahu Erina pasti akan utamakan Dania.Sehinggakan dia tidak mengetahui bahawa dirinya juga akan diserang.
"Arien,awak ke mana tadi?"soal Erina.
"Tandas.Kenapa?"
Erina hanya tersenyum.
"Nothing.Tadi awak ada dengan saya,tiba tiba je hilang."
Arien diam.Erina memeluk lengan Arien.Wajah Arien serius.
'Apa yang jadi?'bisik hati Erina.
###
Farhan merenung Dania manakala Darien terpaksa balik ke Malaysia kerana hal penting.
"Kau ni dah kenapa Farhan?Tak pernah tengok perempuan ke?"kata Dania dengan nada gurauan.
"Pernah dan banyak.Tapi jarang yang tak pakai makeup."jawab Farhan dengan senyuman.
Dania menggelengkan kepalanya.
"Ada je jawapan kau."
Farhan berdehem.
"Kau dan Darien...kekasih ke?Maksud aku Darien kan.."
Dania mengangguk.Dia tahu apa yang ingin ditanya oleh Farhan.
"Aku..cintakan dia tapi..dia dah kahwin.Tapi perkahwinan itu terjadi sebab aku juga.Kekasih..aku tak pasti sama ada kami layak tak untuk gelaran tu."kata Dania.Dia melemparkan pandangannya ke luar.
"Kenapa kau tak cari je lelaki lain?"soal Farhan.Makanannya langsung tak disentuh.
"Aku tak tahu.Aku dah cuba tapi tak berjaya.Darien,aku tak boleh lupakan dia."Dania menunduk wajahnya sayu.
"Aku akan ada untuk kau Dania."kata Farhan.Dania tersenyum.
"Kaulah kawan baik aku selamanya.."
Farhan tersenyum kelat mendengar kata kata Dania.Dia menganggukkan kepalanya.
"Kawan baik..selamanya.."
Farhan meletakkan sesuatu di atas meja.Dania memandang Farhan dengan senyuman.
"Apa ni?"soal Dania.
"Kita dah lama terpisah.Aku nak kau selalu ingat aku.Ni hadiah hari jadi untuk kau.Ikhlas dari hati aku."Farhan menolak kotak hadiah itu ke arah Dania.
Perlahan lahan Dania membuka hadiahnya.Dia tersentak.Rantai dan sebentuk cincin permata.
"Farhan,ini terlalu mahal..."
Farhan menggeleng.Dia memasukkan cincin itu ke dalam rantai.
"Meh,aku pakaikan."ujarnya.
Dania mengangguk.Hati Farhan berdegup kencang.
"Selesai."
Dania berdiri di sisi Farhan.
"Terima kasih."
"Anything for my lovely Dania."
Dania tersenyum.Dia menarik Farhan ke satu tempat.
"Kita nak pergi mana ni Dania?"tanya Farhan.
Dania tidak menjawab dan sekarang mereka berdiri di dalam kedai yang menjual jam tangan.
"Miss, I want that one please."
Dania mengambil jam itu.Dia menarik Farhan supaya duduk di hadapannya.
"Hulur tangan kau."
Farhan akur.Dania memakaikannya seutas jam tangan.Farhan tersentak apabila melihat jam tangan itu.
"For your birthday."kata Dania.
"Tapi,ni kan jam.."Ayat Farhan terhenti.
Dania ketawa.
"Yang aku janji nak belikan untuk kau dulu.Aku dah lama beli jam ni.Cuma tunggu kehadiran kau je."
Farhan tersenyum.
"I love you."bisik Farhan kepada dirinya sendiri.
"Kau ada cakap apa apa ke Farhan?"tanya Dania.
Pantas Farhan menggeleng.
"Aku terlalu happy."kata Farhan.Matanya memandang ke mata Dania.
Senyuman mereka berdua terukir.
###
"Kenapa ni?Darien sibuk.."kata Darien kepada Daniel.
"Anna dah hilang beberapa hari.Tolong cari dia Darien."pinta Daniel.
"Kenapa Darien?"soal Darien dengan selamba.
"Dia isteri kamu Darien!"jawab Daniel.
"Tapi Darien tak cintakan dia.."
Daniel menggelengkan kepalanya.
"Darien,hubungan kamu dan Dania dah lama berakhir."
Darien mengeluh.
"Ia tak akan ada pengakhiran.Darien akan cuba cari Anna tapi lepastu...Darien nak lepaskan dia."
Daniel tersentak.
"Kamu dah gila ke?!"tengking Daniel.
Darien mengambil kunci keretanya.
"Gila cinta.."
Share this novel