Erina memandang perempuan yang berada di hadapannya dengan bersahaja.Tiada perasaan takut langsung.
"Kau nak apa lagi hah Erina?Tak cukup ke dulu kau bunuh ayah aku!"
Erina tersenyum mendengar kata kata Ain.
"Kau ni dah kenapa Ain?Dahlah masuk dalam rumah aku tanpa kebenaran aku."
Air oren dituang ke dalam gelas.
"Nak air?"tanya Erina.
Ain menerpa ke arah Erina.Pisau yang berada di atas meja diambil.Pisau diletakkan di leher Erina.
"Kau bergerak..nyawa kau melayang."
Erina menggelengkan kepala.
"Apa aku boleh buat untuk selamatkan nyawa aku?"
Ain ketawa.
"Batalkan perkahwinan kau dan Arien.Lepastu aku kena jadi pengantin perempuan."
Erina ketawa sehingga menyebabkan Ain agak takut.
"Kalau aku boleh bunuh ayah kau...kenapa aku tak boleh bunuh kau?"
Pisau itu dipegang oleh Erina.Darah mengalir dari tapak tangannya.Wajah Ain ditumbuknya.
"Kau...."kata Ain sambil menyapu darah yang mengalir di bibirnya.
Erina meletakkan pisau di leher Ain.Pandangannya tepat ke arah mata kakak tirinya itu.
"Aku boleh je bunuh kau Ain tapi aku takut ibu keseorangan...hanya kau je yang dia ada buat masa ni."
Erina berdiri.Dia membasuh pisau itu.
"Aku bagi kau masa 5 minit untuk keluar atau mayat kau je yang ada kat tempat kau berdiri sekarang."kata Erina sambil memotong epal
Ain mengetap giginya.Namun dia juga takut dengan Erina..
"Kau tunggu je Erina!Aku akan pastikan hidup kau sengsara."
Pintu dihempas sekuat mungkin.Erina diam.Pisau disimpan di dalam laci.Dia duduk di kerusi meja makan.Darah yang mengalir di tapak tangan dibiarkan.Penumbuknya dikepal.
"Aku dah cukup sengsara sebelum ni dan aku tak akan biarkan kau musnahkan kebahagiaan yang baru aku kecapi."
###
Arien memandang cincin yang dibelinya sebentar tadi ke dalam laci biliknya.Senyumannya melebar.
Pintu diketuk.
"Masuk!"laungnya.
Zafran mendekati Arien.
"Ada apa Zafran?"
Zafran menunduk.
"Cik Erina pesan supaya tuan muda pergi ke rumahnya pukul 7 malam."
Arien mengangguk.Dia menyuruh Zafran keluar.
"Biasanya aku yang ajak dia..ni dah kenapa dia tiba tiba ajak aku?"
Arien memandang gambar Erina yang digantung di dinding.Bibirnya tersenyum.
####
Erina memandang Arien yang sedang duduk di sofa.Barang barang yang dibelinya terjatuh ke lantai.
"Hey,my beloved girl dah balik!"
Erina berpeluk tubuh.Matanya tajam memerhatikan Arien untuk meminta penjelasan.
"Saya datang awal...2 jam je."
Erina menggelengkan kepalanya.Dia mahu mengangkat barang barang itu ke dapur namun Arien lebih pantas bertindak.Dia mencapai plastik plastik itu dan membawanya ke dapur.
"Awak nak masak apa Erina."
"Kek red velvet."jawab Erina pendek.Dahi Erina berkerut.
Arien memandangnya pelik.
"Kenapa Erina?"
Erina tersenyum untuk menyembunyikan kesakitannya.
'Tadi pandai sangat ambil tindakan kan dah kena..'rintih Erina.
"Nothing,kepala saya pening.."
Arien memapah Erina ke ruang tamu.Gadis itu duduk di sofa.Tanpa sengaja Arien terpandangkan tangan Erina yang berbalut.
"Kenapa dengan tangan awak tu?"
Erina kaku,tiada idea untuk membalas pertanyaan Arien.Arien berlutut di hadapannya.Tangan Erina yang berbalut ditarik lembut.
"Awak berdarah!"
Erina mengetap bibirnya.Luka itu memedihkan.Arien membuka balutan itu.Namun Erina menarik tangannya dengan pantas.
"Saya..saya tak sengaja cederakan tangan saya..tadi ada gelas pecah.Lepastu saya kutip kaca tu and cedera."
Arien diam.Dia tahu Erina menipunya.Tak mungkin kaca gelas pecah boleh membuatkan luka yang besar?
"Atau awak kena pisau?"
Pantas Erina menggeleng.Seboleh bolehnya dia tidak mahu Arien mengetahui hal yang berlaku sebentar tadi.
"Tak lah!Saya cakap kaca.Awak tak percayakan saya ke?"
Arien ketawa.Dia berdiri.Dia mengambil First Aid.
"Silly girl!"
Hidung Erina ditarik lembut.
"Awak tak ingat ke yang kita akan kahwin tak lama lagi?Saya tak nak awak cedera atau sakit."
Erina mencebik.
"Ye,baiklah pak cik!"
Arien hanya menggelengkan kepala melihat telatah gadis yang berjaya mencuri hatinya.
###
Dania memandang salji yang turun.Bibirnya mengukirkan senyuman.Dia tidak pasti adakah Anna dan Darien masih ingat tempat ini.Tempat mereka menuntut ilmu bersama sama.
"Dania?"
Dania berpaling ke kanan.
"Suha?"
Suhaila memeluk Dania.
"Lama aku tak jumpa kau!Mana Anna dan Darien?"
Dania tersenyum kelat.
"Mereka ada kerja yang perlu diselesaikan sebab tu mereka tak boleh datang."
Suhaila menganggukkan kepalanya berkali kali.
"Jom,aku bawa kau ke satu tempat."
Dania akur.Sepanjang perjalanan dia nemilih untuk mendiamkan diri.
"Dah sampai,kau tak nak keluar ke?"
Dania memandang restoran yang berada di hadapannya.Dia kaku.Dia memandang Suhaila meminta penjelasan daripada gadis itu.
"Dulu masa kita semua study dekat sini kau ada kata yang kau nak ada restoran untuk kita semua.Hanya untuk kita.Keesokannya,Darien bawa aku ke sini.Dia kata dia akan jadikan impian kau tercapai.Dia buat restoran ni untuk kau.Sebab tu nama restoran ni DANIA'S RESTAURANT.Dia akan datang sini sebulan tiga kali untuk check kedai ni."
Dania melangkah masuk.Suhaila membawanya ke sebuah bilik.
"Bilik apa ni?"
"Kau tengok dulu baru kau tahu."
Pintu dibuka.Dania masuk ke dalamnya.Air mata mengalir di pipinya.
"Dulu,selepas kejadian kau dan Anna gaduh,Darien buat semua ni.Dia nak luahkan perasaan dia kepada kau tapi..kau kemalangan.Dia cintakan kau Dania."
Dania memandang hiasan meja itu.Dia pernah menyatakan kepada Darien,jika ada lelaki yang ingin melamarnya,lelaki itu perlu menghias meja seperti yang dia mahu.Dania terduduk.
"Aku...bila dia akan ke sini lagi?"
"Hari ini.Dia dalam perjalanan ke sini."jawab Suhaila.
Dania bangun.
"Aku kena pergi dari sini."
Dania berlari ke luar restoran sambil dikejar oleh Suhaila.Tanpa sengaja dia hampir terjatuh namun sempat disambut oleh seseorang.
"Are you okay?"
Dania diam.Pandangan matanya bertemu dengan lelaki itu.
"Dania?"
Dania menolak Darien kasar lalu berlari sejauh yang mungkin.Dia tidak mahu berjumpa Darien.Dania berpaling ke belakang untuk melihat sama ada Darien masih mengejarnya lagi atau tidak.Matanya terbeliak.
"Darien!"
Dania berlari ke arah Darien.Kepala lelaki itu dipangkunya.
"Suhaila,tolong!"
Suhaila mengangguk.Dia mengambil keretanya.
"Darien,bertahan."
Darah keluar membuak buak dari mulut Darien.Dia ingin mengatakan sesuatu namun matanya semakin berat.Pandangannya kelam..
###
Darien membuka matanya.Perlahan lahan dia bangun.
"Darien,kau dah bangun!"
Suhaila tersenyum memandang Darien yang sudah sedar.
"Aku kat mana ni?"
"Hospital."
Darien memandang Suhaila.
"Mana Dania?"
Suhaila tergamam.
"Suha,mana Dania?"
"Dia..dia pesan semoga kau cepat sembuh dan bahagia selalu."
Darien menggelengkan kepalanya.
"Aku nak jumpa dia!"
"Darien,kau perlu rehat.Dah tiga hari kau tak sedarkan diri!"
Darien diam.Tiga hari?
"Baik aku mati je lagi bagus."
"Darien,susah payah Dania selamatkan kau dan kau boleh cakap macam tu?"
Darien diam.Matanya dipejamkan.Suhaila mengeluh.Dia melangkah keluar bilik.
"Dia dah sedar?"
Suhaila mengangguk.
"Dania,dia..cari kau."
Dania tersenyum.Dari tadi dia berdiri di hadapan pintu bilik Darien.Dia telah mendengar semua perbualan mereka berdua.
"Aku akan ada bersama dia...tapi bila dia tidur sahaja.Dan aku akan jaga dia sampai dia sembuh."
Suhaila duduk di sebelah Dania.
"Selepas dia sembuh?"
"Aku akan lari jauh daripada dia."
Suhaila mengetap giginya.
"Dia cintakan kau Dania!"
"Tapi dia suami Anna!"
Suhaila terdiam.Otaknya cuba menghadam kata kata Dania.
"Darien..kahwin dengan Anna?"
Dania mengangguk.Keluhan berat dilepaskan.
"Bila mereka berkahwin?"
"Tahun lepas."
Mulut Suhaila terlopong.
"Dania,kau kena tolong Darien!"
Dania mengerutkan dahinya.
"Tolong apa?"
"Anna,aku baru nampak dia keluar bilik hotel dengan lelaki lain dua bulan yang lepas kat Jepun."
Dania tergamam.
"Dia ada kerja yang nak dibincangkan kot."
Kepala Dania ditunjal lembut oleh Suhaila.
"Kerja apa sampai masuk dalam bilik hotel?"
'Ya tak ya jugak kan..kerja apa?'fikir Dania.
"Kau nak cakap yang Anna curang?"
Suhaila mengangguk.
"Dan kau perlu tahu apa yang terjadi selepas mereka berdua bercerai beberapa tahun lepas.Perkara yang Darien pun tak tahu!"
Suhaila mula bercerita.Dania tertunduk selepas mendengar cerita Suhaila.Kini hanya dua persoalan yang bermain di mindanya.
Bersama Darien atau meninggalkan Darien.
Share this novel