Bab 18

Romance Completed 3390

SHAHRUL memakirkan Viosnya di hadapan rumah dua tingkat milik keluarga Haniza. Dia turun dari kereta dan membetulkan baju kemejanya. Nak jumpa bakal mertua lah katakan. Salam diberi, pagar dibuka secara automatik. Encik Zareef membuka pintu dari dalam. Lebar senyumannya melihat Shahrul.

“Shah, masuklah dulu. Haniza tengah bersiap lagi rasanya. Biasalah perempuan. Bagi dua jam pun belum tentu cukup”, seloroh Encik Zareef. Shahrul tergelak kecil. Betullah apa yang dikatakan bakal mertuanya itu.

“Amboi Pa, seronok kutuk kakak ya?”, sergah Haniza sebaik sahaja mencecah anak tangga terakhir. Kedua-dua lelaki itu ketawa kecil. “Ingat, jangan balik lewat sangat. Jangan nak dating lama-lama sangat. Tunggu lepas kahwin nak dating sampai ke malam pun”, perli Encik Zareef kepada kedua-dua bakal pengantin itu.

Haniza dan Shahrul hanya mampu tersengih tayang gigi. Mereka bersalaman dengan Encik Zareef sebelum meminta diri.

“EH! TU BUKAN ELLISA KE?”, Shahrul bersuara sebaik sahaja turun dari kereta. Hajat ingin makan dulu sebelum ‘usha’ baju di butik pengantin. Kena mula survey barang nikah dah. Tinggal 3 bulan je lagi. Tahniah la korang!
Terus Haniza berpaling 45 darjah dari tempat dia berdiri. “Betullah tu Haniza. Tu husband dia ke?”, Haniza pula bertanya. Shahrul mengangkat bahu. “Tengok dari belakang, macam kenal”, Shahrul bertanda tanya.

Kedua-dua mereka akhirnya memutuskan untuk menegur ‘rakan’ lama mereka itu. “Ellisa kan?”, sapa Haniza sambil mencuit sedikit bahu Ellisa. Ellisa berpaling. Dalam hati siapa pula yang menegurnya ini? Tapi senyuman tetap dihadiahkan.

“Sorry tapi awak siapa,ya?”, lembut dan ikhlas ucapannya. Tergamam Haniza dan Shahrul. ‘Biar betul? Betul ke ni Ellisa? Ke kitorang salah orang ni?’, begitulah persoalan yang bermain dalam fikiran mereka. Agak kejam pemikiran mereka berdua ya? Haha!

“Aku, Haniza budak sekelas Edrian dulu. Yang ni Shahrul, I’m sure you remember him. One of Edrian’s gang”, tergelak kecil Shahrul mendengar cara Haniza memperkenalkan dirinya. Melopong Ellisa. “What? Wow! Hey, korang semua apa khabar sekarang?”, terus dia berperwatakan ceria dan teruja.

Haniza sengih. “Kami semua sihat. Macam yang kau tengoklah. Kau tu yang menghilang lepas SPM dulu. Kalau Adilla aku tahulah dia terbang ke UK, tinggal dengan abang dia kat sana”, terang Haniza panjang lebar.

Ellisa hanya ketawa kecil. Ketawa yang lebih kepada menyorok sesuatu. “By the way, kau dah siap makan atau kau baru nak makan?”, Shahrul tiba-tiba mencelah. “Aku baru nak makan. Tengah tunggu husband aku. Dia ada urusan sikit kat dalam. Marilah join sekali”, pelawa Ellisa. “Ni restoran kau ke? Tadi tu hubby kau lah? Bila kau kahwin?”, soal Haniza agak terkejut. Ellisa senyum sambil mengangguk. Tak tahu mana satu nak dijawab dulu.

“Niza, satu-satu. Kalah wartawan awak ni bagi soalan”, usik Shahrul pula. “Kesian Ellisa, pening dah tu nak jawab mana satu”, dia menyambung lagi. Terus sepitan ketam hinggap di bahunya. Mengaduh kesakitan sekejap kena sepit dengan ketam nipah tu.

“Sedap?”, tanya Haniza memerli. “Kurang. Tak ada garam”, ejek Shahrul pula. Terus dia menolak kerusi ke belakang. Mengelak takut disepit lagi.

Ellisa tergelak kecil melihat gelagat mereka berdua. “Korang dah kahwin ke?”, soalnya. “On the way”, jawab Shahrul sambil menyedut the ‘o’ ais nya yang baru sampai. “tiga bulan lagi. Jemputlah datang”, Haniza bersuara riang. “Nanti aku hantar kad bila dah siap”, sambungnya lagi.

“Wow! Congrats.” Dia memeluk Haniza. “Niza, Miyuki apa khabar?”, tanyanya perlahan. Haniza terdiam seketika. Dia terus teringat peristiwa Ellisa memberi amaran pada Miyuki supaya jangan mendekati Edrian. “Sihat je. Dia jadi doktor orang gila sekarang”, Haniza berjenaka.

Ellisa mengangguk. “Comel anak-anak dia”, ujar Ellisa pula. Tersedak Haniza yang menyedut minumannya. Shahrul yang dari tadi tidak memberi perhatian turut terkejut.

“Anak???!”, keduanya separuh terjerit. “Bila pula Yuki kahwin ni?”, Shahrul garu kepala. Ellisa tercengang melihat reaksi mereka berdua. “Kenapa? Alah, aku terserempak dengan Edrian haritu. Tapi tak tegur sebab masa tu husband aku rushing nak jumpa customer. Tapi aku nampak la anak-anak diorang”, Ellisa menerangkan pangkal persoalan.

“Okey, aku faham bab kau jumpa Edrian dan anak-anak dia. Tapi apa kena mengena dengan Yuki?”, soal Haniza pula. Semakin hangat topik ni. Nasi putih dan tomyam yang dipesan sudah berasap di hadapan mereka bertiga.

“Kan mereka kahwin berdua?”, dibalas dengan soalan dari Ellisa
“Kenapa pula mereka kahwin berdua?”
“Sebab Ed dan Yuki saling mencintai lah”,
“What?!”
“Kau tak tahu ke?”, makin sengit perbicaraan mereka.
“No. aku tak tahu apa-apa pun sekarang ni”, balas Haniza.

Shahrul meminta diri untuk ke tandas. Pening mendengar hujah mengarut dari Ellisa. Bila pula Edrian kahwin dengan Miyuki? Sebaik sahaja keluar dari tandas , Shahrul berselisih dengan seseorang yang dia cukup kenal. “Kai!”, panggilnya.

Khairul Idham yang sedang melangkah laju terhenti. “Shah? Kau buat apa kat sini”, terus mereka bersalaman. “Aku dan Haniza singgah makan. Ellisa pun ada sekali”, jawab Shahrul panjang lebar. Kai tersengih.

“Jap! Kau keluar dari bilik belakang tadi kau buat apa?”, Shahrul bagai dapat mengagak sesuatu. Kai senyum mengusik. “Kau rasa?”, dia menjongketkan sebelah kening.

“Okey, too much surprise today”, terus dia melangkah ke meja mereka. Kai tergelak.

“Kai?!”, soal Haniza pula terkejut. Lagi terkejut bila melihat Ellisa menyalami tangan kasar milik Khairul Idham. “Apa semua ni?”, Haniza pening. “Ellisa kahwin dengan Kai?? Bila?”, bertalu-talu lagi. Cik Niza, kan Abang Shah dah pesan tanya satu-satu. Haha!

“Lepas SPM”, jawabnya ringkas. Semua sudah memegang sudu garpu untuk menjamu selera. Memang dari tadi yang ditunggu, Kai rupanya. “Mana Ed dengan Yuki?”, terpacul soalan itu dari mulut Kai.

“Kenapa kau ingat diorang dah kahwin?”, jawab Shahrul dengan soalan pula. “Sebab masa dia putus tunang dengan Lisa dulu. Dia cakap nak kahwin dengan Yuki”, jawab Kai tenang.

Shahrul dan Haniza berpandangan sesama sendiri. Mainan drama apa yang mereka sedang tonton ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience