Bab 13

Romance Completed 3390

NOTIFICATION WeChat berbunyi sebanyak lima kali. Miyuki terus menekan ikon sesentuh WeChat.
Sweet Guy : Hi sayang!
Sweet Guy : Sayang, u look sooo beautiful!
Sweet Guy : Haniza pun makin lawa..hihi
Sweet Guy : Sayang buat apa tercegat kat situ?
Sweet Guy : Suka tak rumah kita?

Miyuki membaca teks itu satu persatu. “Haniza, this guy kenal kau”, Miyuki separuh menjerit. Haniza turut terkejut. “Dan, dia ada dekat sini”, kepalanya melilau mencari sebarang figura lelaki. Namun, tiada. Bayang pun tiada. Habis tu? Macam mana lelaki tu nampak dia, siap tahu nama Haniza lagi.

“Jom masuk dalam”, mereka melangkah ke arah pintu utama banglo tiga tingkat itu. Miyuki menggunakan kunci rumah lalu dimasukkan dalam lubang kunci itu. Sebaik sahaja terbuka, kedua-dua gadis itu kaku di hadapan pintu rumah. “Macam mahligai cinta sakti laaa”, ujar Haniza dengan kagum. “Untunglah kau Yuki”, dia menyambung ayatnya lagi. Miyuki menjegilkan matanya. “Untung kau cakap? Batang hidung dia pun aku tak kenal macam mana”, dia mengetap bibir tanda geram.

Haniza tergelak kecil. “Dah, daripada kau serabut fikir dia tu siapa baik kita explore ‘Istana’ ni dulu”, ucapnnya dengan penuh teruja. Miyuki hanya geleng kepala. Layankan saja.

“MAMA, mana Along?”, soal Arkish Zafran apabila perasan Chevrolet Captiva Sport milik alongnya tiada di garaj. “Katanya ada urusan penting di Terengganu. Mama pun tak tahu”, jawab wanita elegan itu. Walaupun sudah separuh abad , Arkish Zafran sangat mengagumi mamanya yang pandai menjaga kecantikan dan kesihatan sendiri.

“Angah masuk pejabat tak hari ni?”, wanita itu menyuap nasi berlaukkan keli goreng berlada kegemarannya ke dalam mulut. “Tak mama, along ada minta tolong angah buatkan sesuatu”, jawabnya.

Usai makan tengah hari, Arkish menyalami tangan mamanya dan bergerak keluar. Lagu Payphone nyanyian Maroon 5 berbunyi dari dalam poket seluarnya. Segera Arkish menjawab panggilan itu.

“Angah, dah bertolak ke belum?”, suara garau lelaki menerpa dari hujung talian. “Kalau ya pun, bagilah salam dulu”, tegur Arkish. “Baru lepas lunch dengan mama. Along dah ada kat Terengganu ke?”, soal Arkish pula sambil meletakkan beg berisi beberapa helai pakaian untuknya selama di Terengganu nanti. “Dah. Kalau dah nak sampai nanti call Along dulu”, jawab suara di sebelah sana. Panggilan dimatikan. Garang enjin Range Rover hanya seketika sebelum meninggalkan asap di perkarangan villa Tan Sri Mokhtar itu.

“Jom balik”, ajak Miyuki setelah menyedari mereka telah menghabiskan masa hampir dua jam dalam rumah itu. Itulah, rumah besar sangat. Haha! Haniza masih dalam khayalannya apabila tiba-tiba Oppo Find7 berbunyi.

Sweet Guy: sayang, dalam microwave kat dapur knp xbuka?
My Girl : awk dlm rumah ni jgk ke? Stahu sy smua tmpat kami dh explore.
Sweet Guy : Haha! Tggu lpas kahwin bru sy bgtau rahsia ni kt awk, ye syg?
My Girl : Siapa nk khwin dgn awk? Sy dah ada suami la.. -_-
Sweet Guy : Ish! Tak baik menipu tau. Dosa. Sy baru bakal suami awk. Sabr la.. jgn gelojoh sgt..

“What the?!”, Miyuki sedikit menjerit. Bengang betul dia dengan loyar buruk lelaki itu. Terus dia bangun dari sofa kulit berwarna putih krim itu. “Kau nak kemana?”, tanya Haniza apabila Miyuki tiba-tiba bangun. “Makan”, jawabnya sepatah.

Dua pinggan sederhana berisi Fish and Chips dibawa keluar daripada microwave. “Wow! Ni favourite kau kan?”, Haniza teruja gila. “Macam mana lelaki ni tahu semua pasal kau?”, soalnya lagi. Miyuki hanya mengangkat bahu. Tiada jawapan untuk soalan kawannya itu.

“ENJOY your lunch my dear”, satu suara berbisik perlahan dari satu sudut dalam rumah itu. Matanya dipejamkan seketika. Bolehlah dia tidur dalam kegembiraan setelah melihat insan kesayangan menikmati hidangan. Hasil air tangan sendiri pula tu. Jam loceng telefon disetkan kepada pukul 2:30 petang. Mujurlah dia sudah solat Zohor setelah azan berkumandang sebentar tadi.

CCTV yang menunjukkan segenap isi rumah terus ditayangkan. Namun, orang yang mengawasinya sudah terlelap keletihan. Sehingga dia tidak sedar sewaktu Honda Fit meninggalkan perkarangan rumah banglo tiga tingkat ala British.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience