Bab 25 (Ending)

Romance Completed 3390

“AaAi, Along ni. Lina dengan kembar ada sekali. Nak jumpa kat mana?”, sergah Edrian sebaik sahaja talian bersambung. AiAi mengurut dada, sabar ajelah dengan abangnya itu. “Waalaikumsalam. Kita jumpa di kedai makan Mama Tomyam sajalah. Lina pun mesti lapar tu”, AaAi memutuskan. Edrian mengetap bibir terasa diperli. Kepala dianggukkan lalu talian dimatikan.

“Along ada perkara nak bincang dengan semua adik along”, Edrian Rifqi memulakan bicara selepas menyisip milo suamnya. Aa Ai, Lina dan Arkish yang turut serta selepas selesai kerjanya memberi sepenuh tumpuan pada along mereka. Jarang sekali Edrian mengeluarkan nada serius seperti itu. “Apa dia along?”, soal Arkish tak sabar.

“Along nak nikah”, serentak itu semua adik-adiknya termasuk Lina terburai gelak. Edrian mengecilkan mata. “Apa korang ketawa pula? Ingat Along main-main ke?”, dia bernada jauh hati. Semua menekup mulut. “Along nak nikah? Dengan siapa? Agak-agaklah, kitorang pun tahu Along mana pernah bercinta”, AaAi menjawab sambil menahan gelak. Yang lain mengangguk bersetuju. “Tak pernah bercinta tak bermaksud Along tak pernah jatuh cinta”, jawab Edrian tenang. Adik-adiknya terdiam.

MAJLIS PERNIKAHAN DAN RESEPSI yang berlangsung di Banquet Hall Hotel Primula itu hampir penuh dengan kehadiran tetamu yang dijemput. Tak lupa tetamu jemputan paling penting, kawan-kawan sekolah Shahrul dan Haniza. Edrian and the Gang. Cuma kali ini, adik-adik Edrian turut serta. “Ed, aku nak tanya sikit ni”, Shahrul bersuara selepas Edrian mengucapkan tahniah. Edrian mengangkat kening. “Kau kahwin dengan siapa?”, terbatuk Edrian sewaktu soalan itu terpacul dari mulut Edrian. Yang lain pun sama. Izriel, Ryaiz dan adik-adiknya AaAi ,Lina dan Arkish memandang Edrian meminta jawapan. Keliru. Sebab setahu mereka Edrian masih belum berpunya. “Hah?? Celah mana datang berita ni?”, Edrian menjawab pertanyaan dengan pertanyaan.

“Aku dengan Lisa. Kami ingat kau dah kahwin dengan Yuki lepas tengok anak kembar tu”, jawab Kai bersahaja. “Tapi, bila aku jumpa Yuki dia cakap dia tak nikah pun lagi”, Ellisa menyambung. AaAi tergelak. Semua mata tertumpu ke arahnya. “Kembar tu anak-anak saya la”, jawabnya. Terasa kelakar. Kesian pun ada pada Alongnya. Disangka sudah nikah sebab kerap bersama dengan anak-anaknya. Edrian mengeluh perlahan. “Mana dia?”, soal Edrian perlahan. Mata melihat ke bawah. Sejak dari awal majlis, tak terlihat kelibat Elora Miyuki. Mustahil tak datang. Ini kan majlis resepsi kawan baik dia.

“Ada, kat dapur hotel. Katanya nak tengok cara katering hotel. Dia kan memang berminat bab-bab makanan ni”, jawab Haniza tergelak kecil. “Hah? Bukan dia doktor ke?”, Ryaiz menyoal. “Doktor pun kenalah pandai masak. Takkan nak telan stetoskop tu”, perli Edrian pula.

“Amboi, back up bini”, Shahrul cucuk jarum. Memerah muka Edrian. sekali lagi, semua bantai gelakkan dia. “Nak aku panggil dia ke?”, Haniza menawarkan diri. “Sebenarnya, aku nak minta tolong korang semua”, Edrian bersuara. Dia memang yakin untuk melakukannya hari ini.

“CIK YUKI, ADA PANGGILAN”, Miya salah seorang pelayan hotel itu menegur Miyuki apabila melihat Miyuki tidak menyedari telefon keduanya bergetar. Sepantas kilat dia menyambar telefon itu dari kaunter dapur hotel dan berlari keluar.

Salam bersambut. Dada Miyuki berdegup kencang dari biasa, namun suara tenang dikeluarkan. “Ya, nak apa?”, agak sombong dari nadanya. Lelaki di hujung talian tergelak kecil. “Nak awak”, jawabnya bersahaja. Miyuki menjulingkan mata ke atas. Belakangnya disandar pada dinding sebelah pintu masuk dewan. “Tolong jangan main-main boleh tak? Saya tengah sibuk ni”, dia membalas. “Sibuk? Ke awak yang menyibukkan diri kat dapur hotel tu”, “Eh, suka hati sayalah nak sibuk kat”, ayatnya terhenti di situ. Edrian bantai gelak lagi. “Nanti kejap! Mana awak tahu saya kat dapur hotel? Awak ni memang suka spy orang ke? Mental!”, ada nada takut di situ.
“Saya nak jumpa awak. Sebab tu saya datang sini”, Edrian bersuara. “Yuki, kau buat apa tu?”, tiba-tiba Haniza berdiri di sebelahnya. “Kejap”, dia memberi isyarat pada lelaki itu. Edrian tersenyum memerhati dari atas pentas.
“Lah? Mana Shahrul. Kau ni, dah ada suami takkan asyik nak berkepit dengan aku kot”, Miyuki berseloroh menutup gugup. Haniza tergelak. “Jangan nak mengarut. Jom, ikut aku naik pentas”, “Buat apa?”, Miyuki membulatkan mata sepetnya itu. “Ikut sajalah”, terus diheret tangan Miyuki. Dalam terpaksa, Miyuki mematikan talian.

SHAHRUL mengetuk mikrofon beberapa kali untuk mengujinya. “Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Pertamanya, saya berterima kasih pada semua yang datang untuk meraikan majlis pernikahan dan resepsi kami yang sederhana ini. Cuma satu yang harapkan, doa kalian agar rumah tangga kami sentiasa bahagia sampai ke syurgaNya”, Shahrul mencapai tangan isterinya. Haniza tersenyum malu. “Tambahan, walaupun acara ini tiada dalam aturan majlis saya ingin menjemput Ummi dan Abah kepada Elora Miyuki, sahabat baik kami untuk naik ke pentas.

Miyuki mengerut dahi. ‘Apahal pula jemput parents aku tengah-tengah majlis korang ni?’, gerutunya dalam hati. Puan Elora Humaira’ dan Encik Khairil juga tercengang saat mereka dijemput oleh Ellisa dan Kai untuk naik ke pentas. “Kenapa ni?”,soal mereka. Pasangan muda itu hanya senyum. “Terima kasih”, ucap Shahrul pada mereka berdua. Puan Humaira’ dan Encik Khairil melihat ke arah anaknya dan Haniza meminta jawapan. Miyuki hanya mengangkat bahu.

“Sekarang, saya menjemput kawan baik saya. Dulu ada pengalaman jadi Kepala Jahat kumpulan kami”, semua jemputan tergelak. Miyuki masih blur. Haih! Memang lembab. Hahah!

Langkah kaki Edrian Rifqi yang keluar dari belakang pentas membuatkan mata Miyuki membulat. Orang tuanya masih tercengang. Shahrul memberi isyarat ‘silakan’ kepada Edrian. Mikrofon berganti tangan. Dia mengambil tempat di sisi isterinya, Haniza. Kedua-duanya tersenyum. Miyuki sudah berpeluh dingin. ‘Sah! Lelaki ni memang dah gila, apa yang dia cuba buat depan beratus manusia ni?’, fikirannya tak tenang.

Edrian menghampiri Abah Miyuki. “Bersaksikan tetamu yang hadir, Saya, Edrian Rifqi dengan rendah diri ingin memohon izin dari Tuan dan Puan untuk saya mengambil Elora Miyuki menjadi permaisuri saya yang sah”, semua hadirin terkejut dengan ucapan Edrian. tak pernah dibuat orang. Memang lelaki ni berani gila. Barangkali itulah yang difikir semua. Lutut Miyuki menggeletar. Puan Elora Humaira’ memandang ke arah anak gadisnya. “Allahu, tak sangka masih ada lelaki yang betul-betul ikhlas macam kamu ni”, Encik Khairil menepuk-nepuk bahu Edrian. “Abah respect keberanian kamu, minta izin kami depan khalayak ramai. Kamu tak gentar walaupun akan ada kemungkinan hajat kamu ditolak”, ucap Encik Khairil memuji Edrian.

“Miyuki, apa kata kamu?”, Puan Elora Humaira’ mengahmpiri anaknya. Miyuki melihat ke arah Edrian. “Jadi, selama ni?”, dia tak mampu menghabiskan bicara. Edrian senyum. Angguk. Mata Miyuki bergenangan dengan air mata. Semua kawan-kawannya turut menepuk tangan diikuti para jemputan seisi dewan. “Terima sajalah Yukii, dah lama Ed tunggu kau!!!”, jerit Ryaiz dari bawah. Yang lain bersorak menyokong. Memerah muka Miyuki.

“Kalau Ummi dan Abah izinkan, Yuki terima”, jawabnya perlahan. Edrian melepaskan nafas lega. Alhamdulillah. Ucapnya dalam hati. Miyuki memandang Edrian dengan perasaan geram. “Ingat ni drama ke? Macam confirm aku nak terima, memang gila punya high confident level mamat ni. Perangai tak pernah berubah!”, hatinya menjerit.

USAI majlis pernikahan dan resepsi Haniza dan Shahrul , kedua-duanya meminta diri. Miyuki meminta untuk bercakap dengan Edrian di tempat letak keretanya.
“Will you please explain why?”, Miyuki menyoal garang sebaik sahaja mereka semua turun dari pentas dan para jemputan teruskan acara menjamu selera. Edrian sengih manja. “Aku rindu kau”, Yuki angkat mata ke atas. “That’s not the answer that I’m looking for Mr. Edrian Rifqi”. Edrian gelak. “Alah, kalau aku approach kau macam biasa, confirm lah aku kena reject. Yalah, siapalah nak kat aku ni”, dia pura-pura berjauh hati.

“Jangan nak ubah topik”, Miyuki memberi amaran. Sudu the di tangannya dibaling tepat mengena bahu Edrian. “Auch! Saaakitt lah gila!”, Edrian separuh menjerit. Kali ini giliran Miyuki tergelak. “I can see that you never change”, perli Edrian. “OH? Should I?”, balasnya pula. Diam.

“Yuki”, “Ed”, dua-dua tergelak. “Ladies first”, “IALYT”, Miyuki senyum bahagia. Edrian tercengang. “Kau dah dapat perkataan tu?”, Edrian menyoal separuh percaya. Miyuki angguk. “Maksudnya ‘BY THE WAY I THINK I’M IN LOVE WITH YOU’ kan?”, Edrian mengangguk berkali-kali. “Lembab”, Edrian mengutuk . “Dah berapa tahun baru kau dapat”, Miyuki sekali lagi cuba untuk membaling sesuatu namun hanya tisu berada di tangannya.

“Edrian”,
“Ya?”,
“Thanks”,
“For what?”,
“For sinceredly loving me and taking me as your wife”,
“Thanks too”,
“For what?”,
“For waiting for me. ILY minah jepun”.
“ILYT mat salleh celup”, Kedua-duanya tergelak bahagia.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience