Bab 21

Romance Completed 3390

“BILA KORANG KAHWIN?”, Miyuki bertanya penuh kehairanan. Terperanjat macam terlihat panda bawa motor sewaktu mendengar cerita daripada mulut mereka. Haniza dan Shahrul pun satu. Langsung tak beritahu apa-apa kepadanya. ‘Siap kau berdua’, bebelnya dalam hati.

“Lepas saja aku dan Ed putus tunang, terus Kai masuk meminang aku. Aku pun terkejut juga. Tapi, Alhamdulillah kami bahagia bersama dengan anak-anak”, Ellisa menjawab tersenyum melirik manja ke arah Kai. Miyuki berdehem. Terus mereka tergelak kecil.

“Anak-anak kau pun comel. Kembar pula tu. Jealous aku. Niza dan Shah cakap kau belum kahwin, aku tahu mereka saja nak sorokkan”, Ellisa mengusik. “Hah?!” Miyuki tercengang. “Anak? Jangan berguraulah. Aku kahwin pun belum”, dia tergelak sendiri.

Giliran Kai pula ketawa. “Alah kau Yuki, siapa lagi kahwin dengan Edrian kalau bukan kau. Kejam kau, suami sendiri tak mengaku. Derhaka”, gurau Kai pula. “Serious, aku belum kahwin. Kau berdua salah faham ni”, dalam hatinya menahan tangis. ‘Maknanya dia memang dah kahwin, Cuma bukan dengan Ellisa. Selama ni hidup-hidup aku ingat dia kahwin dengan Ellisa’, omelnya sendiri dalam hati.

“Kau biar betul Yuki, habis tu Ed nikah dengan siapa?”, Ellisa garu kepala.

“AWAK TAK RASA BERSALAH KE?”,tiba-tiba terpacul soalan dari mulut Shahrul. Haniza berkalih memandang bakal suaminya itu. “Bersalah kenapa?”, jawabnya kebingungan. Memang loading betul kepala dia ni.

“Tiga bulan kita simpan rahsia daripada Miyuki, pasal kita jumpa Ellisa dan Kai. Pasal Edrian ada anak. Semuanya lah”, jawab Shahrul panjang tak berapa nak lebar. Haniza hanya jongket bahu. “Saya tak nak dia kecewa tahu Edrian dah kahwin. Siap ada anak kembar pula tu. Nantilah, masa di spa saya cuba terangkan pada dia”, janji Haniza.

“Yalah, apa-apa beritahu saya”, terus dia mematikan panggilan. Adat melayu, makin dekat hari pernikahan pasangan tak boleh berjumpa. Takut nanti hilang seri katanya. Apa-apa sajalah. Haniza dan Shahrul mengikut sahaja kemahuan orang tua mereka. Hanya WhatsApp dan panggilan menjadi talian hayat. Sabar ya, tak lama dah. Haha!

Miyuki menghempas punggung ke atas kerusi menunggu yang tersedia di spa itu. “Kau kenapa?”, tanya Haniza apabila dilihat Miyuki seperti angin taufan yang baru nak berputar. “Sampai hati kau sorok rahsia dari aku. Aku ingat kita berdua tak ada apa-apa rahsia”, jawab Miyuki berjauh hati.

“Rahsia apa pula ni?”, Haniza masih berdalih. “Pasal Ellisa, Kai, Edrian, anak, kahwin”,
Terus Haniza telan liur. “Macam mana kau tahu?”, tanyanya pula. Tak mungkin Shahrul yang beritahu. “Aku terjumpa Ellisa dan Kai tadi. Masa on the way ke sini”, jawabnya. Terus dia menceritakan semua perbualan dia dan pasangan itu.

“Sorry lah, aku Cuma tak nak kau sedih kalau tahu Edrian dah kahwin”, jawab Haniza jujur. “Kenapa aku nak sedih?”, jawab Miyuki pula. Mereka sedang berjalan ke arah kereta masing-masing. Selama 2 jam Miyuki tercongok menjadi penunggu setia sewaktu Haniza menerima rawatan spa.

“Kau kan cintakan Edrian. jangan tipu aku. Aku kenal kau”, Haniza berkata tegas. “Kalau tak ada jodoh. Buat apa nak sedih? Redha ajelah”, jawabnya bersahaja. Dalam hati mencucuknya hanya Allah yang tahu.

“Tak apalah, aku balik dulu. Apa-apa call je”, Miyuki menamatkan perbualan. Takut tertumpah air mata di hadapan Haniza. Dia tidak mahu bakal pengantin itu merisaukan dia lebih dari perkahwinan sendiri. Haniza hanya mengangguk kecil sebelum menerobos ke dalam perut kereta.

EDRIAN RIFQI memakirkan Chevrolet Captiva Sportnya di parkir yang disediakan hotel. AaAi dan Arkish yang terlena dikejutkan. “Dah sampai”, ‘sabar sajalah dengan adik-adik bertuah. Dideranya aku drive sorang-sorang, kau berdua sedap membuta dari KL. Patutlah beria nak tumpang’. Bebel Edrian dalam hati. Terpisat-pisat keduanya membuka mata.

“Jom makan. Atau nak check-in dulu?”, tanya Edrian. “Suka hati Alonglah. Kami ikut saja”, jawab Izzat dengan suara serak. Kering tekak. “Makan dululah”, jawab Arkish pula. “Lapar”, dia menyambung ayat. Edrian hanya mengiyakan. Pening nak melayan adik-adiknya. AaAi pula, tak padan dengan ayah dan suami orang. Tapi bila dengan Edrian dan Arkish, sikap kebudak-budakkan tu tetap ada. Macam tak cukup kasih sayang pun ada.

Nombor Ryaiz didail. “Helo, Ryaiz. Aku dah sampai. Bawa anak-anak memerang ni makan dulu”, maklumnya sebaik sahaja panggilan bersambut. Arkish dan Izzat buat muka bengang. Suka hati saja panggil mereka memerang. Dia tu pun abang memeranglah! Haha!

Ryaiz di hujung talian tergelak. “Yalah, pergilah makan dulu. Aku dan Izriel dah makan tadi”, jawabnya sebelum menamatkan perbualan. “Mereka dah sampai ke?”, tanya Izriel yang baru selesai mandi. “Dah. Kau mandi macam perempuan, lama gila. Aku siap tertidur”, bebel Ryaiz sebelum mencapai tuala masuk ke bilik air. Izriel hanya menjongket bahu tanda malas melayan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience