Bab 16

Romance Completed 3390

SELURUH isi kelas dipenuhi dengan belon pelbagai warna. Afiqah, Maria dan Aleysa pula ditugaskan menggunting huruf-huruf untuk perkataan HAPPY 18TH BIRTHDAY EDRIAN . Pintu hadapan dan belakang pula dijaga oleh ‘pak guard’ baru yang tak rasmi iaitu Faris dan Syukri. Semua sedang bertungkus-lumus membuat persiapan.

Ryaiz mengetuk pintu hadapan 3 kali sebagai isyarat dia bukan Edrian. Faris yang menjaga membuka sedikit untuk memastikan sebelum meluaskan pintu cukup-cukup muat untuk dimasuki Ryaiz. “Kau dah plan dengan Miyuki?”, soal Kai sebaik sahaja Ryaiz melabuhkan duduk. Izriel sedang sibuk memasukkan lagu-lagu kedalam playlist untuk dimainkan pada malam itu.

“Dah. Miyuki setuju”, sengihan lebar menghiasi wajahnya. Ryaiz mencapai botol air dihujung mejanya. “Yesss!!!”, Kai dan Izriel bersorak. “Tapi…”, Haniza yang ralit meniup belon tiba-tiba mencelah. Ketiga-tiga mereka berpaling serentak. Muka penuh persoalan. “Ellisa dan Adiela macam mana?”, dia menghabiskan ayat. Shahrul yang juga meniup belon terhenti untuk gelak. “Awak ni. Sempat lagi fikirkan dua orang tu”, usiknya. Haniza garu kepala yang tidak gatal.

“Pasal makhluk dua orang tu, kau jangan risau. Kami berdua dah settle kan”, sengih jahat terpampang dibibir Izriel. Seisi kelas bantai gelak. Bagai sudah tahu apa yang bermain dalam kepala Izriel, Kai dan Ryaiz. Haniza mengangkat ibu jari.

SEBAIK sahaja turun dari tangga surau, Kai, Shahrul dan Izriel berlari laju. Bimbang kelibat mereka dilihat Edrian. Selipar pun tak sempat disarung. Dicapai dan dipegang pada tangan sahaja. Haha! Semangat punya pasal.

Oppo Find7 dikeluarkan dari poket baju melayu. “Girls, touch-up preparation macam mana?”,Kai menyoal sebaik sahaja Haniza menjawab panggilan. “All set”, jawab Haniza sebelum panggilan dimatikan. Izriel menaip pantas menghantar WhatsApp kepada Miyuki supaya bersedia.

“Kalau tak menjadi macam mana?”, Miyuki bertanya kepada Ryaiz. Ryaiz sengih tayang gigi. “Awak jangan risau. Saya yakin mesti menjadi. Awak nampak je Edrian macam tu,sebenarnya dia pun lebih kurang bendul macam awak juga”, Opps!! Terus mulutnya ditutup dengan kedua-dua tangan. Miyuki menjegilkan matanya. “Ampun-ampun”, Ryaiz mengusik. Miyuki hanya menaikkan mata ke atas. Malas nak melayan. Sama sahaja dengan Edrian. Makin dilayan makin pening. ‘Kenapa asyik fikirkan mamat celup tu ni’, dia memarahi hati sendiri.

Semua pelajar tingkatan lima kecuali Miyuki bergerak ke Dewan Gemilang. Itulah yang istimewa bersekolah di sekolah berasrama. Semangat Batch dan setiakawan sangat kuat. Miyuki berdoa dalam hati. Dia berjalan ke arah blok akademik. Dilihatnya lampu kelas terpasang. Pasti Edrian sudah ada di dalam. Miyuki membuat muka selamba.

“Edrian!”, panggilnya. Edrian berpaling sambil mengangkat kening. “Oh! Kau rupanya Minah Jepun. Mana orang lain?”, dia melihat seisi kelas. Aku rasa asrama dan surau dah kosong tadi. Miyuki menjongket bahu. “Entah. Aku baru nak tanya kau”, dia menarik kerusi untuk duduk. Sebaik sahaja membuka zip dan menyelongkar dalam beg sekolahnya, Miyuki memandang ke arah Edrian dengan muka sedih.

“Apahal pulak kau ni?”, Edrian menyoal dengan suara dibuat-buat garang. Dalam hati rasa nak dicubit-cubit saja pipi Miyuki itu. Amboi Edrian! Gatal juga kau ni ya?

“Ed, buku rujukan Biologi aku tertinggal kat dewan”, Miyuki mengadu. Pura-pura sedih. “Macam mana boleh tertinggal kat dewan?”, hairan dengan Miyuki. Bila masa mereka masuk dewan? Dia berdialog dalam hati. “Aku lepak dalam dewan petang tadi lepas kau balik”, Miyuki menjawab dengan ‘jujur’.

“Kau pinjam buku aku jelah”, Edrian menjawab malas. Terus dicapai beg sekolahnya. Kali ni memang tak tersilap beg dah. Haha!

“Okey, aku tak bawa”, dia sengih tayang gigi. “Hampeh betullah kau ni”, Miyuki pura-pura marah. Padahal dalam hati sudah bersorak girang. Plan bakal berjaya!. “Jomlah,teman aku pergi dewan ambil buku kejap”, gesa Miyuki. Edrian menjeling Miyuki. “Kau ni, nampak kasar sangat. Penakut juga rupanya. Yalah, jom. Cepat!!!!”, bebel Edrian panjang.

“Dah habis? Kuat betul membebel kau ni”, Miyuki menghempuk buku notanya ke atas belakang Edrian. “Jom”, dia menyuruh Edrian berjalan di hadapan.

‘Mak Aihh! Gelapnya dewan. Rileks Ed, jangan tunjuk takut depan si Yuki ni. Tak pasal-pasal dia gelakkan kat kau’, Edrian bermonolog dalam hati. “Masuklah”, Edrian menyuruh Miyuki masuk dahulu. “Kau lah dulu. Kau kan lelaki. Mesti lagi berani”, Miyuki tersenyum kecil. ‘Yes! Plan berjaya!’, dia bersorak dalam hati. “Cepatlah Edrian!”, bentaknya.

“Yalah,yalah. Banyak bunyi betul minah Jepun ni”, pintu dewan ditolak dan serentak itu…

“SURPRISEEEE!!!!!”, seisi dewan yang sebentar tadi gelap bertukar terang sekelip mata. Seluruh rakannya berada di depan mata. Yang difikir menghilang tadi. Semua memakai topi Birthday Party. Dewan-dewan turut cantik terhias. Hampir menitis air mata lelakinya. Terharu beb!! Semua ada meraikan hari lahirnya. Walaupun dia tak adalah baik mana dengan semua orang. “Lek-lek, jangan nangis” usik Kai, terus semua bantai gelak.

Edrian berpaling mencari Miyuki. Tiada. Mana pula pergi minah Jepun ni? Melilau dia mencari. Lagu Happy Birthday tiba-tiba menerjah gegendang telinganya.

Dilihat Miyuki berdiri sambil memegang kek hari lahirnya. Edrian tersenyum. Hanya seketika. Mati senyumannya digantikan dengan muka bengang. “Kau perdayakan aku lah ni?”, dia mendekati Miyuki. Miyuki angkat sebelah kening. “Siapa suruh kau bendul sangat”, jawabnya mengusik. Gelak lagi seisi dewan. Terus Edrian meniup lilin keknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience