Bab 4

Romance Completed 3390

“Kepada semua pelajar, sila berkumpul di tapak perhimpunan sekarang”, suara Ameer Zaquan, Ketua Pelajar bergema melalui mikrofon yang digunakan. Pelajar-pelajar yang baru saja tiba dari asrama segera meletakkan beg masing-masing di bahagian tepi koridor aras bawah. Yuki dan Haniza bergerak ke tapak perhimpunan dengan sebelah tangan mereka memegang senaskah Al-Quran dan buku nota kecil. Haniza menjengah kepala mencari kelas mereka, 4 al-Furqan, tapi nampaknya pelajar perempuan kelas mereka yang lain masih belum masuk barisan.

“Yuki, kaulah berdiri di depan. Aku malulah”, Haniza bersuara. Yuki memandang sekilas ke arah Haniza. Matanya dikecilkan. Haniza sengih tayang gigi. Pelajar-pelajar lain sudah mula berlari-lari anak untuk masuk barisan kelas masing-masing.

“Niza, mana student lelaki?”, soal Yuki hairan. Di tapak perhimpunan itu, dia hanya melihat kelibat pelajar perempuan sahaja. Tapi, bayang lelaki langsung tak nampak. “Oh, pelajar lelaki sekolah ni memang macam tu. Hari selain hari Ahad dan Khamis memang diorang lambat datang sekolah. Ahad dan Khamis awal sebab dewan sekolah dekat dengan aspura”, terang Haniza panjang lebar.

Yuki mengangguk kepalanya tanda faham. ‘Kelakar betul’, getus hatinya sendiri. “Memang tak ada yang datang awal langsung ke?”, soalnya lagi. Bosan betul apabila terpaksa berdiri tapi perhimpunan masih belum dimulakan. “Ada, tapi tidur dalam kelas”, jawab Haniza selamba. Dia senyum segaris ke arah Yuki.

“Hah? Apasal lawak sangat behavior male students sekolah ni?”, mendengar pertanyaan Yuki, Haniza ketawa lepas. Tapi perlahan saja bunyinya. Maklumlah, Haniza ni memang control ayu sikit orangnya. Hahahaha! Yuki segera menutup mulut Haniza apabila melihat MC menaiki pentas. Pelajar lain dibelakang Haniza segera meluruskan barisan mereka.

“Tu, pakwe kau dah sampai”, Haniza menyiku lengan Yuki apabila kelibat Edrian muncul. Lelaki itu dan tiga lagi rakannya berjalan penuh macho menuju masuk ke dalam barisan.

“Kau jangan nak mengada. Tak ada maknanya aku suka jantan haprak macam dia tu”, Yuki berkata tegas.

Haniza hanya mengekeh ketawa. “Daripada aku suka kat dia, lagi bagus aku bercinta dengan beruk”, bebelnya lagi. Penolong Kanan Pentadbiran sedang memberikan ucapan mengingatkan pelajar supaya sudah mula mencari semangat belajar walaupun sekarang baru awal tahun. Haniza di belakang tekun mencatat apa yang disampaikan oleh guru. Manakala, Yuki sudah mula buat muka bosan. “Kau tak catat ke apa yang cikgu cakap tu?”, sergah Haniza tiba-tiba.

‘Mujur aku tak melatah’, Yuki merungut dalam hati. “Malas”, jawabnya sepatah.

Matanya melilau memandang sekeliling. Ada ramai pelajar yang sedang bercakap walaupun ada guru yang sedang berucap di depan. “Tak hormat langsung”, Yuki mendengus marah. Baginya, lebih baik dia mendengar tapi tidak mencatat daripada pelajar lain yang tak mencatat mahupun mendengar. Tiba-tiba…

“Ellisa! Adiela! Kamu berdua datang ke depan, sekarang!”, laung Cikgu Yusri, Penolong Kanan Pentadbiran sekolah itu.

Semua pelajar berpaling ke arah mereka berdua. Langkah kaki lambat-lambat diaturkan. Ellisa dan Adiela tertunduk malu. ‘Cikgu ni, kalau ya pun nak panggil tunggulah lepas habis perhimpunan. Buat malu aku saja’, bebel Ellisa dalam hati. Manakala Adiela sudah tarik muka empat belas.

“Inilah contoh pelajar yang kamu berdua tak patut ikut. Cikgu bercakap di depan, kamu jual ikan pula di belakang. Mana adab kamu sebagai seorang pelajar?”, tegas Cikgu Yusri melontarkan suara. Semua pelajar lain hanya melihat kosong. Takut nama mereka juga akan dipanggil. Yuki dan Haniza hanya menggelengkan kepala mereka.

Garang betul Cikgu Yusri tu.
Memanglah. Ini baru sikit kau tengok.
Kenapa? Ada lagi ke yang lebih teruk??!

Haniza hanya membiarkan Yuki tertanya-tanya. Kertas kecil itu kemudian dilipat dan dimasukkan ke dalam poket uniform sekolah. “Semua pelajar, sedia untuk bacaan doa”, suara Ryan Fahim , pelajar tingkatan lima ,kelas An-Nur bersuara. Kedua-dua belah tangan ditadah. Merdu sungguh suara yang mengetuai bacaan doa. Sejurus kemudian, usai sahaja selepas doa diaminkan pengurusi majlis menamatkan majlis. Semua pelajar bersurai dan bergerak keluar dari tapak perhimpunan, Yuki dan Haniza segera menuju ke arah beg sekolah mereka.

SUASANA kelas 4 Al-Furqan bising sekali. Kebetulan, pagi itu semua guru dikehendaki menghadiri mesyuarat. Pelajar, mestilah bersorak riang. Maklumlah, awal tahun. Semangat belajar masih kelam lagi. Edrian membuka buku rujukan Kimianya.

“Amboi, rajinnya abang Ed kita”, perli Ryaiz yang tiba-tiba muncul.

Yuki di belakang sedang mencatat sesuatu dalam buku notanya. Pelajar-pelajar lain ada yang sibuk ‘menganyam ketupat’, sebahagiannya belajar sendiri dan paling utama, ada yang buka kilang tahi mata. Hahaha! Haniza di sebelahnya sedang ralit membaca tulisan yang tercetak dalam buku rujukan setebal 500 muka surat itu.

“Awak, ada pembaris tak?”, sapa Fiqah. Terkejut chimpanzi Yuki dibuatnya. Fiqah tayang gigi. “Awak memang cepat terkejut, ya? Sorry.”, ujar gadis comel itu. Yuki urut dada. Haniza ketawa kecil. “Nah”. Huluran bersambut. Mereka mula berbual-bual memperkenalkan diri masing-masing. Yuki lebih banyak menjawab daripada bertanya. Haniza meneruskan pembacaannya.

“Yang kat belakang tu, tak boleh diam sikit ke? Aku nak belajar pun tak senanglah”, bentak Edrian tiba-tiba apabila mendengar ketawa terlepas dari mulut Yuki. Entah kenapa, panas betul hatinya dengan gadis kacukan jepun itu.

Yuki buat tak tahu. Malah, suaranya sengaja dikuatkan. Izriel hanya pandang sekilas. Pandangan mata laser Izriel itulah yang membuatkan Elora Miyuki dan seisi kelas terdiam. Lelaki itu memang ada aura kuat yang tersendiri. Dasyhat! Lima belas minit kemudian, Kai masuk dengan beg bergalas di bahu kiri. “Kau pergi mana? Nasib baik cikgu ada mesyuarat. Kalau tak, nahaslah kau tadi”, Ryaiz besuara perlahan. Tidak mahu memecahkan kesunyian kelas itu. Kai hanya tersenyum sumbing. Segera dia menerpa ke arah Ryaiz.

“Ray, cuba kau tengok ni”, pintanya sambil menghulurkan kepalanya kepada Ryaiz. Edrian dan Izriel turut sama melihat. Suara perempuan yang tiba-tiba ketawa memanaskan hati Edrian. “Woi minah Jepun! Kau boleh diam tak? Mengilai tak tentu pasal. Kau ingat suara kau sedap sangat ke?”, jerkah Edrian tiba-tiba.

Yuki yang baru saja hendak melelapkan mata tercengang. ‘Aku silap dengar kot’, hatinya menidakkan. ‘Takkanlah dia nak marah aku tak tentu pasal’, tambahnya lagi. Semua pelajar bersilih ganti melihat Yuki dan Farina,gadis yang bersuara nyaring tadi.

Ops! Ed dah cari pasal. Salah oranglah! Fikir mereka semua. Tapi, tak ada seorang pun yang bersuara. Malahan, Haniza juga turut tercengang melihat Yuki yang tak memberi reaksi. Namun, dia hanya membiarkan. Tidak mahu menyimbah minyak ke dalam api yang masih kecil itu. Ryaiz, Kai dan Izriel hairan melihat Edrian. “Ed, apasal kau marah minah tu? Dia tengah tidurlah weh!”, Ryaiz bersuara memecahkan suasana sepi yang berlabuh. Farina buat muka tak tahu. Tahu takut!

“Erk?!”, Edrian menggaru-garu kepalanya.

“Mujur Yuki tak dengar apa yang kau cakap tadi. Kalau tak,memang puff.. meletuplah gunung berapi tu nanti”, Kai berjenaka. Walaupun baru sehari mereka sekelas. Baran Yuki sudah dapat dijangka. Tapi, mereka hairan kenapa hanya pada Edrian , Elora Miyuki melampiaskan marahnya. Izriel hanya pandang sekilas. ‘Kuat tidur betul dia ni’, getus hatinya sendirian. Matanya diarahkan kepada wajah polos gadis ‘plain’ itu. Nampak lurus, tapi ganas. Itulah Elora Miyuki, pada pendapat Izriel.

“Best ke nama kena panggil tadi?”, ejek Ihsan apabila Ellisa dan Adiela lalu di hadapan kelas mereka.

“Mestilah! Gadis popularlah katakan…”, sambung Izham pula.

Semua pelajar ketawa terbahak-bahak. Haniza hanya membuat pandangan kosong. Yuki pula sudah hanyut dibuai mimpi siang hari. Edrian yang masih dengan buku di tangan langsung tidak menoleh. Ellisa dan Adiela cuba tayang muka selamba. Langkah kaki dipercepatkan untuk ke kelas mereka.

“Tak guna betul! Berani mereka gelakkan aku”, marah Ellisa setelah melepasi pintu masuk kelas. Dalam kelas itu, jarang yang ingin berbual dengan mereka berdua kerana kesombongan mereka yang terlampau. Adiela menggosok belakang Ellisa. “Sabarlah, you tahu kan mulut Ihsan dan Izham tu macam mana”, sela Adiela pula.

Ellisa hanya diam tak bersuara. Sudahlah Edrian tidak menoleh langsung pada dia. Hati lelaki itu sudah cuba ditawannya sejak dari tingkatan satu lagi. Namun, hasratnya belum lagi tercapai. Sebelum ini, mereka masih boleh berbual bersama, tapi selepas PMR tahun lepas Edrian berubah 360darjah. Lelaki itu tiba-tiba menjadi dingin dengan dia. Namun, apapun niatnya untuk mendapatkan hati Edrian akan diteruskan. Kali ini , dia akan menggunakan senjata yang kebetulan ada di depan mata. Dia yakin! Kali ini, Edrian akan menjadi miliknya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience