Bab 5

Romance Completed 3390

“Eh,budak! Sini kau kejap”, panggil Edrian dari tempat duduknya. Kepalanya tidak pula menghadap Yuki. Hanya suaranya saja yang didengari. Seisi kelas terdiam. Masing-masing seperti berbisik, ‘Ed cakap dengan siapa tu?’. Satu saat..dua saat…

“El, sini kejap…”, suaranya dileretkan. Yalk! Geli pula mereka dengar. Tak pernah-pernah ada yang memanggil Yuki dengan panggilan El. Mengigau apa mamat celup ni? “Ed, kau panggil siapa tu?”, Ryaiz bertanya.

Edrian hanya mendiamkan diri. ‘Aiseh! Apa hal aku manjakan panggilan tadi? Meleret-leret pula suara aku. Yak! Geli doee’, monolognya sendiri. Ryaiz hanya menggelengkan kepala. Elora Miyuki yang masih khusyuk dengan choki-chokinya di tangan ,langsung tidak menghiraukan panggilan Edrian. Malahan, dia langsung tidak tahu bahawa orang yang dipanggil Edrian itu adalah dia.

Haniza berkalih melihat kawannya itu di tepi. “Yuki, Ed panggil kau”. Tiada respons. Bahu Yuki digoncangkan. “Yuki……!!!”, kali ini dia menjerit di telinga Miyuki. Tersentak Elora Miyuki dibuatnya. Bertuah punya kawan! “Kus semangat aku, kenapa?”, akhirnya Yuki membalas. Matanya dijulingkan ke atas. Letih menghadap buku barangkali.

“Edrian panggil kau!”, Haniza menjawab. Geram pun ada dengan Miyuki yang tak berperasaan tu. “Dia nak apa?”

“Mana aku tahu, kau tanyalah dia sendiri”.

“Kenapa kau tak tahu? Kalau macam tu , acaner kau tahu yang dia panggil aku? Ayok! Tak baik tipu…”.

Geram dengan bebelan Miyuki yang tak henti-henti itu, Haniza bertindak drastik dengan menekup mulut Miyuki dengan tangan kanannya. “Yang kau ni, tiba-tiba jadi mak nenek duk bebel ni kenapa???”

Miyuki tutup telinga. Mulutnya dikumat-kamitkan, mengajuk mulut Haniza yang sedang membebel. “Kejap! Kau cakap ada orang panggil aku tadi kan?”, Miyuki kembali kepada topic asal. Malas nak melayan Haniza.

“Ed panggil kau”, Haniza membalas. Akhirnya berhenti juga bebelannya yang entah apa-apa tu. Mendengar sahaja nama Edrian, terus hilang raut ceria di wajah Miyuki. “Apasal beb?”, tanya Haniza. Haniza ni pun satu, kura-kura dalam perahu ,pura-pura tak tahu.

Miyuki hanya menggelengkan kepalanya. “Oi sengal! Kau nak apa?”, tanyanya apabila kaki berhenti di hadapan meja Edrian. Suaranya perlahan saja tapi penuh dengan ketegasan. Edrian mengangkat muka.

“Aku ingatkan pekak tadi”, jawab Edrian selamba. Mukanya kembali dihadapkan pada lukisan Naruto yang terbentang atas meja. Miyuki turut terdorong sama memandang ke arah lukisan tersebut. ‘Cantik’, getus hati Miyuki.

Pap! Tangan Miyuki mendarat pada meja tulis Edrian. “Cakap lah, tadi panggil macam nak gila!”, marah Miyuki pula. Suaranya masih lagi dalam nada terkawal. Bengang juga dengan Edrian ni. Tambah pula, Haniza cakap Edrian panggil dia dengan panggilan yang tak pernah-pernah orang panggil dia.

“Tak ada apa-apalah. Saja aje aku nak kenakan kau”, terus dia berlari keluar kelas. Zupp!laju woo!! Macam kilat. Hahaha! Miyuki yang baru saja selesai interpret data dalam kepala dia, melihat Edrian sudah tiada di meja. “EEE!!!SIAP KAU NANTI !!TAK GUNA!!”,bentak Miyuki. Tapi dalam hati sajalah.

Dengan perasaan sebal, Miyuki kembali melangkah ke tempat duduknya. Haniza hanya memandang tapi tidak berani menegur. Bimbang pula kalau-kalau Miyuki akan melepaskan perasaan geram kepadanya. Loceng rehat telah berbunyi, mungkin pelajaran akan berjalan selepas rehat. Kerana, para guru baru sahaja selesai mesyuarat sebentar tadi.

Sebulan Kemudian…

“Sekarang, saya nak kamu semua tubuhkan kepada empat kumpulan. Sekumpulan mesti ada lima orang memandangkan kamu semua berjumlah dua puluh orang sekelas.”, Cikgu Syahirah,guru Biologi memberi arahan. Semua pelajar perempuan berkalih memandang kawan-kawan mereka. Elora Miyuki seperti biasa, tenang seperti air kolam sahaja wajahnya. Haniza mendekatkan mulutnya ke telinga Miyuki.

“Yuki, aku nak sekumpulan dengan kau”, rengeknya perlahan. Miyuki hanya tersenyum segaris. Memanglah kalau boleh dia pun nak macam tu. Tiba-tiba, ada seorang pelajar lelaki mengangkat tangan.

“Cikgu! Kita tubuh ikut nombor nak? Baru adil cikgu”, matanya dikalihkan menghadap Hanna. Siapa lagi kalau bukan Zul. Dia meminati Hanna sejak tingkatan dua lagi, namun gadis itu tak pernah melayan. Kesian kau, Zul!

“Bagus idea kamu tu Zul”,ujar Cikgu Syahirah. Para pelajar mula membilang nombor satu hingga lima. Ada yang berwajah selamba, ada yang merungut entah apa-apa. tak kurang juga yang tersengih macam kera.

Selesai membilang nombor, Cikgu Syahirah menunjukkan meja makmal bagi nombor kumpulan masing-masing. Miyuki masih lagi buat wajah selamba. ‘Belajar,apa nak hairan’, dia bermonolog sendiri.

Miyuki selamba melabuhkan duduk. Begitu juga lelaki di sebelahnya. Tiga orang lagi ahli kumpulan mereka sudah membuat wajah pelik. Seisi kelas terdiam melihat ke arah tempat duduk Miyuki. Suara Cikgu Syahirah yang sedang bercakap di depan seolah-olah dibawa pergi angin lalu.

“Kenapa semua diam ni?”, sergah Cikgu Syahirah tiba-tiba. Semua pelajar terpinga-pinga. Miyuki masih berwajah selamba. Dia menggariskan senyum kepada tiga orang rakan sekumpulannya iaitu Eyman, Shaqila dan Lisa. “Aik? Kenapa kita berempat saja?”, Miyuki melontarkan suara serentak bersama Edrian.

Kedua-dua bagai terkena renjatan elektrik. Dahi Miyuki dikerutkan. Edrian mengangkat kening double jerknya. “Cikgu, boleh tak kalau saya nak tukar dia ni dengan Haniza? Please cikgu..”, jarinya dituding ke arah Edrian yang duduk di sebelah. Cikgu Syahirah menaikkan keningnya sebelah. “Why Yuki? Ada masalah ke bekerjasama dengan Edrian?”, suara sarkastik Cikgu Syahirah sudah terlontar, dan Elora Miyuki sudah dapat menangkap apa jawapannya. “It’s okay cikgu, everything’s fine”, ujar Elora Miyuki sambil wajahnya ditundukkan.
‘Mampus kau! Aku akan kerjakan kau cukup-cukup’, mata Edrian seolah-olah menghantar isyarat sebegitu kepada Miyuki. Miyuki hanya membalas dengan jelingan. ‘Kau ingat aku takut?’, getusnya dalam hati. ‘Haih! Nasib badan’, dia mengeluh sendiri. Sungguh dia tak suka berganding dengan musuh sendiri. Hello! Ada ke orang suka berganding dengan musuh sendiri? Sungguh tak logik dek akal.

Sabar sajalah Miyuki. It’s just a normal presentation, nothing else… getus hati Haniza apabila dia memandang muka nakal Edrian dan wajah kelam Miyuki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience