Bab 23

Romance Completed 3390

“APA YANG KAU CAKAP? AKU TAK FAHAM”, soal Miyuki tercengang. Pening otaknya cuba mencerna huruf-huruf yang disebutkan Edrian. Lelaki nakal itu hanya tersenyum. “Dig it up”, cabarnya. “Kau cakap sajalah. Kan senang? Lagipun, aku memang tak reti nak berteka-teki ni”, Miyuki cuba memujuk.

“It will not be fun”, jawabnya selamba. Terus ditutup nota yang dibelek sebentar tadi. Dia senyum meleret. “Aku pergi dulu. Lagipun dah janji dengan budak kelas nak main basketball”, tangan dimasukkan ke dalam poket sebelum melangkah pergi.

“Ed! Edrian!”, panggil Miyuki lagi. Edrian hanya buat tak tahu dan tersenyum sendiri. “Dig it up Miyuki. Aku akan tunggu”, bisiknya sendirian.

“Hampeh betul mamat ni”. Bentak Miyuki geram. “BTWITIAILWY.. apa benda lah dia sebut. Tak faham aku”, bebelnya sendirian. Hailaa Miyuki, memang lambat tangkap betullah kau ni.

Lagu Forever Friends nyanyian Fiona Fung bergetar dalam poket jubah doktornya. Terus Miyuki menyeluk poket sebelum melekapkan ke telinganya. “Along, ada apa?”, soal Miyuki sebaik sahaja salam bersambut. “Yuki, tengah sibuk tak sekarang?”, tanya Marhan di hujung talian. Miyuki mengerling jam, dah pukul 10.30 pagi. Sesi kaunseling dengan Sarah bermula lepas makan tengah hari.

“Sekarang Yuki free. Kenapa Along?”, Marhan menghela nafas lega. “Yuki tolong ambil Pak Lang di Airport sekarang, boleh?”, Marhan agak kelam kabut kerana pagi ini akan ada perbicaraan kes yang belum selesai. Jadi, dia tidak dapat menjemput Pak Lang dan Mak Lang mereka seperti yang dijanjikan.

“Pak Lang datang Terengganu? Kenapa Yuki tak tahu pun?”, soal Miyuki bertalu-talu. Marhan hanya ketawa kecil. Memang sengaja dirahsiakan untuk membuat kejutan kepada Miyuki, ummi dan abahnya. Tapi, disebabkan perbicaraan hari ini, tak jadi kejutanlah nampaknya.

Pak Lang dan Mak Lang mereka menetap di Australia kerana Pak Lang bekerja dengan syarikat perkapalan di sana. Mereka pulang ke tanah air hanya empat tahun sekali. Kebetulan pula tahun ini mereka pulang lebih awal dari biasa. Selalunya mereka akan pulang pada bulan puasa. Hidup berdua tanpa zuriat, Miyuki dan Marhan lah menjadi jantung hati mereka.

“So,Yuki tolong jemput mereka boleh?” Marhan bertanya lagi meminta kepastian. “Boleh!”, sahutnya gembira sebelum mematikan panggilan.

“Akak, tolong cover line saya boleh? Saya kena jemput Pak Lang dan Mak Lang saya di Airport sekarang. Please”, Miyuki membuat muka comel. Mujurlah Doktor Raisya jenis yang memahami. “Yalah. Tapi jangan lama sangat, nanti orang kata apa pula”, Doktor Raisya memberi lampu hijau. Terus Miyuki menanggalkan jubahnya. “Saya pergi dulu kak”, dicapai kunci kereta dan handbag dalam laci meja.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA SULTAN MAHMUD tidak begitu sesak pada pagi itu. Mungkin ramai yang lebih suka mengambil flight waktu tengah hari dan malam. Miyuki berdiri di hadapan Balai Ketibaan Domestik. Haih Miyuki, kenapalah tercongok depan Balai Ketibaan Domestik? Kalau tak melalut bukan Elora Miyuki namanya.

“Eh! Pak Lang dan Mak Lang kan dari Australia. Aku tunggu sini kenapa?”, Miyuki pegang kepala. Terus langkah diatur untuk pergi. “Abang!”, terdengar suara seorang perempuan memanggil suaminya. Miyuki pantas berpaling.

Namun bukan pasangan itu yang menjadi perhatiannya sekarang.

“E…Ed..Edr..ian?”, terketar-ketar bibirnya menyebut nama itu. Dilihat lelaki itu sedang menolak troli bagasi dengan seorang wanita yang menolak twin stroller. Miyuki melihat dengan jelas wajah lelaki itu sebaik sahaja Edrian melintasi dirinya. “Dia tak perasankan aku?”, Miyuki senyum. Pahit. Pedih. Tangannya digenggam mencari kekuatan. Tak mungkin dia nak rebah menangis di hadapan khalayak sebegini. Tak! Itu bukan Elora Miyuki.

Terus tidak dipedulikan semuanya. “Aku datang sini nak jemput Pak Lang dan Mak Lang”, dia melangkah laju ke arah Balai Ketibaan Antarabangsa. Dilihat Pak Lang dan Mak Lang seperti tercari seseorang. “Pak Lang, Mak Lang”, Miyuki melambai-lambai ke arah mereka. Senyum menghiasi bibirnya sekarang ini. Tapi, hatinya hancur seperti abu.

Tangan pasangan itu dicium. “Along ada trial. Jadi, Yuki datang jemput. Sudahlah tak beritahu Yuki nak balik Malaysia. Yuki nak merajuklah”, Miyuki pura-pura berjauh hati. Tergelak Encik Lokman dan Puan Farida. “Alahai, manjanya. Besar-besar pun nak merajuk”, Puan Faridah merangkul Miyuki dalam pelukan.

Hampir terburai air matanya. Mujur dapat ditahan. Dia menghantar Pak Lang dan Mak Langnya ke rumah. Mujur Ummi tidak kemana-mana. Bolehlah ummi melayan mereka dahulu. Terkejut Umminya sewaktu Puan Farida dan Encik Lokman terpacul di muka pintu. Gembira tak terhingga. Empat tahun tidak berjumpa, mestilah rindu tu bagai meroyan. Haha!

“YUKI..”, bisik Edrian perlahan. Ya! Dia nampak gadis itu. Dia nampak reaksi terkejut Elora Miyuki tapi mungkin ego lelakinya terlalu tinggi. Ikutkan hati yang terlalu rindu, ingin dipeluknya perempuan itu sewaktu melintasinya tadi. “Ya Allah”, dia meraupkan muka berulang kali. “Aunty Lin tak jadi ikut kita. Katanya dia akan ambil flight kemudian. Nanti Lina maklum balik pada AaAi.”, Lina menjelaskan. Tali pinggang keledar baru sahaja diketatkan pada kerusi kembar. Dia membuka pintu hadapan. “Along, kenapa?”, Lina di sebelah bersuara. Sejak masuk ke dalam kereta, Edrian seperti panda hilang pucuk buluh. Risau. Tak fokus. “Sorry, tak ada apa”, lalu gear dimasukkan ke D sebelum keluar dari tempat parkir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience