Bab 14

Romance Completed 3390

ARKISH memakirkan keretanya di hadapan banglo baru Alongnya itu. “Berkali-kali aku call, ta diangkat. Geram betul aku dengan along ni”, bebelnya sambil mengambil beg baju di tempat duduk belakang. “ALONGGG!!!”, dia menjerit memanggil alongnya. Sambil itu matanya meliar mencari loceng atau intercom.

Arkish mendail nombor alongnya sekali lagi. Kali ini panggilan bersambut. “Hmm,angah dah sampai ke belum?”, panas pula hati Arkish dengar soalan alongnya itu. Tapi sabar sajalah. Bukan selalu alongnya nak minta tolong darinya. “Dah”, serentak itu pintu utama rumah terbuka dari dalam. “Masuklah”, jemput Rifqi.

“Angah naiklah mandi dulu, guna bilik along la, bilik nombor dua dari tangga. Nanti kita keluar makan”, Rifqi memberitahu sebelum melabuh duduk di sofa kulit warna krim itu. Arkish hanya mengangguk dan terus memanjat anak tangga. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang. Penat dan lapar.

“JANGAN ganggu bakal tunang aku”, bentak Ellisa sambil menghempaskan buku teks kimia di hadapan Miyuki. Tersentak gadis bermata sepet itu. ‘Dia ni datang nak cari pasal, betullah tak kena masa’, hati Miyuki berbicara. Miyuki diam. Mencari kesabaran. “Aku tak pernah kacau dia. Lagipun, kami cuma kawan”, Miyuki masih berlembut. Dia sedar , berhadapan dengan ular sawa batik macam Ellisa ni , dia perlu menjadi bijak.

“Kau tu bukan boleh percaya sangat. Sampaikan kawan-kawan Ed pun backup kau”, Adiela menyampuk. “Kau guna ilmu hitam ke?”, berdesing telinga Miyuki mendengarkan ayat itu. “Bercakap jangan sampai jadi bergaduh. Aku tak nak ada masalah dengan sesiapa”, Miyuki menegaskan suaranya. “Aku nampak kau dekat Ed lagi, siap kau aku kerjakan!bukan setakat bikar, pasu aku baling biar sampai kepala kau pecah”, ugut Ellisa dan Adiela sebelum berlalu.

Miyuki mengurut dada. Sabar Miyuki. Dia beristighfar berulang kali. Terus dia teringatkan kejadian bikar 50ml yang terjatuh dari tingkap makmal biologi. ‘Jadi, tu semua perbuatan Ellisa dan Adiela?’, hatinya yang meledak api kemarahan terus disabarkan.

“Kau tercegat kenapa?”, sergah Edrian dari belakang. Miyuki berpaling laju. Jantungnya berdegup laju tiba-tiba. Dia keliru, adakah dia berdebar kerana bimbang Edrian melihat pertelingkahan dia dan Ellisa tadi atau sebab lain? “Saja, regangkan badan”, jawabnya terus kembali duduk di kerusi meja bulat itu. Edrian ketawa kecil. “Macam-macamlah kau ni”.

“MIYUKI!!!!!!”,jerit Haniza kuat. Terus brek kecemasan ditekan. “Astaghfirullah”, dia mengelamun rupanya. Mata dililau keluar. Mereka berada di traffic light. Tengah merah pula tu. Mujur sempat ditekan brek kecemasan tadi. Kalau tidak, Nauzubillah , dia dan Haniza kena rempuh dengan Hillux yang datang dari arah hadapan tadi. “Kau okey ke tak ni? Mari aku drive lah”. Miyuki memberhentikan kereta di bahu jalan. Haniza mengambil tempat di seat driver. Terus Miyuki merebahkan sedikit kerusi. Kepalanya dipaling menghadap pintu. Tanpa dia sedar, ada air mata yang mengalir panas di pipi. Mata dipejamkan.

“Yuki! Bangunlah. Kita dah sampai depan rumah aku ni”, Haniza menggoncang perlahan bahu Miyuki. Terpisat-pisat mata sepet itu membuka mata. “Okay”, mereka berbalas pelukan sebelum Miyuki meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

TERSEDAK Arkish yang sedang menghirup kuah tomyam sewaktu mendengarkan rancangan gila alongnya itu. “Tak masuk akal betullah along ni. Agak-agaklah nak minta tolong pun”, mukanya sudah merah macam udang kena bakar.

Rifqi sengih tayang gigi. “Betullah ni angah. Tolonglah…pleaseeee”, Rifqi buat muka comel. Bunyi ombak pantai yang menderu menjadi melodi semulajadi pelanggan kedai makan itu. Sengaja mereka memilih tempat yang tidak beratap, supaya dapat merasakan nikmat makan di tepi pantai dan beratapkan langit.

“Tak naklah angah. Muka punya handsome suruh admit ada skizofrenia pula”, mentah-mentah Arkish menolak cadangan alongnya itu. “Ingat ke nak minta tolong apa sampai suruh angah drive jauh-jauh dari KL tu”, marah Arkish lagi. Rifqi hanya tersengih. Jus carrot susu dicapai dan disedut. “Kenapa along tak buat sendiri je?”, tanya Arkish pula.

“Dia kenal alonglah”, jawab Rifqi selamba. Terangguk-angguk kepala Arkish mendengar jawapan alongnya. “Kenapa tak berhadapan je dengan dia?”, Arkish bertanya gaya Inspektor pula. Rifqi angkat bahu.

“Along pun tak tahu apa perasaan dia pada along”, keluhnya sambil mendongak ke arah langit malam.

HANIZA mengemaskan buku-bukunya sewaktu Shahrul melangkah ke meja bulat dia dan Miyuki sedang mengulangkaji. “Jom”, ajak Shahrul kepada Haniza. “Aku culik kawan kau ,ya?”, dia berseloroh kepada Miyuki. Miyuki hanya tergelak kecil. “Yelaaa..kau memang suka rampas ‘sayang’ aku”, jawab Miyuki bergurau. Haniza mengecilkan mata. “Aku bukan lesbian la”, marahnya. Ketiga-tiga mereka tergelak sebelum Shahrul dan Haniza meminta diri.

“Cik adik, sorang saja ke?”, usik Edrian dari arah belakang. Miyuki angkat mata ke atas. Tanda malas nak melayan. “Kau nak apa? kalau nak study , duduk diam-diam. Kalau nak mengacau, blah jauh-jauh”, Miyuki sengaja membuat suara kerasnya. Padahal dalam hati tahan gelak. ‘Confirm mamat ni buat muka punyalah’, gelaknya dalam hati. Edrian tarik muka. ‘Haa, kan aku dah kata’, Miyuki menyambung dalam hati. Terbahak-bahak dia ketawa.

“Kau kutuk aku dalam hati erk?”, rajuk Edrian. “Tak adalah”, jawab Miyuki sambil meredakan tawanya. “Yuki…”, Edrian meleretkan suara. Meremang bulu roma Miyuki mendengarnya. “Apa?!”, dia mengeraskan suara. “Yukiiiiiiiii”, panggil Edrian lagi. Saja hendak mengusik.

Jelingan maut diberikan. Pandangan beku dah mula ditayangkan. Edrian sengih. “Sorry, aku gurau saja. Janganlah nak angin sangat minah Jepun”, sempat lagi dia mengutuk dalam memujuk. Nakal betullah Edrian ni. “Yalah, aku tak marah pun”, Miyuki buat bo-layan. “Aku tahu. Kau kan sayang aku…”, Edrian pecah gelak. Pap! Sebatang pen penanda singgah di bahu kirinya. “Baling membaling memang hobi kau ke?”, Edrian menggosok bahunya yang dicium pen penanda itu. Miyuki tergelak kecil.

“Yuki, BTWITIAILWY”, senafas Edrian menyebut huruf-huruf itu. Miyuki tercengang. “Hah?!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience