Bab 11

Romance Completed 3390

“SIAPA yang WhatsApp Niza tadi?”, tanya Shahrul sebaik sahaja panggilan bersambut. “Yuki, dia ajak Niza teman pergi somewhere hujung minggu ni”, jawab Haniza dengan jujur. Shahrul di sebelah sana mengangguk-angguk. Macamlah Haniza nampak dia angguk. “Shah?”, seru Haniza apabila Shahrul hanya diam. “Eh! Maaf..maaf. Shah angguk-angguk je tadi, lupa kita tengah bercakap dalam telefon je sekarang ni”, tergelak Haniza dengan penjelasan Shahrul. Lelaki itu memang tidak pernah berubah dari zaman sekolah.

Jam yang sudah menginjak ke angka 12 tengah malam memaksa mereka untuk menamatkan panggilan. Amboi! Dah dua jam bergayut takkan tak puas lagi? Mereka berdua sudah bertunang pada dua tahun yang lepas, sebaik sahaja tamat pengajian. Mengikut perancangan, mereka ingin berkahwin dalam masa enam bulan dari sekarang.Shahrul merupakan seorang engineer dalam bidang kimia. Manakala, Haniza pula seorang doktor gigi. Elok sangatlah tu. “Nanti Niza cerita kat Shah tau pasal peminat rahsia Miyuki tu. Kelakar pula rasanya”, Shahrul tergelak di hujung talian. Haniza mengiyakan sambil turut tergelak. Setelah mengucapkan selamat malam, panggilan ditamatkan.

PAGI seterusnya dan keseterusnya, Miyuki menikmati breakfast percuma. Bukan setakat Pizza, sampaikan Sushi pun dah jadi sebahagian dari sarapan pagi dia. Sungguh dia tidak tahu siapa lelaki misteri itu. Mengenai Oppo Find7, punya loading kepala si Miyuki ni, baru dia teringat yang lelaki bertopi langgar dia. Masa itulah telefon itu dijatuhkan ke dalam poket jubah doktornya. Korang semua mesti dah dapat agak dari awal kan? Haha!

“Untunglah Doktor Yuki, hari-hari orang hantarkan breakfast”, seloroh Rita sewaktu Miyuki mengambil penghantaran percumanya itu di kaunter pendaftaran. Masuk hari ini, dah hari kelima dia makan sarapan percuma. “Entahlah Rita, saya pun tak tahu siapa punya kerja ni. Tapi, bersyukur sajalah. Rezeki, kan?”, dia membalas mesra. Langkah kemudian diteruskan ke bilik pejabat. Tapi, hairannya lelaki itu sudah tidak menghantar sebarang mesej di WeChat semenjak malam dia buka bungkusan itu.

“Ah! Suka hati dialah. Bukan siapa-siapa pun”, Miyuki mengalihkan perhatiannya kepada jambangan ros biru dihadapannya. Bagaimana lelaki ini boleh tahu akan ros kegemarannya? Selalunya, lelaki akan berikan ros merah atau putih. Tapi, tepat sungguh citarasa lelaki ini dengannya. “Who are you?”, keluhnya sendirian. Setahunya, hanya seorang sahaja yang tahu mengenai ros itu. Tapi, akalnya yang waras menangkal telahannya itu. Akhirnya , dia meneruskan rutin seperti biasa.

“Perempuan memang minat bunga ke?”, soal Edrian tiba-tiba sewaktu mereka sedang mengulangkaji pelajaran di meja bulat berhampiran padang sekolah. Miyuki yang ralit membaca nota Sejarah mengangkat kepala. “Sejak bila kau minat perempuan? Bukan kau kata menyakitkan hati saja melayan perempuan?”, Miyuki mengangkat sebelah kening. “Aku tanya aje. Kau pun mesti suka bunga kan?”, Edrian mengaju soalan. Miyuki mengangkat bahu. “Ros ke? Merah ? ke putih?”, bertalu-talu soalan keluar dari mulut Edrian. Miyuki mengeluh. “Diamlah, aku tengah menghafal ni”, suaranya sedikit keras.

Edrian memeluk tubuh. Memberontak. “Fine! Study la sampai pecah kepala kau tu”, buku Biologinya ditutup kasar.

Miyuki hanya buat selamba katak makan lalat. Zapp! Sekelip mata nota kecilnya hilang dari pandangan. “Edrian!”, jerit Miyuki marah. “Kau tak jawab soalan aku. Ingat aku suka cakap seorang macam kau ke?”, bentak Edrian geram. “Bagilah balik!”, Miyuki meninggikan suara. Tangannya cuba menggapai nota dalam pegangan Edrian.

Memandangkan dia lebih pendek, mudah untuk Edrian mengusiknya. “Jawab, kalau tak aku koyakkan nota tebal kau yang cantic ni”, ugut Edrian. Miyuki menjegilkan mata. Nafas dikeluh dengan keras. “FINE! Biru. Dah , bagi balik nota aku”, marahnya. “Biru. Pelik, macam orangnya”, perli Edrian sambil menghulurkan balik nota itu.

“Jauhnya Yuki termenung. Dah tembus meja Yuki tu”, seloroh Doktor Rysha dari muka pintu. Terus melayang segala kenangan dalam kepalanya tadi. Miyuki meraup muka sambil tersengih. “Lama dah ke Akak tercegat kat situ? Masuklah”, Miyuki membetulkan duduk. “Fikir apa Yuki?”, tanya Doktor Rysha setelah melabuhkan duduk. Miyuki hanya tersenyum. Dia bukan seorang yang suka bercerita tentang masalahnya dengan orang lain. Kecuali Haniza. Doktor Rysha mengeluh kecil.’Perahsia betul Miyuki ni’, getus hatinya.

“Nanti, pukul 3.00 ada discussion kat conference room”, jelas Doktor Rysha.

Miyuki mengangguk kecil. “Kes terbaru ke ni kak? Bila admit?”, tanyanya lagi. “Patient tu baru saja dihantar ke emergency room (ER) tadi. OCD”, jawab Doktor Rysha ringkas. Dia meminta diri dan berlalu untuk ke kembali ke bilik pejabatnya.

Obsessive Compulsive Disorder (OCD) adalah sejenis trauma yang pernah dilalui akhirnya menjadi tabiat kepada diri seseorang. Miyuki berharap dia dapat menangani kes-kes seperti ini dengan tenang. Memang kerja sebagai Doktor Psikiatri memerlukan kesabaran sekeras biji kopi, bukan senipis kulit bawang seperti Miyuki yang dulu.

HONDA FIT meluncur laju membelah dada aspal. Mujurlah hari ini dia tiada temujanji dengan pesakit. Hujung minggu pun tidak bermakna Miyuki bebas daripada kerjanya. Haniza disebelah mengurut dada berkali-kali. “Yuki, kau memang kawan baik aku. Enam bulan saja lagi aku dah nak kahwin”, Haniza mencebik. Mujurlah jalan tak berapa nak jammed seperti Kuala Lumpur. Terengganu memang tak sesak sangat kalau hari Jumaat.Bolehlah dia menekan pedal minyak sesuka hati. Kalau kena saman pun, tersangatlah suka hati kan Cik Miyuki?

“Lelaki tu pun orang Terengganu ke?”, tiba-tiba soalan terpacul dari mulut Haniza. Miyuki memberi isyarat memasuki simpang sebelah kanan. “Entah, aku lupa nak tanya. Tapi, gaya mesej macam bukan. Okey dah sampai”, brek ditekan. Enjin dimatikan. Kedua-dua memandang banglo tiga tingkat design ala British di hadapan mereka. Tercengang. Terpegun. Ternganga. Pendek kata , semua ‘ter’ adalah.

Rumah banglo tiga tingkat. Rekaan ala British tapi bercirikan tradisional. Dada Miyuki makin sesak. “Be strong Yuki, jangan biar Haniza tahu semua ni”, dia mengingatkan diri sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience