Bab 19

Romance Completed 3390

NOTIFICATION WeChat Oppo berbunyi. Pantas digapai telefon itu yang terletak di meja sisi katil. Eh? Macam teruja je Miyuki.
Sweet Guy: Sayang, how are you?

“Sah! Memang buaya darat. Lama tak contact tiba-tiba muncul nak bersayang-sayang”, bebel Miyuki. Pantas jarinya menekan sesentuh skrin.

My Girl: Penampar nak?
Sweet Guy: Ololo.. comel je sayang cakap camtu.
My Girl: Jangan gedik sgt lah. Menyampah syg.

Oopss! Miyuki membaca kembali. ‘Aku tulis sayang??? NOOOOOO!!!’, mula lah dia menggelepur macam ikan atas darat.

Sweet Guy: Wowowo.. dh bhasakan syg? Kira boleh set date nikah lah ni kan?
My Girl: Typo lah! Xada mknanya. Siapa nk kahwin ngn buaya mcm awk. Perasan!
Sweet Guy: Jangan jual mahal sgt syg.. nti mnyesal..hehe.. Abg tdo dulu ya..nyte sweetheart..
My Girl: Xrugi langsung.. berabang la pulak! Geli la…
Sweet Guy: practice makes perfect syg… ILYSM..

Miyuki terus mencampakkan Oppo itu ke atas katil. Sakit hati betul melayan lelaki planet Zuhal tu. Terus dia masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Hari ni terpaksa melayan pesakit bercerita sampai dia balik lewat ke rumah.

ARKISH ZAFRAN mendail nombor milik Alongnya. Alongnya yang bekerja dua tempat memang payah nak melekat di rumah. Minggu ni Terengganu, minggu depan Kuala Lumpur. Dan begitulah seterusnya. Gaya hidup nomad pun ada. “Along ni, susah betul nak accept call”, bebelnya seorang diri.

“Angah call siapa tu?”, sergah Izzat Ikhwan dari arah belakang. Berkali-kali dia mengetuk pintu bilik angahnya, tapi tiada respon. Terjah masuk sajalah. “Ya Allah, AaAi! Terkejut Angah!”, marah Arkish. Izzat Ikhwan hanya tersengih menayang giginya.

“Angah call along, nak tanya pasal minggu depan. Jadi ke dia nak pergi Terengganu, kalau dia nak pergi angah malas nak drive kereta Angah. Nak tumpang Along je”, Arkish menerangkan panjang lebar sambil tangannya pantas menaip sebelum menekan butang send.

“AaAi nak apa? tetiba je terjah masuk bilik angah. Kembar dah tidur ke?”, tanya Arkish pula. “Dah, Lina dah tidurkan. Dengan dia sekali tertidur”, jawab Izzat Ikhwan sambil mencapai model Kapal Terbang di atas meja kerja Angahnya.

Walaupun AaAi ni paling bongsu, tapi dia yang kahwin dulu. Dah dapat anak kembar lelaki pun. Comel-comel pula tu. Langkah bendul betullah AaAi ni. Kenapa AaAi? Sebab dia malu orang panggil dia adik, jadi Along dan Angah yang memahami memanggilnya dengan huruf depan namanya, jadilah AaAi. Haha!

“Sebenarnya AaAi pun nak ikut pergi Terengganu”, dia meleretkan suaranya. Muka dicomelkan macam kucing minta Friskies. “Tu kita tunggu Along respon. Eloklah, tak adalah gila sangat Angah nak melayan gila Along kau tu seorang diri”, Arkish mengomel.

“Tak baik cakap Along gila Ngah”, dia tergelak kecil. Setahunya Alongnya itu lelaki idaman malaya, macho, takkan gila kot? Dia menggosok dagu.
“Tak percaya eh? Kau tunggu lah nanti. Dah, Angah nak tidur. Shuh..”, dengan selamba Arkish menghalau adik bongsunya.

“TURUN!!! JANGAN TERJUN”, bunyi suara orang ramai terjerit-jerit semakin jelas di pendengaran Miyuki. Dia yang sedang berjalan ambil angin petang di taman berhampiran selepas pulang dari hospital ingin ke 7eleven mencari air membasahkan tekak. Dia melajukan langkah. Terlihat ramai orang berkerumun di hadapan sebuah bangunan kedai sebelah 7eleven.

Miyuki mendongak ke atas. Matanya dikecilkan. “Sarah!”, dia menjerit lalu berlari untuk naik ke atas bangunan tersebut.

“Sarah, jangan macam ni. Turun. Mari sini, saya ada”, pujuk Miyuki dalam keadaan termengah-mengah. Bagai juara kebangsaan pelari pecut dia berlari menaiki tangga bangunan 10 tingkat itu. Hendak menunggu lif rasanya membuang masa sahaja.

“Doktor buat apa kat sini?”, terketar-ketar suara dia. Sejujurnya dia takut pada ketinggian. Tapi, mungkin ini saja jalan penyelesaian yang terbaik. Mungkin semua ahli keluarganya akan lebih kurang rasa bersalah andai dia sudah tiada.

Miyuki memberi senyum. “Saya kan dah janji nak jadi kawan Sarah. Sarah turun ya? Bahayalah, nanti jatuh macam mana?”, reverse psychology adalah teknik terbaik Miyuki rasakan saat ini. Bermain dengan emosi pesakit boleh membuatkan mereka berasa lebih tenang.

“Tapi lebih baik kalau saya mati doktor”, Sarah mula menangis. Sarah pernah dimasukkan ke wad psikiatri kerana sejenis disorder yang cepat rasa bersalah dan menyalahkan diri sendiri atas semua perkara. Ibu dan abangnya yang sering memukulnya tidak pernah dipersalahkan walaupun setelah pihak hospital membuat laporan polis. Baginya itu adalah salah dirinya sendiri kerana tidak mampu memuaskan hati mereka.

“Jangan macam ni Sarah. Kalau awak bunuh diri nanti saya nak berkawan dengan siapa?”, pujuk Miyuki lagi. Dia perlahan-lahan mendekati Sarah. Sebaik sahaja Sarah menyambut huluran tangannya, Miyuki mendail talian kecemasan untuk menghantarkan ambulans dengan segera. Orang ramai yang berkerumun di bawah melepaskan nafas lega. Mujur ada yang berani naik ke atas sana. Fikir mereka. Keadaan kembali terkawal.

RIFQI menilik panggilan yang taak dijawab di telefon pintarnya. 20 panggilan tak dijawab daripada Angah. Tergelak kecil dia sendirian. “Sorry Angah, Along tidur mati semalam”, dia bercakap sendiri. WhatsApp dibuka.
“Along, jadi ke Along pergi Terengganu minggu depan. If jadi, Angah dan AaAi nak tumpang sekali”
Pantas dia membalas pesanan daripada Arkish. “Jadi. No prob, malam ni Along balik tidur rumah sana”, sesentuh send ditekan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience