Bab 7

Romance Completed 3390

“Bila masa kau tukar beg Ed?”, Izriel bertanya dengan nada yang hairan. Memang Izriel pulang awal sebelum loceng berbunyi tadi. Kerana kebosanan tak tahu nak buat apa. saat ditegur itu barulah Edrian bagaikan tersedar daripada koma setahun. Beg berjenama Nike warna hitam miliknya hampir sama dengan kepunyaan Miyuki. Cuma yang menjadi bezanya beg Miyuki terdapat strike berwarna kuning di poket kiri beg. “Alahai!!”, keluh Edrian penuh kesal.

Izriel ketawa perlahan. “Macam mana kau boleh tertukar beg?”, tanyanya serius. Edrian geleng kepala. Semua sebab dalam fikirannya ingin cepat-cepat beredar. ‘Apa agaknya reaksi minah tu,ya?’, Edrian bermonolog sendiri.

“Lantaklah, aku nak tidur”, separuh hati jawapannya itu. Dia menghempaskan badannya ke atas katil. Tilam lembut asrama sungguh melenakan tidur malamnya. Matanya berkalih memandang beg Miyuki yang berada di hujung kaki katil. “It’s not going to be a crime kalau aku buka beg dia kan?”, sengih nakal mula terpamer di wajahnya. Lalu, dengan perlahan-lahan zip beg sekolah Miyuki dibuka.

“Bekas pensil saja?”, Edrian separuh menjerit. ‘Biar betul minah ni, takkan pergi prep bawa bekas pensil saja’, getus hatinya pula. Tiba-tiba dia teringat Miyuki memegang buku biologi di tangannya. “Hurm, bosan”. Dia mengeluh sendirian. Izriel di katil sebelah sudah lama dibuai mimpi. Ular mainan yang berada di dalam lokernya diambil.

“Best juga kalau tengok reaksi minah tu esok ”, dia ketawa sendirian. Tubuhnya dibaringkan dan matanya dipejam. Namun, senyuman nakal masih terlakar di bibirnya. Doa dibaca dan Edrian terus belayar ke alam mimpi.

Miyuki melangkah longlai ke arah katilnya. Haniza melihatnya dengan wajah hairan. Mukanya seperti ingin mengatakan sesuatu. Miyuki duduk lesu. “Apasal kau nampak penat sangat? Nak kata bergaduh, diam je korang berdua tadi”, tanya Haniza. Sambil itu tangannya lincah menulis nota Fizik.

“Letihlah. Bukan bergaduh”, jawabnya malas. Tudung hitam di kepala ditanggalkan. Beg yang tergalas kemas di bahu diletakkan di tepi katil sebelum…

“Haaaa?????? Ni bukan beg aku!!!!!!!!”, jerit Miyuki dengan suara lantang lagi terkejut. Haniza yang duduk di sisi katil tercengang. “Itu beg Ed kan?”, soal Haniza kebingungan. Miyuki hanya terduduk membisu. Bengang. Malu. Pelik. Semua perasaan tu bermain-main di fikiran dia. ‘Macam manalah boleh tak terperasan?’, dia memarahi diri sendiri. Lantas akhirnya dia bangun menukar ke baju tidur sebelum meletakkan beg Edrian di kepala katil.

“Good night Haniza”, ucap Miyuki sebelum memejam mata dan terus dibuai mimpi. Haniza hanya mengangguk kecil lantaran terlalu fokus dengan nota Fiziknya. Dia senyum kecil memandang Miyuki dan beg Edrian. “Kelakar betul manusia dua orang ni”, dia mengomel seorang diri. Sejam selepas itu, Haniza menutup bukunya dan berbaring. Jam dikerling. ‘Dah pukul satu pagi’, dia berbicara dalam hati. Matanya dipejamkan. Malam terus merangkak ke pagi..

“Morning Izriel”, Miyuki cuba menyapa mesra sebaik sahaja melangkah ke dalam kelas. Izriel yang duduk di barisan hadapan sekali terpegun dengan kelakuan Miyuki. Keningnya diangkat sebelah. Miyuki senyum segaris. “Nampak mamat puaka tu tak?”, dia bertanya terus-terang. Terus meletus ketawa yang ditahan Izriel sejak tadi.

‘Erk? Aku ada buat lawak ke?’, Miyuki mengomel dalam hati. Giliran dia pula memandang pelik kepada Izriel. “Macam mana korang boleh tertukar beg?”, Izriel menyoal setelah ketawanya reda. Miyuki menggaru kepalanya yang terlindung di sebalik tudung. Dia tersengih menayangkan giginya putih bersih itu. “Nampak dia tak?”, tanya Miyuki lagi. Izriel hanya menggeleng sambil ketawa kecil.

“Kenapa dengan Izriel tu?”, tanya Haniza sebaik sahaja Miyuki melabuh duduk. “Dia tahu aku tertukar beg dengan Edrian”, jujur Miyuki menjawab. Haniza juga terkekeh ketawa mendengarkan jawapan Miyuki. Malas nak melayan miyuki mengeluarkn semua buku yang ditumpang letak dalam beg Edrian dan meletakkan ke dalam laci meja. serentak dengan itu..

“Oi minah Jepun!”, laung Edrian dari pintu hadapan kelas. Miyuki yang mendengar hanya buat-buat tak dengar. “Aku ada nama lah”, dia membebel dengan suara perlahan. Edrian yang melihat Miyuki buat tak endah berasa geram. Langkah dihayunkan ke arah Miyuki. “Nah beg kau!”, dia melemparkan beg itu ke muka Miyuki. Miyuki menarik nafas dalam-dalam. ‘Sabar Yuki’, Haniza disebelah cuba menghantar vibe kepada Miyuki dalam hatinya.

“Kau yang ambil beg aku, kau pula yang lempar atas muka aku? Cantiknya budi Bahasa kau Edrian!”, Miyuki bercakap masih dengan suara terkawal. Edrian hanya membuat muka toya. “Kau ingat aku hadap sangat dengan beg kau tu?”, dia membalas kencang. Miyuki membulatkan matanya sebelum menyimbah air suamnya kepada Edrian. “Nah! Aku harap kau sedar dari mimpi siang hari kau tu. Serentak dengan itu , Miyuki melempar beg sekolah Edrian ke papan kenyataan hadapan kelas.

Edrian meraup mukanya yang basah dan terasa panas dengan air suam yang disimbah Miyuki. “Siap kau! Berani betul kau lawan aku”, Edrian menudingkan jari telunjuknya kepada Miyuki sebelum berlalu ke hadapan kelas mengambil beg dan duduk di kerusinya. Miyuki hanya mengangkat bahu dengan muka mengejek. Ryaiz, Kai dan Izriel dan seluruh isi kelas hanya memerhati kelakuan mereka berdua. Haniza di sebelah masih belum berani menegur Miyuki. Dibiarkan Miyuki bertenang seketika.

Kelas pada hari itu berjalan seperti biasa. Cuma, kelas tidak sebising seperti sediakala dengan pergaduhan Edrian dan Miyuki kerana masing-masing sudah membentengkan diri dengan rebut dan taufan. Barangkali, ada rancangan dalam diam antara masing-masing. Guru-guru subjek yang mengajar kelas mereka juga turut hairan. Kerana, kebiasaannya pasti akan ada pertelingkahan pendapat antara Miyuki dan Edrian dalam keputusan. Namun , sejak hari itu sehingga ke dua minggu kemudian, apa yang dicadangkan Miyuki tidak dibantah langsung oleh Edrian dan begitulah sebaliknya. Haih korang, bila nak berbaik agaknya, ya?..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience