Bab 24

Romance Completed 3390

“YUKI MINTA DIRI DULU YA?”, Miyuki bersuara sebaik sahaja selesai mengangkut barang-barang Pak Lang dan Mak Langnya ke bilik tetamu. Pasangan separuh abad itu mengangguk serentak. Mereka sudah maklum yang nanti Miyuki ada temu janji dengan pesakitnya.

Serentak langkahnya menuju ke kereta, telefon pintarnya berdering. Dia menyeluk beg tangan mengeluarkan Asus, tiada panggilan. Terus kakinya berhenti melangkah. OPPO? Menggagau dia mencari telefon itu. Nada lagu I’m Yours nyanyian Jason Myraz masih galak berbunyi. Terus dijawab panggilan itu, kerana dia pasti tiada orang lain yang akan mendail nombor itu selain lelaki misteri yang agak lama menyepi.

“Assalamualaikum”, Miyuki memulakan percakapan. Terdengar suara sebelah talian menjawab salam, namun hanya berbisik. “Ada apa call?”, Miyuki mengeraskan suara. “Saya sibuk ni. Kalau ada hal penting nak cakap, cakap cepat”, dia menahan senyum. Entah kenapa, walaupun agak jengkel tapi ada satu rasa bahagia apabila pertama kali menerima panggilan daripada lelaki itu.

Edrian tersenyum kecil di hujung talian. ‘Garang, tetap macam dulu’, hatinya bersuara. “HELO!”, Miyuki sedikit menjerit. Pintu kereta ditutup kuat. “Alah, sorry baby. Hurmm”, dia menggosok kembali pintu Honda Fit kesayangannya itu. Alahai, macamlah kereta tu faham.

Tergelak kecil Edrian di hujung talian. “Gaya macam kereta tu anak. Kalau anak sendiri macam mana agaknya ya?”, terpacul kata-kata dari mulutnya. Jantung Miyuki bergetar hebat. Bukan kata-kata itu yang didengar di gegendang telinganya, tapi suara itu. Suara yang amat-amat dikenalinya. Edrian yang tersedar suaranya terkeluar terus menutup mulut. ‘Alahai! Mampus aku. Kantoi dah la’, dia mengetuk-ngetuk kepalanya beberapa kali. Tapi, alang-alangkan? Tak perlu mengaku, berlakon sajalah.

“Helo? Awak pula yang diam kenapa”, Edrian memancing suara Miyuki. Dia tahu, dan yakin Miyuki cam itu suaranya. “Ed?”, terketar suaranya menyebut nama itu. Hampir menitis air mata lelaki Edrian. sungguh, dia rindu suara Miyuki menyebut namanya. Nafas ditarik sedalam mungkin, cuba menyembunyikan identiti. “ED? Siapa tu? Alaa, awak dah ada orang lain ya? Awak janji nak jadi wife saya?”, dia memutar keadaan.

Mendengarkan kata-kata itu,Miyuki kembali geram. Sekelip mata sahaja dia yakin bahawa lelaki misteri itu bukan Edrian. hailaa Yuki, betullah kau ni ‘plain’. Lurus sangat. Mudah kena tipu dengan si Edrian tu. “Siapa nak kahwin dengan awak? Ya! Saya dah ada orang. Nama dia Edrian Rifqi. The only one I want to marry, the only one I love. So? Stop cari saya lagi. Faham?”, terus dia mematikan talian.

Terasa segala beban di dada hilang begitu saja. Terluah kata-kata yang selama ini rupanya tenggelam dalam dasar jiwa. Miyuki tersenyum sendirian. “Tapi, dia dah jadi suami dan ayah orang. Jadi, saya hanya mampu mendoakan kebahagiaan dia”, lantas dia menyeka air mata yang mula laju menitis. Bunyi notification WhatsApp yang masuk menghentikan lamunannya.

“Yuki, appointment hari ni Sarah minta untuk postpone sebab ibu saudara dia meninggal, akak dah dapatkan kesahihan maklumat dia tu”, -Doktor Raisya- .

Laju tangan Miyuki membalas ok, dan memaklumkan Doktor Raisya bahawa dia tidak akan pulang ke hospital lagi memandangkan tiada temujanji. Dan akan kembali selepas makan tengah hari. Selepas menerima kebenaran Doktor Raisya, Miyuki memasukkan gear D terus membawa jiwanya seorang diri ke Pantai Batu Buruk.

EDRIAN RIFQI melihat ke skrin telefon berkali-kali. “Aku salah dengar ke?”, ada air mata yang bergenang di tubir mata lelakinya. Dia senyum nipis. Bertahun dia menantikan ucapan ikhlas itu dari mulut Elora Miyuki. Dia tahu semua tu terlepas dek geram dengan usikan dia. Tapi dia puas. Puas kerana akhirnya dia dapat juga mendengar ucapan itu. “Time to make a move”. Dia menganggukkan kepala berkali-kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience