Bab 12

Romance Completed 3390

Lapan tahun sebelumnya…

Edrian mencium bau bunga ros biru ditangannya. Mujurlah mamanya memang suka berkebun. Bolehlah dia menyibuk suruh mamanya tanamkan ros biru. Kata mama , ros biru ni tak wujud, tapi orang sekarang improvise. Inject colour tu pada ros. Sebab tu maksud ros biru ni ‘Impossible’.

“Sejak bila Ed minat bunga ni?”, soal Puan Sri Citra kepada anak terunanya itu. Edrian hanya sengih tayang gigi. Macam budak-budak! “Tak adalah mama, kawan Ed yang cadangkan. Dia cakap warna ros biru cantik”, jawab Edrian separuh jujur. Puan Sri Citra hanya melayankan sahaja. “Angah mana?”,soal Edrian tiba-tiba.

“Ikut papa masuk syarikat hari ni”, jawab Puan Sri Citra sambil tangannya ligat me ‘make-over’ kan pokok bunganya itu. “Ooo”, hanya itu respon Edrian.

“Mama, bila sekolah dah buka nanti. Edrian nak bunga ros ni beberapa kuntum boleh, tapi sekali dengan batangnya lah”, dia berjenaka. Tergelak kecil Puan Sri Citra dengan gurauan anaknya itu. “Boleh, nak bagi girlfriend ke?”, usiknya pula. “EH! Tak adalah. Musuh ketat Ed. Birthday dia betul-betul hari pertama buka sekolah”, jawabnya pula. “Suka hati Ed lah”, mamanya malas nak melayan.

MIYUKI membuka buku latihan Fiziknya yang hampir lunyai itu. Dia bersendirian di meja berhampiran padang sekolah. Haniza dan Shahrul pula terperap dalam library. Manakala Ryaiz, Izriel dan Kai stick together setiap masa. Cuma kadang-kadang sahaja mereka datang ke tempat nya dan Edrian selalu study. Kalau dengan Haniza, memang tak ada makna Miyuki nak study, bersembang adalah.

“Dia tak sampai sekolah lagi ke?”, Miyuki melilau memandang sekeliling. Hari ini adalah hari pelajar memasuki asrama setelah bercuti selama seminggu.

“HAPPY BIRTHDAY minah Jepun!”, Edrian menyergah dari arah belakang. Miyuki yang sedang ralit membuat latihan melatah kuat. “Edrian!”, lipat maut dia berpaling. Matanya dijegilkan tapi hanya seketika apabila lima kuntum ros biru diikat reben putih menjamu mata sepetnya. “Wah! Cantiknya”, huluran bersambut. Miyuki mencium bau ros kegemarannya itu dengan penuh asyik. Untuk kali pertama, Edrian melihat senyuman teruja paling manis dari Elora Miyuki. Garang! Tapi lurus bendul!

“Suka?”, tanya Edrian sepatah. “Suka sangat. Arigatou gozaimasu (terima kasih)”, ucapnya ikhlas. “Ari mana pula yang makan ajinomoto ni?”, Edrian berseloroh. “Sama-sama. Ciumlah ros tu puas-puas”, Edrian memerli Miyuki apabila sejak tadi ros itu asyik diciumnya.

SPM dah makin menghampiri. Hanya tinggal 89 hari sahaja lagi. Semua sejarah pergaduhan mereka tersimpan kemas dalam kepala budak kelas tahun tingkatan empat dan tahun ini. Walaupun begitu, mereka berdua tetap bergaduh dan bertekak walaupun sering mengulangkaji bersama-sama.

“Ed, hujung minggu ni I balik dengan you”, Ellisa tiba-tiba muncul bersama Adiela. Meja yang tadinya bersuasana tenang, sekarang berbahang dek kehadiran ketam nipah itu. “Kenapa? Dah tak reti nak balik sendiri ke?”, balas Edrian dingin. “Papa you nak ajak daddy I bincang pasal pertunangan kita lepas tamat SPM”, perkataan TUNANG itu sengaja dikeraskan dan matanya melirik penuh benci kepada Miyuki.

“What?!”, Edrian separuh menjerit. “Sudah, sudah. Kau jangan nak mengarut. Kau blah sekarang!”, halau Edrian dengan kasar tapi tidak sampai tangankan Ellisa. Ellisa menghentakkan kaki sebelum melangkah pergi. “Kalau you tak nak sekalipun, parents you tetap nak I”, bentaknya. Adiela di sebelah hanya sebagai pak turut sahaja.

Miyuki cuba melorek senyum. Dia pun tak faham kenapa hatinya bergetar hebat sewaktu perkataan ‘tunang’ terpacul dari mulut laser-tak-ada-lesen Ellisa tu. “Kau okey ke?”, tanya Edrian tiba-tiba. ‘Dah kenapa pula aku tanya dia soalan tu? Bukan dia ada perasaan kat aku pun’, otaknya menafikan sesuatu yang hatinya lihat. “Okey. Alaa, Ellisa tu cantik, sesuai lah dengan kau yang handsome ni”, pujinya sambil tergelak kecil. Dalam hatinya, mencucuk hanya Allah yang tahu.

“Kalau kahwin nanti jemput lah aku”, ujarnya setelah Edrian hanya mendiamkan diri. Taktik melarikan diri Jam tangannya terus dikerling. “Edrian, dah pukul lima. Kita tak solat lagi ni”, Miyuki menukar topik. Terus dia mengemaskan buku-bukunya ke dalam beg.

Edrian hanya membiarkan Miyuki berlalu pergi. Pelik dengan diri sendiri. Hairan dengan hati yang asyik menolak apa dalam otaknya. “What’s wrong with you Edrian?!”, dia mengeluh sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience