Bab 3

Romance Completed 3390

“MANA kau merayap dari tadi Yuki?”, Haniza bertanya sebaik saja kepala Yuki terjengah ke ruang dalam biliknya. Yuki hanya tersengih Colgate. Jam tangan Q&Q dikerling. “Aku ingat,ada prep tadi. Kau pun, kenapa tak bagitahu aku hari ni ada gotong-royong asrama? Tak pasal-pasal aku terperangkap dalam kelas dengan geng mamat sengal tu.”, Yuki membebel panjang. Haniza tergelak kecil. Kali pertama dia tegur Elora Miyuki ni, perempuan tu hanya anggukkan kepalanya sahaja setiap kali disoal. Sama seperti sewaktu mereka bertembung sewaktu di pertandingan badminton dulu. “Kau ni, dulu bukan mmain pendiam. Sekarang, sekali buka mulut, berdas-das keluar dari mulut kau kan”, Haniza menyambung gelak di hujung ayatnya.

“Apa yang popular sangat mamat sengal tu?”, soal Yuki tiba-tiba. Tangannya mencapai alatan penjagaan diri. Haniza yang baru saja melabuhkan punggung ke atas katilnya terus menoleh ke arah Miyuki. “Kalau kau nak tahu, dia tu guy paling handsome ,dan tiga orang lagi kawan dia kat sekolah ni.”, terangnya bersemangat. Yuki menepuk dahinya berkali-kali. Dia betul-betul tak faham dengan perempuan zaman sekarang. Macam tu punya sengal pun ramai peminat?

“Tapi kan Yuki, aku nasihatkan kau. Tolonglah jangan gaduh dengan Edrian dan kawan-kawan dia tu lagi. Nanti jadi musuh kau dengan girls sekolah ni. Tadi pun dah ada si Ellisa tu tanya aku siapa kau”, Haniza membebel lagi. Yuki hanya buat muka blur. “Siapa pun aku, kau beritahu dia aku bukannya kacau suami dia. Ni mesti kes parents kaya jugalah kan?”, Yuki serkap jarang. Haniza hanya menganggukkan kepalanya. Yuki diam. “Dahlah, aku nak mandi. Kau nak makan tak nanti? Kalau nak ajak aku sekali,ya?”, pintanya pada Haniza. Mujurlah sekolah itu satu bilik hanya memuatkan empat orang pelajar. Kuat betul jodoh mereka berdua. Hahahaha!

Lima belas minit selepas itu, Yuki keluar dari bilik mandi dengan sudah lengkap berpakaian. Seluar track dan T-shirt Muslimah biru. Ringkas dan selesa. Kakinya melangkah laju masuk ke dalam bilik yang dihuninya. “Jadi kaulah Elora Miyuki, ya? Aku dengar ayah kau kerja makan gaji biasa saja.”, sinis nada suara perempuan itu pada pendengaran Yuki. “Aku ingatkan, nama macam foreigner anak orang kaya. Rupanya kelas bawahan saja”, ada satu suara lain lagi yang menyampuk. Elora Miyuki hanya tersenyum. Senyum plastik! ‘Sabar Yuki, kucing macam ni, kau suap dengan ikan diamlah dia nanti. Tapi taka pa. sekarang kita diam dulu. Kita tengok lama dan kuat mana dia nak mengiau’, hatinya berbicara sendiri.

Haniza yang melihat sudah mempamerkan riang cemas. Dia belum cukup mengenali Elora Miyuki. Cuma dia pasti, Elora Miyuki adalah gadis yang baik pendiriannya. ‘Aduh! Apalah yang Yuki akan buat ni. Aku rasa ada orang masuk hospital malam ni’, getus hatinya. “Yang kau ni tersengih-sengih dari tadi ni kenapa? Bisu ke?”, Ellisa menyergah Yuki. ‘Haish, minah ni. Kesabaran aku ni senipis kulit bawang saja. Entah-entah nipis lagi dari tu’, dia mengomel sendiri lagi. Tiba-tiba ketawa kecil tercetus dari bibir kecilnya itu. Elissa kelihatan bengang. Begitu juga Adiela yang berada di sebelahnya.

“Kurang ajar betul kau ni! Orang bercakap depan kau, boleh saja kau buat bodoh?”, kasar suara Adiela menerjah telinga Yuki. ‘Minah ni dah lebih. Tangan aku dah menggeletar nak naik atas muka dia ni. Sabar Yuki, sabar’, Yuki beristighfar dalam hati. Mukanya dimaniskan lagi. “Ya, saya Elora Miyuki. Pasal ayah saya kerja makan gaji tu, rasanya tak ada pula ditanya masa saya nak daftar sekolah ni. Perlu juga ke? Nama saya macam foreigner, ya? Terima kasih. Saya anggap tu pujian”, jawabnya sedas. Haniza yang melihat tercengang-cengang. Selepas tudung siap disarung, Yuki menarik tangan Haniza keluar dari bilik itu.

“Niza, kau jangan beritahu aku. Dua minah senget tu sebilik dengan kita.”, serius sahaja raut wajahnya ketika ini. Haniza menggeleng kepalanya. “Habis, siapa yang sebilik dengan kita?”, soalnya lagi. “Buat masa ni, tak ada. Maknanya kita berdua saja! Yeay!!”, sorak Haniza gembira. Yuki mengurut dadanya lega. “Kau tahu malam ni ada prep kan?”, Haniza bertanya. Hidangan makan malam yang terhidang di depan matanya membuka selera. Sambil tangannya menjamah nasi, wajahnya dihadapkan ke arah Yuki. Yuki mengangguk.

“Kau tak nak tanya prep kat mana, ke?”, Haniza memancing Yuki lagi. “Mestilah kat asrama kan? Dalam buku peraturan tulis macam tu.”, jawabnya selamba. Haniza ketawa kecil. ‘Kalau minah ni tahu, aku rasa ada meletup nasi tu dalam mulut dia’, omel hati kecilnya. “Kat kelas. Warden dah tukar tempat. Pengumuman masa gotong-royong tadi”, dia juga cuba buat suara selamba. Yuki hanya mengangguk malas. Nasi yang baru dikunyah dua kali ditelan serta-merta. Erk! Nasib baik tak tercekik. Teruk betullah Yuki ni.
“What??!!”, suaranya meninggi. Ketawa lepas dari mulut Haniza. “Kau biar betul Niza,jangan main macam ni”, rajuk Yuki. Haniza tersengih. “Aku tak main-main lah. Kalau tak percaya, pergi tanya Ellisa tu.”, mukanya menyindir. Miyuki hanya diam seribu bahasa. “Jomlah, dah hampir pukul tujuh ni”, ajaknya sambil menolak kerusi ke meja. Haniza rasa bersalah kerana tidak mengkhabarkan awal-awal. “Kau marah aku ke Yuki?”, soal Haniza. Yuki tersenyum. Kali ini bukan plastik. Haha! “Aku okeylah. Tak adalah, aku cuma tak nak berhadapan dengan Kai. Malu aku petang tadi tak habis lagi.”, rungut Yuki perlahan. Haniza menutup mulutnya dengan sebelah tangan.

“Maksud kau Khairul Idham tu? Kenapa? Kau buat apa?”, soal Haniza bertubi-tubi. Yuki pegang dahi. “Yang kau ni kenapa terlebih excited bila setiap kali aku cakap pasal geng mamat sengal tu?”, Yuki pandang pelik. Sambil tangannya ligat memakai telekung solat, Haniza membaling telekung milik Yuki ke arahnya. “Aku bendera Jepun”, ujarnya sambil sengih malu. Erk! Haniza garu kepala yang tak gatal. “Apa kaitan bendera Jepun kau dengan telekung solat tu?”, tanyanya hairan. “Loading betullah kau ni. Aku datang bulan”, balas Yuki. “Bila kau datang? Tadi kan kau solat Zohor dengan aku?”, soalnya hairan. “Mandi tadi”, jawabnya sepatah. Haniza mengangguk. “Aku memang lambat pick up sikit kalau kau cakap bahasa bunga. Hahaha!”, jawabnya selamba.

“Kau tak jawab lagi soalan aku…”, Yuki menagih jawapan. “Perhatian kepada semua penghuni aspuri yang boleh solat, marilah kita bersama-sama ke surau untuk menunaikan solat Maghrib berjemaaj. Jika anda tidak mengosongkan asrama dalam masa lima minit, nama anda akan diambil dan anda akan didenda. Ulang suara..”, suara Ketua Aspuri bergema dari corong pembesar suara. “Mak aih! Ganasnya sekolah ni.”, Ujar Yuki. Agak terkejut dia dengan peraturan di asrama. Maklumlah, baru pertama kali tinggal di asrama. Haniza hanya tergelak. “Tahu pun. Aku pergi dulu ya? Nanti nak ke kelas kau tunggu aku kat tangga surau. Kita pergi sama-sama”, Haniza bersuara sebelum menghilang di sebalik daun pintu.

Elora Miyuki melihat segenap penjuru ruang bilik itu. Mujurlah mereka berdua saja sebilik. Sekiranya tekaannya mengenai Ellisa dan Adiela sebilik dengan dia tadi adalah tepat, mahu tak tidur malam dia sebab selalu mimpi ngeri. “Entah dari manalah datangnya makhluk macam tu”, bebel Yuki sendirian. Jadual kelas dicapai. Yuki menyemak mata pelajaran untuk esok. Sambil itu, tangannya sibuk mengambil buku rujukan mengikut jadual belajarnya pula. Amboi Cik Yuki! Awal tahun dah ada jadual belajar? Dasyhat betul ni! Haha!

Lampu bilik kemudiannya ditutup. Jam di tangan dikerling sekilas. “7:45 malam. Prep pukul lapan. Bye-bye villa mini ku! Nanti ketemu lagi,ya?”, Yuki bersuara tiba-tiba. Sudahlah bercakap dengan bilik. Nasib baik tiada orang lalu lalang. Lampu bilik lain masih cerah lagi. Dia sudah bosan terkurung seorang di situ. “Vending machine…”, lalu dia mengeluarkan not seringgit tiga keping. Hasratnya ingin membeli air sementara menunggu Haniza dan pelajar lain solat berjemaah di surau.

“Ah…menyegarkan”, getusnya setelah air 100 Plus itu menuruni trakeanya. Ish..Ish..Ish.. Nikmat betul air tu bagi Yuki. Dia berdiri menghadap mesin air itu sambil jarinya menekan-nekan punat yang berwarna merah. Sedang dia ralit bermain sendirian, terdengar namanya diseur dari jauh. Kepalanya berpusing mencari-cari suara yang memanggil. “Sinilah!!!”, jerit Haniza lagi. “Coming!”, jeritnya pula. Nasib baik tak ternampak anak tekak. Apalah Yuki ni. Tak padan dengan perempuan. Langsung dia berlari-lari anak dengan kain baju kurung Malaysia yang tersarung di badannya untuk mendapatkan Haniza. “Yang kau ni, nak mencari nahas jatuh ke?”, bebel Haniza. “Apasal pulak? Aku memang dah biasa berlari dengan kain”, jawabnya selamba.

“DAH sampai pun minah poyo tu!”, bentak Edrian dari tempat duduknya. Kai hanya tersenyum sumbing. Nak marah Yuki petang tadi, tapi tak sampai hati. Muka polos je new face tu. “Yang kau ni tersengih-sengih, meroyan ke?”, sergah Ryaiz dari belakang. Izriel mengambil tempat duduk. “Tak adalah Ray, kau tengok si Ed tu. Yuki tu baru masuk sini tak sampai lagi sehari dia dah buat musuh”, omel Kai. Izriel kerut kening. Edrian pusing lipat maut. “Kai, kau pun nak sebelah minah jepun tu ke?”, Izriel menyoal.

Ryaiz dan Kai ketawa serentak. Tercengang-cengang Edrian dan Izriel. Bagi Izriel, dia tak nak bergaduh, tegur pun tak nak dengan Elora Miyuki itu. Haniza memberi salam diikuti Yuki. Terpandang saja muka Edrian , terus dia berpaling ke arah lain. Kakinya diatur ke arah Kai. “Saya minta maaf pasal petang tadi”, ujarnya sambil membongkokkan badannya sebanyak satu per tiga. Memang gaya Jepun. Kai senyum nipis. Mulutnya tidak bersuara. Hanya anggukan jadi jawapannya. Pelajar kelas itu yang seramai dua puluh orang melihat ke arah Yuki. Yuki hanya senyum nipis. Tiada seorang pun yang berani mendekatinya. Memang tepat sangkaannya. Hanya Kai dan Ryaiz nampak baik. Izriel terlalu pendiam baginya, sehingga sukar untuk dia membaca fikiran lelaki Melayu tulen itu. Edrian pula, terlebih ‘peramah’ dengannya.

“Kenapa kau minta maaf dengan Kai?”, Haniza berbisik di telinga Yuki. “Aku baling pembaris petang tadi, terkena dia”, jawab Yuki selamba.

Haniza membulatkan matanya. Biar betul kau? Matanya mengisyaratkan begitu. Yuki mengangguk kecil. “tak payah terkejut sangatlah. Tak cedera pun. Pembaris plastik saja”, jelasnya lagi. Buku rujukan Kimia dikeluarkan memandangkan jadual belajarnya adalah subjek Kimia dan kebetulan subjek pertama hari esok adalah Kimia. Bab 2, Struktur Atom. Lafaz bismilah diucapkan sebelum dia mula memegang pen dan kertas. “Pang!”, bunyi kaca pecah mengejutkan Yuki. Tapi kali ini, tubuhnya tidak memberi reaksi badan. Mulutnya juga tidak bersuara. Semua pelajar mula riuh dari tempat duduk masing-masing.

“Ed, kau okey?”, soal Ryaiz yang tiba-tiba muncul dari belakang. Izriel dan Kai sudah berlalu ke tandas sejak dua minit yang lepas. Kaca bertaburan beserta air dan teddy kecil di lantai koridor kelas. Ellisa yang berdiri di hadapan kelas 4 Al-Furqan turut kaku. “Kau okey tak?”, soal Ryaiz lagi. Kali ini suaranya naik satu oktaf. “Mata aku, ah..”, Edrian mengaduh kesakitan. Yuki segera mengeluarkan kapas telinga dari beg sandangnya. “Aku rasa mata aku masuk kaca lah Ray”, ujar Edrian perlahan.

“Apa dah jadi?”, soal Ryaiz pada Ellisa. Dia tahu Ellisa yang berikan snow globe itu kepada Edrian. “Edrian cakap dia tak nak. I tak nak ambil, dia pun letak kat tangan I. I tak nak, I lepaslah”, ujarnya dengan nada yang dikawalkan. Dia takut Ryaiz akan marah, walaupun dia tak pernah lihat kemarahan Ryaiz. “Nah?”, Yuki tiba-tiba menyapa dari belakang. Ryaiz tercengang. “Bukan saya. Tapi…”, Ryaiz tak tahu macam mana nak menjelaskan pada Plain Girl dihadapannya itu. “Saya tahu, tapi awak tolonglah keluarkan kaca tu. Saya bergaduh dengan dia. Tapi saya pun ada humanity lagi”, ujarnya beku.

Edrian tak dengar apa yang dicakapkan oleh mereka berdua. Manakala, Ellisa sudah melarikan diri ke kelasnya, 4 Ar-Rahman. Haniza di tempat duduk tercengang melihat reaksi Yuki yang drastik itu. Sekembalinya Yuki ke tempat duduk, Haniza baru saja hendak membuka mulut bertanya. “Aku manusia”, jelas dan ringkas perkataan yang terlontar dari mulut Yuki. Haniza senyum nipis. Kai dan Izriel yang baru masuk terus menerpa ke arah Edrian. “Kau okey ke Ed?”, tanya mereka serentak. Ryaiz menunjukkan serpihan kecil kaca yang terlekat pada kapas telinga itu kepada mereka bertiga. Edrian berterima kasih pada Ryaiz.

“Err..sebenarnya..”, belum sempat Ryaiz menyudahkan ayatnya, Yuki membuat isyarat diam dari tempat duduknya. Ryaiz mengangguk faham. “Sebenarnya apa?”, tanya Edrian. “Tak ada apa. nasib baiklah boleh keluarkan kaca ni”, Ryaiz mengubah topik. Kai mengangguk. “Tapi, mana kau dapat kapas telinga ni?”, Izriel bertanya kehairanan. Ryaiz hanya tersengih. ~Biarlah Rahsia~… ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience