Bab 22

Romance Completed 3390

“ADIK…”, sapa Marhan apabila Miyuki keluar dari perut kereta. Dia Cuma tersenyum kecil membalas sapaan abangnya itu. Marhan mengerut dahi. “Kenapa ni? Yuki ada masalah ke? Ceritalah kat Along”, pujuk Marhan. “Along..”, terus dia memeluk tubuh sasa abangnya. Semua tangisan yang ditahan sejak tengah hari tadi dihamburkan pada dada alongnya. “Sabar, kenapa ni?”, Marhan menggosok belakang Miyuki.

Belum pernah dia melihat Miyuki menangis sampai tersedu macam tu sekali. ‘Apa yang buat dia jadi macam ni?’,fikirnya. “Yuki..”, panggil Marhan. Miyuki membuat bodoh. Dia hanya menangis sepuas hati. ‘Sakit sangat Ya Allah. Besar dugaan Kau pada aku’, hatinya menangis.

Siapa sangka, lelaki yang pertama berjaya mencuri hatinya sekarang sudah bergelar suami dan ayah orang. Paling menyakitkan apabila semua menyangka dialah isteri kepada Edrian.

Selepas agak tenang, Miyuki melepaskan pelukan. “Ceritalah kat Along”, pujuk Marhan menepuk lembut kepala adiknya. “Umi dan Abah dah balik?”, Miyuki mengubah topik. “Belum. Esok baru balik. Umi dan Abah ada di Kuantan”, jawab Marhan.

‘Yuki memang tak berubah. Langsung tak nak berkongsi masalahnya dengan orang’, dia mengeluh kecil sewaktu melihat Miyuki melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam rumah mereka.
“Lisa ingat Ed nikah dengan Yuki”, Ellisa bersuara sewaktu dalam perjalanan pulang setelah berjumpa Miyuki. Kai toleh sebentar. “Abang pun macam tu juga. Dengan siapalah dia kahwin agaknya. Dulu beria nakkan Miyuki”, Kai seperti membebel. Ellisa hanya jongket bahu. Semua orang tertanya-tanya, siapa isteri kepada Edrian.

PUAN Humaira’ dan Encik Khairil tiba di rumah agak lewat. Mungkin anak-anak mereka sudah tidur. Namun, bilik tidur anak perempuan mereka dilihat masih cerah. “Pelik, Yuki tak tidur lagi. Kan dah lewat?”, ujar Puan Humaira’. “Dia ada kerja nak diselesaikan barangkali”, jawab suaminya. Jam dikerling. Sudah pukul tiga pagi. Memang pelik kenapa anak perempuannya belum tidur. Namun dibiarkan sahaja. Miyuki dah besar. Itu fikiran mereka.

Miyuki duduk bersandar di balkoni biliknya. Angin malam yang damai bertiup tidak mampu mengurangkan rasa sedihnya. “Kalaulah aku boleh undur masa”, dia berbisik sendirian. Lantas dia bangun menuju ke almari tempat simpanan barang kenangannya. Album gambar dikeluarkan. Satu per satu kenangan zaman sekolah menerjah ingatannya.

“WOW! SWEETTTTT”, jerit Kai sewaktu Miyuki muncul di pintu kelas 4E2. Miyuki buat muka toya. Menyesal betul dia pakai baju kurung bewarna turqoise itu. “Penumbuk nak?”, acah Miyuki. Bergurau. “Alahai, garangnya bini kau Ed”, seisi kelas bantai gelak. Mana tak jadi bahan, kalau tiba-tiba sewaktu majlis hari raya mereka pakai sedondon.

“Diamlah kau”, marah Edrian. “Aku lebih rela jadi anak teruna tua daripada kahwin dengan singa betina ni”, dia menjeling ke arah Miyuki. Miyuki buat tak endah. Malas nak melayan anak kera bercakap.

Miyuki menarik nafas sedalam-dalamnya. Air mata yang mengalir diseka. “Kau dah bahagia sekarang. Tak jadi anak teruna tua pun”, bisiknya kepada ‘Edrian’ sembilan tahun lepas. Dia ketawa menahan tangis. “Aku bahagia untuk kau Ed. I miss you”, terucap juga kata itu akhirnya. Ya! Dia rindu dengan lelaki itu. Usikannya, ejekannya. Memang menyakitkan hati tapi itulah lelaki yang berjaya membuka hatinya.

“Tak apalah. Dah tiada jodoh aku dengan kau”, terus dibelek ke gambar seterusnya. Gambar yang menggetarkan jiwa. Dia melihat kelopak ros biru yang kering yang diselit bersama gambar itu. Mungkin hancur kelopak itu jika dipegang. Miyuki mengeluarkan gambar mereka berdua sewaktu Edrian menghadiahinya ros biru itu.

Kali ini air matanya tidak dapat ditahan lagi. Sungguh dia rindukan lelaki itu. Bahunya bergegar menahan esak tangis yang kuat.

IZZAT IKHWAN mematikan panggilan. “Alina dan aunty Lin depart pukul berapa?”, Edrian yang sedang menonton televisyen besuara. “Flight pukul 10. Maybe sampai sini dalam pukul 10.45 or 11”, jawabnya. Aunty Lin adalah adik kepada mama mereka, yang sanggup membantu menjaga anak-anak AaAi kerana dia belum mempunyai cucu.

“Alongggg”, Izzat memanggil alongnya. Muka dicomelkan. “Memerang ni dah miang ke?”, usik Edrian. Arkish tergelak. “Apa dia?”, tanya Edrian.

“Masa tu, AaAi belum habis meetinglah. Angah pun belum habis lagi. Along tolong jemput mereka di airport boleh?”, dia buat muka comel. Edrian mengangkat mata ke atas.

“Yalah. Kau berdua memang. Nasib baiklah kau ni adik along, kalau tak memang lama dah Along buat kau jadi sup”, bebel Edrian.

“Amboi, nak supkan AaAi, nanti kesianlah kembar”, AaAi buat muka kesian. “Along dan Angah tolong jaga”, Arkish menjawab bersahaja. “Sudah. Sudah. Mengarut je kau berdua”, Edrian memotong. Padahal dia yang mulakan. Teruk punya abang. Haha!

“Along pergi seorang sajalah ni?”, Edrian meminta kepastian. Kedua-dua Arkish dan Izzat mengangguk serentak sambil tersengih. Jam dikerling, tiga setengah pagi sebelum lampu bilik mereka ditutup dan masing-masing melelapkan mata menanti subuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience