Bab 20

Romance Completed 3390

3 hari sebelum pernikahan Shahrul dan Haniza

RYAIZ dan Izriel memakirkan kereta mereka di parking lot Hotel Primula, Terengganu. Demi sahabat mereka yang nak berkahwin tiga hari dari sekarang, sanggup ambil cuti. Meredah dari Kuala Lumpur ke Terengganu Darul Iman itu. Kenapa ambil cuti awal? Sebab nak pusing Terengganu dulu lah. Lainlah Edrian yang bekerja sendiri. “Edrian dah sampai ke?”, terpacul soalan dari mulut Ryaiz.

“On the way katanya. Arkish dan Izzat pun datang sekali”, jawab Ryaiz. Mereka berdua sahaja yang kekal bersama. Kai sudah bahagia dengan Ellisa. Terkejut beruk mereka sewaktu Shahrul menceritakan semuanya. Dulu bukan main Kai lah orang yang paling anti dengan Ellisa, tup tup.. Kahwin. Tak jemput mereka pula tu. Hampeh punya Kai. Omel Ryaiz masa itu.

“Izriel, kau tak lapar ke? Jom cari makan dulu sebelum check-in”, cadang Ryaiz.

IZRIEL sedang membayar harga makanannya apabila dia terperasankan satu figura yang sangat dikenalinya. Terlalu asyik melihat ke arah gadis itu sehingga tidak sedar sewaktu juruwang itu memulangkan baki duit dia. “Encik?”, tegur juruwang perempuan itu dengan suara sedikit kuat.

Terbang habis lamunannya. “Ohh, err..sorry”, dia terkelu. Setelah selesai, dia kembali berpaling ke arah tempat sama gadis itu berdiri tadi. ‘Alaa, dah blaahh’, getus hatinya sedikit kesal.

“APA HAL mamat tu duk asyik tengok-tengok aku?”, bebel Miyuki sebaik sahaja menutup pintu kereta. Terus mukanya dibelek-belek dalam cermin. Nak kata mata dia senget sebelah ke,hidung ada dua ke. Tak ada lah pula. Semua normal saja.

“Pelik betullah. Entah-entah perogol bersiri tak?”, dia membuat andaian yang memang luar alam. Hailaa Miyuki! Kalau lah lelaki tu tahu apa yang kau fikir pasal dia, nasiblah kau.

Setelah selesai bercakap dengan cermin, Miyuki memasukkan gear dan meneruskan perjalanan pulang ke rumah. Hari ini, dia terpaksa ambil emergency leave(EL). Mujurlah Kak Rysha dan Doktor Danial sanggup nak backup dia kalau ada patient buat hal.

Semua kerana Haniza yang mahu dia menemankan ke spa. “Macamlah aku yang nak kahwin dengan dia. Kenapalah tak ajak si Shahrul tu”, bebelnya sendirian. “Mana boleh ajak Shahrul, tu kan spa perempuan”, dia memarahi diri sendiri.

Tinggal tiga hari sahaja lagi Haniza akan menamatkan zaman bujangnya. “Lepas ni terkontang-kantinglah Elora Miyuki seorang diri. Membawa hati lara sendiri. Cewahh! Ayat drama tak boleh blah! Haha”, kesian Miyuki, belum apa-apa lagi dah jadi pesakit mental.

BAMM!! Membulat mata Miyuki sebaik sahaja menekan brek. “Alahai, siapa pula kiss baby aku tengah traffic light ni?” Miyuki menggerutu sendirian. Traffic light merah tadi bertukar hijau. Terus dia bergerak melepasi traffic light sebelum memberi isyarat berhenti di bahu jalan. Kereta yang mencium babynya juga ikut berhenti. “Nasib baik tak langgar lari. Kalau tak memang aku kejar tadi”, bebelnya sebelum turun.

“Cik, sorry cik. Saya betul-betul tak sedar tadi. Sorry sangat”, seorang lelaki berkumis nipis turun meminta maaf. Nampak seperti ada penumpang wanita di sebelah. ‘Bercinta la tu. Sampai tak sedar kiss baby aku’, dia mengomel dalam hati. Wajah dipalingkan ke bumper belakang Honda nya.

“Hmm, tak apalah. Benda dah jadi. Lain kali bawa kereta pakai mata sekali”, langsung dia tidak melihat ke arah lelaki yang meminta maaf itu.

Lelaki berkumis nipis itu terus mengangkat wajah. Macam kenal suara ni. “Jap, Miyuki?!”, dia separuh menjerit.

Miyuki berpaling laju. “Erk! Kai???”, giliran dia pula terkejut. “Allah! Hidup lagi kau rupanya”, kasar betul Miyuki menyapa. Macam lelaki. Haih!

“Cantik mulut kau. Ellisa pun ada, dalam kereta”, terus seorang wanita anggun bertudung litup keluar dari kereta. “Ellisa?”, Miyuki separuh terkejut. ‘Mana dia?’, hatinya mencari seseorang.

“Yuki. Kenapa terkejut sangat? Haniza dan Shahrul tak cerita apa-apa ke pada kau?”, dia bertanya sambil memeluk Miyuki. Miyuki meleraikan pelukan. “Okay, apa kata kita pergi cari port baik sikit? Macam janggal aje borak kat bahu jalan ni”, mereka tergelak kecil. Betul juga.

“KAU KENAPA NI?”, soal Ryaiz sewaktu Izriel kembali ke meja dengan muka keliru. “Aku rasa macam nampak Miyuki tadi. Tapi tak tahulah kalau tersalah orang”, jawabnya. Ryaiz kerut dahi. “Dia nampak kau tak?”, tanyanya pula.

“Tak pasti. Tak kot. Sebab dia pun nampak macam terburu-buru”, terus kedua-kedua melangkah ke arah kereta untuk check in hotel dan berehat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience