Bab 1

Romance Completed 3390

BAB 1
KEADAAN kantin pada hari pertama persekolahan tahun itu amat sesak. Semua pelajar kelihatan berebut-berebut untuk membeli makanan. Tambahan pula, itu adalah waktu rehat pelajar menengah atas yang terdiri daripada tingkatan empat dan tingkatan lima. Menu yang pelbagai menarik lagi minat pelajar untuk membelinya. Mee sup dan air bandung menjadi pilihan Edrian. Sambil melangkah, matanya melilau mencari meja kosong untuk diduduki. Pelajar yang berpusu-pusu di kantin menyukarkan Edrian untuk melangkah.

Bukk!! Serentak dengan itu mee sup dan air bandung di tangan sudah kosong dari bekasnya. “Ehh?? Mana pulak tumpahnya makanan aku ni?”, soalnya dengan hairan. Belum menyedari ada sepasang mata bundar di hadapannya yang mencerlung tajam. Elora Miyuki mendongakkan kepalanya memandang lelaki yang sudah baik hati ‘memandikannya’ pada hari itu. Beberapa pasang mata tertumpu ke arah mereka berdua.

“Mata jalan tengok mana?”, dingin saja suara yang terlontar keluar dari rekahan mulut kecilnya itu. Edrian masih mencari-cari suara yang menyapanya. Lalu pandangan matanya jatuh pada seraut wajah yang basah kuyup di depannya. Tanpa dapat ditahan-tahan, ketawa meletus daripada mulut Edrian. Lantang dan kuat! “Kelakar ke?”, beku lagi.

Eh! Marah pulak minah ni, getus hati Edrian. “ Mata jalan ke?”, jawabnya pula. “Sengal ke apa dia ni?”, Yuki membentak lalu mula melangkah. Baginya ,hanya membuang masa bercakap dengan lelaki macam tu. “Mak aih! Garangnya,” Edrian mengomel sendirian. Mangkuk dan gelas ditangan dipandang sekilas sebelum tawanya meletus lagi, tapi tidak lama. Bimbang pula dikata gila ketawa sendirian di khalayak. Tahu pun malu! Apalah, ada juga lelaki macam ni, ya? Nasiblah kau lepas ni Yuki.

“APASAL kau basah kuyup ni Yuki?”, sergah Haniza yang merupakan kawan pertamanya pada hari pertama di sekolah itu. Ops! Lupa pula, Elora Miyuki adalah pelajar tingkatan empat yang baru di SMK Sri Mahasiswa itu. Yuki berjaya memasuki kelas pertama selepas lulus semua ujian mata pelajaran kritikal yang perlu diduduki sebelum memasuki kelas pertama. Kiranya, Elora Miyuki ni tergolong dalam pelajar bijak juga lah kan? “Entah mamat sengal mana dah baik hati sangat mandikan aku tengah hari ni”, jawab Yuki dengan malas.

Haniza melepaskan tawa. Yuki hanya memandang sekilas. “ Aku nak balik tukar baju lah. Kau boleh teman aku tak?”, Yuki bertanya. “Ermm, lepas ni subjek Fizik kan? Alright, jom!!”, ajaknya girang. Amboi cik Haniza, baru sehari dah rasa bersyukur nak ponteng ya? Apa nak jadilah budak-budak sekarang ni.

Tinggal 20 minit sahaja lagi sebelum masa fizik tamat. Biasalah, hari pertama cikgu hanya akan perkenalkan subjek yang akan dipelajari. Oleh sebab itulah Yuki tidak keberatan untuk pulang menyalin baju. “Assalamualaikum, cikgu. Maaf kami lambat”, ucap Yuki termengah-mengah sambil tangan mengurut dada kerana penat berlari daripada asrama. Begitu juga dengan Haniza.

“Kenapa lambat? Kamu pergi mana? Hari pertama pun dah nak ponteng ke?”, soal Cikgu Rokiah bertubi-tubi. ‘Cikgu ni, aku dah minta maaf pun nak marah-marah ke?’, bentak Yuki dalam hati. Namun wajahnya dimaniskan. Haniza di sebelah hanya mendiamkan diri memandangkan Yuki sudah berjanji untuk bertanggungjawab atas semuanya. ‘Yuki ni pelari pecut ke apa? Sampai semput aku nak kejar dia’, sempat lagi Haniza mengomel dalam hatinya. “Saya balik asrama kejap tadi cikgu. Salin baju. Baju saya kuyup tumpah mee rebus dan air bandung. Tak tahu student mana yang buat, saya minta maaf ya cikgu?”, terangnya panjang lebar.

Semua pelajar yang mendengar tergelak besar. Yuki mengawal riak wajahnya. ‘Nasiblah aku ni student baru. Diorang tak tahu lagi perangai aku. ‘Control Yuki, kau datang sini nak jadi baik kan? Jangan buat masalah ya,’ Yuki mengingatkan dirinya sendiri. Lalu dia dan Haniza berjalan melangkah ke tempat duduk. Ketukan di pintu membuat kedua-duanya berpaling. “ Ini seorang lagi. Masa belajarlah nak ke tandas, nak salin baju”, bebel Cikgu Rokiah. Edrian hanya menundukkan mukanya. Yuki terperanjat besar. “Kau!!” bentaknya. Edrian terus mengangkat muka. Terkejut Edrian dah ada gaya nak sama dengan beruk. Nasib baik handsome. Haha!

“Cikgu, dia student kelas ni juga ke? Kenapa saya tak perasan pun tadi?”, Edrian bertanya kehairanan. “Memanglah kamu tak perasan. Dia duduk belakang, kamu di depan”, ujar Cikgu Rokiah pula. Sambil itu, Yuki menggigit bibir menahan geram. Dengan suara yang masih mengawal marah,Yuki bersuara, “Cikgu, kalau cikgu nak tahu dialah yang dah tumpahkan mee dengan air bandung atas baju saya”, adu Yuki.

Edrian yang mendengarkan menjadi bengang. “ Salah kau jugak, pendek sangat. Lain kali tambahkan sikit ketinggian tu. Baru tak kena langgar orang”, sindir Edrian lalu menjelirkan lidah. “Sudah, Edrian kamu ni darjah empat ke tingkatan empat? Perangai mengalahkan budak-budak. Semua tu dah terjadi. Sekarang balik tempat duduk masing-masing. Kamu nak bergaduh ke apa, tunggu waktu balik nanti”, Cikgu Rokiah menamatkan suasana itu. Haniza dan semua pelajar perempuan dalam kelas kehairanan. ‘Apa semua ni? Ada juga perempuan marah dengan Edrian, ya?’ getus hati Haniza.

Sejurus selepas Yuki melabuhkan punggung di kerusi sebelah Haniza, sebuah pertanyaan terus dilontarkan. “Dia ke yang tumpahkan semua tu?”, bisik Haniza. “Hmm”, Yuki menjawab malas. 10 minit kemudian, loceng berbunyi menandakan waktu mata pelajaran Fizik sudah tamat. Selepas mengucapkan terima kasih, Cikgu Rokiah melangkah keluar dari kelas sambil membimbit buku teks Fizik Tingkatan Empat. Haniza terus mendapatkan Yuki. “Untungnya kau”, ujar Haniza pula.

Terkejut dengan kata-kata Haniza, Yuki berpaling melihat gadis bertudung itu. “Untung apanya? Sebab dialah kita berdua lewat masuk kelas kau tau?”, Yuki menekankan sedikit suaranya. “Kalau kau nak tahu Yuki. Ed tu pelajar lelaki yang digilai di sekolah ni”, Haniza menerangkan. “ What!??”, Jerit Yuki tiba-tiba. “Shh”, beberapa pelajar berbunyi dalam kelas itu. Yuki tersengih-sengih menahan malu. “Kau budak baru ke?”, sapa seseorang dari belakang. Terkejut dengan sergahan itu, Yuki melompat naik ke atas kerusi. Mak aih! Teruk betul Yuki ni kalau terkejut ya? “Kau ni dah kenapa?”, Edrian menyoal. Nak tergelak pun ada,tapi ditahankan saja. Wajahnya sengaja diseriuskan.

Yuki mengurut dadanya beberapa kali. Sambil melangkah turun dari kerusi dia melihat mata semua pelajar dalam kelas 4 Al- Furqan itu sedang bertumpu ke arahnya. Dia cuba mengawal riak wajahnya. Dengan malas, dia menjawab soalan ‘cerdik’ daripada Edrian. “ Kalau dah nama baru kenal, memanglah budak baru. Sengallah kau ni”, sindirnya pedas.

“Boleh tahan biadap juga kau ni ya? Baru sehari kat sini dah nak tunjuk belang”, balas Edrian pula. ‘Pelik betul minah ni. Tak pernah aku jumpa perempuan yang boleh lawan balik cakap aku,’ getus hatinya. Sebuah jelingan dihadiahkan untuk Edrian. “Dahlah, malas aku nak layan kau. Kalau kau nak cakap, pergi cakap dengan orang lain and kalau kau nak ajak gaduh, kau ajak budak lelaki”, Yuki menjawab keras.

“Ewah, menjawab kau ya. Hei, aku nak tanya, kau kenal ke aku siapa?”, soal Edrian dengan angkuh. “Kau ni betullah sengal. Dah nama aku budak baru. Aku rasa setakat ni dah hampir lima kali aku ulang ayat yang sama”, Yuki membalas pedas. Edrian buat muka tak puas hati. “Ish minah ni, ada yang makan tangan aku ni nanti”, Edrian mengugut. “Hahaha. Kau ingat aku takut?”, balas Yuki pula. Segala azam dalam hatinya tadi terbang entah ke mana. Melihatkan suasana yang semakin panas itu, Haniza pantas mencelah, “Yuki, dahlah. Nanti jadi musuh kau dengan pelajar perempuan sekolah ni. Ed ni pujaan diorang kau tahu tak?”, Haniza mengingatkan. “Huh! Kegilaan. Pujaan. Kalau macam ni punya perangai, boleh jalanlah”, perli Yuki pula. Siap dengan tangan terangkat-angkat , sekali tengok dah macam Karam Singh Valia pulak! Haha! Nasib baik Yuki orangnya putih melepak.

“Kau tu saja yang buta tak minat handsome guy macam aku ni. Ke kau ni sebenarnya, minat tapi malu nak mengaku ya?”, ujar Edrian pula. Perasan habis mamat ni. Mendengarkan ayat yang baru terlontar dari mulut Edrian, Yuki menekan perut menahan ketawa. “Kau jangan nak buat lawak pecah perut kat sini lah. Handsome guy? Hello, toyol lagi handsome dari kau lah sengal”, Yuki membalas. Malas nak melayan, Yuki mengambil buku nota dari pencil case nya, lalu mula mencatatkan sesuatu. Melihatkan Yuki memperlekehkannya, Edrian jadi tak puas hati. Lalu dengan selambanya dia mengambil botol air berjenama Tupperware milik Yuki, dan mencurahkan airnya ke atas kepala Yuki.

“Hoi!!! Apa ni?”, marah Yuki. Semua pelajar memandang ke arahnya. Malunya dibuang ke tepi. Mamat perasan di hadapannya ni yang perlu diberi pengajaran. “Puas hati aku!”, balas Edrian selamba. Kakinya melangkah penuh gaya menuju ke tempat duduk. Serentak itu, guru subjek kimia menapak masuk. Kelas yang tadinya gamat dengan suara berbual dan ketawa, menjadi sunyi sepi. Cikgu Aimi ialah, guru kimia merangkap guru kelas 4 Al- furqan. Meskipun guru ini tidak tergolong dalam guru yang garang, namun kata-katanya boleh menghiris jiwa. Dasyhat betul kan? Sementara itu, Yuki sempat lagi mengibaskan tudungnya yang kuyup buat kali kedua pada hari itu. Dengan suara berbisik Haniza berkata, “Itulah kau, aku cakap kau tak nak dengar”. “ Diamlah kau”, balas Yuki. Bengang.

LOCENG terakhir berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Semua pelajar perlu bergegas ke surau sekolah untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Yuki hanya mengikut langkah Haniza kerana dia masih belum mahir dengan laluan di sekolah itu. Tudungya dipegang. Mujurlah air kosong sahaja. Apalah nasibnya hari ni, dua kali dimandikan secara percuma. Geram betul dia dengan Edrian tu.

“Takpe, ada gula ada kapas, esok mesti aku balas!”, omelnya sendirian. Beg sandang hitamnya disandang. Kakinya mengikut arah langkah Haniza. Pada hari pertama, hanya haniza yang berani menyapanya. Pelajar perempuan yang lain , semuanya nampak gedik dan manja. Hanya Haniza yang nampak sedikit berbeza. Tambahan pula, dia pernah berjumpa dengan Haniza secara tidak sengaja sewaktu mewakili daerah sekolah lamanya dalam pertandingan badminton perseorangan. Setelah menunaikan solat Zohor berjemaah, mereka sama-sama ke dewan makan asrama untuk makan tengah hari.

Kelas prep bermula pada 3.30 petang, jadi sejurus selepas makan Yuki terus mengambil haluan ke sekolah. Bolehlah dia berehat-rehat dulu dalam kelas. Semua pelajar lain termasuk Haniza masuk ke dorm terlebih dahulu sebelum ke kelas prep. Selepas meletakkan beg sandangnya di kerusi, Yuki berjalan menuju ke arah meja tulis Edrian.

“Hello kerusi! Ish..ish, cantik betul rekaan kerusi ni. Apa kata kalau aku tambahkan sikit saja lagi kecantikannya? Tak salah kan?”, Eh! Yuki, tak betul dah ke. Bukan main seronok lagi dia bercakap dengan kerusi Edrian. “Tuan kau tu dah baik hati sangat mandikan aku hari ni. On my first day pula tu. Sekarang, aku nak balas balik ‘jasa’ baik dia tu”, omel Yuki panjang lebar. Macamlah kerusi tu faham apa yang dibebelkannya. Lalu, kerusi Edrian ditarik dari bawah meja sebelum sebotol gam cair dikeluarkan dari dalam bekas pensilnya. Gam cair itu kemudian dipicitkan ke atas kerusi tersebut.

Yuki tersenyum nakal. ‘Heh! Padan muka kau. Nak main sangat dengan aku kan?’, monolognya sendirian. Setelah itu, dia ke mejanya semula dan dengan berbantalkan lengan, Yuki melelapkan mata. “First day, tak ada homework, tidurlah”, Yuki bercakap sendirian lalu melelapkan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience